"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)

Thursday, July 29, 2010


Selepas lawatan YAB MB, insyallah petang ini YB Exco Dato' Dr Hasan Ali akan mengadakan lawatan serta memberi sumbangan kepada sekolah Tahfiz Az-Zubir pada hari ini Jumaat 30/7/2010 pukul 3 petang. Semoga mereka yang terlibat dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Marilah kita sama-sama membantu institusi agama seperti ini agar terus semarak dan berkembang dalam usaha kita membangun masyarakat yang celik agama. Seterusnya institusi ini juga diharapkan dapat melahirkan ubat kepada masyarakat dan penyakit sosial yang semakin membarah di dalam masyarakat kita.

Marilah kita sama-sama hadir.

Tuesday, July 27, 2010

Sudah tiba masanya, orang Melayu sertai PAS, gantikan Umno



PAS yang ditubuhkan pada 1951 kini mengorak langkah lebih jauh sebagai parti yang berteraskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam yang terbesar dinegara ini. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, PAS tidak pernah menafikan sumbangan rakan-rakan dari badan bukan kerajaan (NGO) lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah di negara ini dan dari semasa ke semasa. PAS turut menjalinkan hubungan yang akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.

Katanya, PAS memilih untuk menyertai politik dan pilihan raya sebagai satu wadah bagi menyumbang kepada penyebaran dakwah serta mengangkat martabat umat Islam dinegara ini disamping kekal menjalankan tanggungjawab mengharmonikan hubungan antara kaum dan agama lain. Jelasnya lagi, PAS parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.

"PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu," ujarnya. PAS juga jelas beliau, berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain.

Ustaz Idris menegaskan, PAS begitu prihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan Umno-BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. "Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah parti Melayu terbesar," ujarnya.

Tegasnya, PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati. Perpaduan umat Melayu atas nama Islam adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh Umno, kerana dalam Islam kita tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal.

PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir kedunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, dimana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini, ujarnya.

Ustaz Idris berkata, pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama. Tidak cukup dengan itu, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat jelas memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

"Dan PAS dari semasa ke semasa akan terus menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan yang harus difahami bahawa sesuatu perkara yang ingin dilakukan haruslah bermula dari tangga pertama hingga tangga terakhir secara bijaksana," tegasnya.

Oleh itu, katanya, PAS terus menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyertai parti ini, menyokong parti ini dan memberikan kepercayaan untuk parti ini menjadi alternatif kepada Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Sumber kerabu Bersuara

Tuesday, July 20, 2010

'AHLI JKKK SDR MAT DIN KEMALANGAN'

Sdr Mat Din ketua zon sg semungkis mendapat kemalangan motor setelah balik dari kedai membeli keperluan harian petang semalam. Difahamkan beliau dalam perjalanan pulang kerumah telah dirempuh dan terjatuh ditempat kejadian. Sdr Deris telah menemui keluarga beliau untuk mendapat maklumat kejadian kemalangan dan Alhamdulillah ada jamaah yang perhatin terus membawa beliau kehospital Kajang dan dimasukan wad untuk perhatian doktor setelah didapati bahunya patah. Sehari sebelum itu beliau turutserta dengan gigih bersama dalam majlis gotongroyong yang dianjurkan oleh jkkk diketuai Tuan Hj Kadir , JPD Sdr Mat Jan dan ahli kariah sg gahal untuk membersihkan surau dan balairaya bagi menyambut Ramadhan bakal menjelang. Beliau sungguh ceria dalam menjalani kerja kerja kebajikan walaupun dalam keadaan keuzuran sempat ringankan tangan bagi menjayakan program agar terlaksana dan dapat dicontohi anak anak muda kariah. Tuan Hj kadir meluangkan masa ziarah beliau dihospital dan meminta sdr Deris menghulurkan sumbangan rm200/ bagi pehak jkkk. Insyaallah kami daripada jkkk akan menziarahi beliau dalam masa terdekat dan mendoakan agar beliau tabah menjalani ujian dan cepat sembuh.

Friday, July 16, 2010

'KHATAM KULIAH MUSLIMAT SURAU INSANIAH BT 14'


Ahli jawatankuasa muslimat Surau Insaniah akan mengadakan kenduri dan doa selamat petang ini setelah tamat pengajian kuliah dan akan bersambung siri akan datang bagi meyambut ramadan almubarak. Pengerusi surau Sdr Mokhtar dan ahli jawatankuasanya diucapkan terimakasih dalam usaha mengadakan majlis seumpama ini dalam memertabat ilmu kepada ahli kariah. Tidak ketinggalan pehak muslimat menjemput Ketua Kampung Tuan Hj Kadir dan ahli jkkkg turutserta dalam majlis ini. Dikesempatan ini pehak jkkkg memberi sedikit sumbangan rm100/ kepada Puan Hendun bagi pehak muslimat dalam menjayakan program ini yang telah disampaikan oleh setiausha jkkkg Sdr Deris. Semoga dalam usaha menjayakan majlis ilmu seperti ini akan dapat manfaat kepada semua dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala, Amin.

Monday, July 12, 2010

Gotong Royong Salur Maklumat MES



Pehak Jabatan Pegurusan DUN bersama JKKKg menggunakan pendekatan gotongroyong bersama penduduk kampung untuk menerangkan dasar Kerajaan Negeri bagi menyampaikan maklumat mengenai produk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khususnya Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mesra Usia Emas kepada orang ramai. Pengarah JPD Dusun Tua Sdr Mohamad Jan Sulong akan turutserta dalam program ini pada hari Ahad 18/7/10 dikampung Sungai Gahal bermula jam 8 pagi hingga 4 petang. Dengan kaedah ini membolehkan maklumat dan dasar kerajaan negeri disamping mesra rakyat dapat disampaikan kepada masyarakat umum dengan tepat dan cepat serta menggalakan orang ramai mengambil bahgian secara aktif setiap program kebajikan yang dijalankan. Ketua Kampung Tuan Hj Kadir menyeru ahli kariah agar dapat bersama dalam membersihkan surau dan dewan dimana bulan ramadhan bakal menjelang dapat beribadat dengan selesa. Pengerusi surau sg gahal Sdr Isa Yahya, Pengerusi surau Bt 14 Sdr Mokhtar dan Pengerusi surau Sg Semungkis Sdr Kamaruzzaman dipertangungjawabkan dalam merangka pengisian program sepanjang bulan Ramadan ini.