"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)

Wednesday, October 26, 2011

Nik Aziz enggan ulas isu hudud elak celaru


2011/10/27
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak mahu lagi membuat sebarang ulasan mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, sebaliknya menyerahkannya kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah II, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Nik Aziz berkata, beliau menyerahkannya kepada Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri bagi mengelakkan banyak pihak membuat kenyataan berhubung isu itu. “Saya serahkan kepada Datuk Amar seorang supaya tidak celaru. Saya tak mahu cakap, saya ulang sekali lagi zaman bercakap sudah habis, sekarang zaman bertindak, (kalau) bertanya lebih (perlu) tanya Amar. “(Mengenai berapa lama tempoh untuk melaksanakan hudud) tanya kepada Amar, saya tak mahu jawab sebab saya janji begitu, janji jangan ramai orang bercakap... menyampah," katanya ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Projek

Perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan Penyampaian Sumbangan Sempena Aidiladha di Lubok Stol di sini, semalam.

Sebelum ini, Kerajaan PAS Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah II bagi melihat kemungkinan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri ini tidak memerlukan pindaan Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.

Mohd Amar dilaporkan sebagai berkata, jawatankuasa berkenaan dianggotai 19 antaranya membabitkan EXCO Kerajaan Negeri, penasihat undang-undang, Ketua Polis Kelantan, Pengarah Penjara Kelantan, Mufti Kelantan, Ketua Hakim Syarie, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dengan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebagai pengerusi.
Selain itu, Nik Aziz ketika ditanya mengenai akta murtad berkata, akta itu sudah ada dalam undang-undang hudud.

"Akta murtad sudah ada dalam hudud, murtad ini bukan mari daripada Kristian, (tetapi) mari daripada orang Melayu yang tolak Islam, orang Melayu tolak Islam ambil kebangsaan yang menyebabkan generasi muda berpendapat Islam ini lekeh.

"Apabila lekeh mari (datang penganut) Kristian atau Komunis bagi duit (kemudian) automatik dia akan tinggal Islam kerana orang Melayu sendiri memperlekehkan agama itu,” katanya.

Negara berkebajikan bukti PAS bela semua kaum



KUALA LUMPUR, : Seluruh rakyat negara ini diseru menyertai kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan terhadap kepimpinan negara.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawamenegaskan, masa kepada politik perkauman di negara ini sudah berakhir.



Menurut beliau, sebaliknya, seluruh rakyat negara ini mesti dikenali sebagai rakyat Malaysia dan bukan lagi dari latar belakang kaum dan agama.

Katanya, sejajar dengan itu, PAS yang ditubuhkan sejak 60 tahun lalu sudah lama mengamalkan konsep menghormati antara satu sama lain demi kemanusiaan.

"Sehubungan itulah, PAS tidak mengira kaum atau agama dalam memberikan sumbangan, apatah lagi dengan konsep negara berkebajikan menjadikan PAS lebih bersungguh-sungguh membela semua kaum," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Barit Buntar mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada para penganut agama Hindu di negara ini.

"Selamat Menyambut Hari Deepavali untuk penganut Hindu semoga sambutan cahaya ini menyinari usaha perubahan yang kita lakukan," katanya.

Kelmarin, beliau turut menghadiri satu program sumbangan kepada fakir miskin bagi kaum India yang berlangsung di Telok Intan.

Program anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan PAS Kawasan Telok Intan itu membabitkan sumbangan kepada 240 orang fakir miskin di kawasan itu.

Turut hadir pada program itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jong, Annuar Sudin yang turut menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin terbabit dan Pengerusi DHPP Kawasan, Archaran Singh.

Sementara itu, Archaran dalam ucapannya mengharapkan program tersebut akan lebih meriah pada tahun-tahun akan datang.

Masyarakat India masih tercicir

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada penganut Hindu.

Beliau bagaimanapun kesal kerana sebagai salah satu kaum utama di Malaysia, masyarakat India khususnya yang beragama Hindu masih tercicir.

“Lihat sahaja bagi mereka yang tinggal di estet-estet, keadaannya masih daif. Berulang kali disebutkan, termasuk di dalam Parlimen bahawa angka banduan, keciciran pendidikan di sekolah dan gangsterisme masih ramai yang melibatkan belia dari masyarakat India,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, yang jelas ialah kepercayaan sekian lama yang mereka berikan kepada pemerintah sediakala telah dikhianati.

“Malah kita dengar bagaimana saham berbilion ringgit yang diperuntukkan kepada masyarakat kita yang keturunan India, lenyap begitu sahaja. Pembelaan bagi pihak semua masyarakat yang memerlukannya adalah tunggak perjuangan Keadilan sejak penubuhannya,” katanya.

Dalam konteks ini, katanya masyarakat India tidak boleh dibiarkan terkebelakangan mengakibatkan keseluruhan corak masyarakat negara menjadi tidak seimbang.

Ujarnya, inilah ujian dan cabaran yang sedang dihadapai oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kesejahteraan dan PKR tidak memandang sambil lewa hal itu.

“Kita dengan sepenuh daya upaya mahukan agar masyarakat India tidak lagi ketinggalan, dan keberadaan mereka bukan hanya tempelan di kaca TV untuk menampakkan keharmonian yang serba pura-pura,” ujarnya.

FAHAMKAN KERAJAAN BN MELALUI PETI UNDI !


Ahmad Lutfi Othman

Hujung minggu lalu, saya menghadiri dua program khusus mengenai media, di hadapan aktivis PAS yang kelihatan ghairah menanti tarikh pilihan raya umum ke-13. Pada 22 Oktober, Persidangan ICT dan Media Baru 20011, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, dan esoknya kursus kewartawanan, di Ipoh, Perak.

Membedah fenomena dunia siber -- dan kompleksiti media baru dengan segala perubahan yang begitu pantas -- tentunya bukan tugas mudah, apatah lagi dilakukan di hadapan mereka yang mahir ICT. Sebenarnya saya tertinggal jauh di belakang berbanding penguasaan dan kepakaran peserta persidangan terhadap teknologi media baru.



Di zaman internet "mendefinisikan" pergolakan politik antarabangsa, sehingga Facebook, twitter dan youtube dilihat mampu menjatuhkan sesebuah kerajaan dan menggulingkan regim, seperti ditunjukkan di Timur Tengah, saya cuba membawa perspektif agak berbeda, sambil mempersoalkan beberapa "tanggapan dan kepercayan" terhadap mukjizat kuasa siber.

Dalam konteks siasah tempatan, "padang permainan" kini hampir sama rata; tiada lagi monopoli maklumat sepertimana situasi 20 tahun lalu. Meskipun media konvensional, seperti akhbar, radio dan televisyen, masih dikongkong elit penguasa dengan pelbagai peraturan ketat, namun majoriti rakyat mempunyai pilihan dan akses terhadap media baru, yang menawarkan berita dan laporan lebih seimbang.

Faktor-faktor lain yang juga membantu kesedaran berpolitik, antaranya adalah kualiti pendidikan, meluasnya kelas menengah, pertumbuhan urbanisasi, peningkatan tahap ekonomi, celik IT, dan pengaruh globalisasi.

Namun, sewaktu masih ramai yang teruja, misalnya dengan pengaruh kejayaan revolusi rakyat 18 hari di Dataran Tahrir, Kaherah, yang difaktorkan oleh pencetusnya, Khalid Said dan Wael Ghonim, melalui sumbangan besar media sosial, kita wajar menekuni semasaknya gelagat dan kerencaman politik lokal. Malaysia harus ada formula tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan realiti dunia luar, tanpa memperkecilkan suntikan semangat dan motivasi di atas kejayaan mereka.

Khalid Said adalah anak muda Mesir, 28 tahun, dibunuh kejam Amin Daulah (unit khas polis paling ditakuti di Mesir) apabila mendedahkan komplot jahat polis bersama pengedar dadah, yang dimuat-turun dalam youtube. (Perhatikan pengaruh luar biasa video bergerak melalui youtube). Kepalanya dikatakan dihentak ke dinding dan tangga sehingga mati; mayatnya dicampak ke tepi jalan tetapi polis mendakwa beliau mati disebabkan terlebih mengambil dadah.

Wael Ghonim, eksekutif muda Google, membuka akaun Facebook, 'Kulluna Khalid Said' atau 'We are All Khalid Said', memaparkan gambar ngeri Khalid, yang kemudiannya menaikkan rasa amarah amat sangat rakyat terhadap Presiden Hosni Mubarak. Di peringkat awal siapa pun tidak menjangkakan jaringan laman sosial mampu mencetuskan revolusi rakyat secara aman yang bersejarah itu.

Tarikh 25 Januari diingati sebagai "Hari Melahirkan Marah". Wael ditangkap. Penahanannya tidak meredakan malah mencetuskan kebangkitan lebih hebat. Ramai nyawa terkorban. Rasa takut yang menyelubungi rakyat Mesir selama lebih 3 dekad hilang. Melalui youtube kita saksikan mereka berani mengasak kereta perisai tentera.

Laluan internet disekat, tetapi anehnya ia makin mendorong lebih ramai membanjiri Tahrir. Ya, daripada bersembang dalam FB dan merayau di alam maya, tekad mereka lebih serius untuk berkubu di lapangan, berdada langsung menuntut perubahan. Akhirnya Hosni tinggal keseorangan, "perkakas tradisinya" seperti tentera dan media "berpaling tadah. Beliau terpaksa berundur juga.

Realiti Mesir waktu itu diasak enam isu besar: Kadar kemiskinan tinggi, merebaknya rasuah, pengangguran tidak terkawal, inflasi melonjak, gaji rendah, Hosni mungkin bertanding presiden lagi atau memberi jalan kepada anaknya, manakala suara rakyat langsung tidak dilayan.

Secara kasar, isu sama turut melanda negara kita, tetapi perinciannya agak berbeda. Malaysia nampak ke hadapan daripada segi kebebasan bersuara, agihan kekayaan dan partisipasi politik. Sistem demokrasi dan perjalanan pilihan raya kita lebih maju dan tersusun. Penyelewengannya agak "sofistikated" dan tidak begitu menjolok mata seperti Mesir.

Dalam kedua-dua majlis, di Taman Melewar dan Ipoh, saya menekankan agar aktivis arif memahami kerencaman persekitaran dan budaya-sensitiviti lingkungan. Selain menguasai perkembangan ICT dan aplikasi media baru sepenuhnya, aspek modal insan mesti diperkukuhkan ke peringkat kecemerlangan. Meskipun internet seolah-olah dianggap semacam "agama baru" di abad ke-21 ini, tidak semudah itu pengaruhnya melempah, seperti yang kita hajatkan.

Saya tertarik dengan soalan seorang peserta, yang membangkitkan keberkesanan media baru dalam kempen pilihan raya negeri Sarawak. Bagi saya, internet hanya satu alat atau medium berkesan untuk kita berhubung langsung dengan pengundi. Banyak lagi aspek lain wajar ditekuni.

Dalam konteks Sarawak, apakah rakyatnya dapat akses dengan media baru secara berkesan dan menyeluruh? Saya perhatikan, banyak pendedahan berfakta mengenai salahlaku dan penyelewengan Ketua Menteri, Taib Mahmud, bertaraf mega disiarkan beberapa laman, tetapi para pengunjungnya tidaklah begitu ramai. Malah, dengan hambatan keluasan negeri, kemudahan perhubungan, tahap celik IT, dan politik ugut BN terutama di kawasan luar bandar, Sarawak memerlukan lebih banyak masa untuk melakukan perubahan.

Dalam pada itu, asas penulisan dan kewartawanan perlu dihadam sebaiknya oleh aktivis dunia siber. Begitu juga selok-belok penggunaan bahasa yang baik dan indah, dengan etika terjaga. Memang internet telah menghapuskan segala hirarki dalam penerbitan media tradisi. Tulisan tidak perlu diedit dan disemak lagi. Dengan sekali klik atau tweet, kita dapat berkongsi sehingga jutaan orang. (Tapi ia tidak seindah disangka, hal jaringan ini perlu dianalisis lebih rapi).

Saya mengingatkan, tanpa kredibiliti, media (termasuk internet) akan hilang bisa dan pengaruhnya. Sedangkan, pembinaan dan pemantapan pengaruh merupakan perkara asas terpenting dalam proses reformasi. Jika akhbar pro-Umno, seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, semakin tipis pengaruhnya disebabkan hilang wibawa, maka laman-laman sosial turut terdedah kepada gugatan serupa.

Facebook atau blog tidak akan membawa impak positif jika ia hanya sarat dengan gosip dan khabar angin.

Justeru, program melahirkan lebih ramai penulis berwibawa harus digiatkan, termasuk di kalangan blogger dan 'facebooker'. Bahan yang terhidang dalam laman sosial mestilah berkualiti, baik dari segi hujah, idea, pendekatan mahupun susunan bahasa, serta dapat dipertanggungjawabkan dan mampu mempengaruhi khalayak. Biarpun lebih terdedah kepada generasi muda, mutu kandungan usah diremehkan.

Apa pun, tentulah pendekatan dan persembahan dalam laman sosial tidak perlu terikat dengan bentuk penulisan kewartawanan. Pastinya ia lebih padat tetapi santai, ringkas dan bersahaja, mudah difahami, selari dengan jiwa anak muda tetapi harus ada elemen "menggemparkan" sehingga ramai audien mahu berkongsi dan membuat pautan.

Sejumlah 12 juta pemegang akaun Facebook di Malaysia memang merupakan sasaran berpotensi, yang jika digerakkan dengan bijaksana, mampu membentuk gelombang dan menarik turun BN daripada Putrajaya. Tapi harus diingat, generasi yang bermaklumat tidak semudah itu dapat dipengaruhi. Mereka semakin bijak menilai dan menganalisis, serta menuntut pembuktian. Ya, jangan sama sekali perkecilkan minda anak muda ...

Saya kira, Facebook juga bergantung dengan capaian youtube dan ruang itu belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh aktivis Pakatan. Tidak banyak klip video mengenai senario sosio-politik-ekonomi, apatah lagi yang benar-benar kreatif, telah dihasilkan. Sedangkan "bahan-bahan mentahnya" mudah didapati di mana-mana. Klik sahaja enjin carian seperti Yahoo atau Google, segalanya di hadapan mata.

Misalnya mengenai pembentangan bajet Najib Razak dan belanjawan alternatif Pakatan. Begitu banyak fakta dan pendedahan menarik dikemukakan Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan yang lain, susulan daripada Buku Jingga, yang boleh dipakejkan dalam yotube. Tawaran Pakatan juga dapat diolah dalam bentuk animasi mudah.

Seorang rakan FB saya telah menunjukkan klip-klip video kempen parti-parti politik di Britain, yang dirakam untuk tayangan dalam masa hanya 60 saat. Malah ia mendedahkan fakta menarik, merujuk insiden-insiden tertentu yang berlaku dalam masa satu minit, misalnya jumlah kecurian atau pelepasan gas karbon disoksida di England. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan sebagai persiapan kempen pilihan raya umum akan datang.

Jika pilihan raya 1999 menyaksikan ledakan laman-laman web reformasi, dan pilihan raya 2008 disendat dengan kemunculan blog dan youtube, tidak syak lagi perang PRU13 akan riuh-rendah dengan pertarungan "sengit tetapi santai" di laman-laman sosial.

Cadangan agar aktivis lebih didedahkan dengan aspek-aspek teknikal dan meneroka pengkhususan, seperti kaedah menaikkan ranking blog, wajar diberi perhatian segera. Mungkin bengkel-bengkel lebih kecil perlu diusahakan. Lagi pula, keajaiban dunia siber, khususnya berkaitan jaringan laman sosial, masih banyak misterinya. Kita belum benar-benar mengoptimumkan aplikasinya.

Apa pun, sewaktu kita begitu obses dengan media baru, usah lupa medium tradisi, yang sepatutnya menjadi pelengkap di antara satu sama lain. Internet bukannya alternatif tetapi lebih dilihat sebagai satu lagi medium untuk memperkukuhkan prasarana sedia ada. Janganlah diremehkan pengedaran risalah, pembikinan VCD, penerbitan buletin dan usaha menyebarluaskan Harakah itu sendiri.

II.

Saya belum sempat meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2010. Meneruskan tradisi daripada tahun-tahun sebelum ini, pendedahan tentang pelbagai kelemahan, kepincangan dan penyelewengan bukan lagi satu kejutan.

Tiga tahun lalu, kita digemparkan (sekadar contoh kecil) dengan harga set screwdriver RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 seater RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Selain itu, pihak Audit juga tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan berjumlah RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) kepada kontraktor yang terlibat dalam pembinaan 6 kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia, bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan!

Tahun ini, ia berulang lagi. RM56,350 dibelanjakan bagi sepasang teropong visi malam, iaitu 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940. Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 dibeli pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus).

Harga 23 kuda yang dibeli Majlis Sukan Negara berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Lebih teruk, hanya lima kuda didapati layak dan dapat bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.

Kita juga masih belum mendapat jawapan Shahrizat Jalil, seorang menteri kanan dan ketua wanita Umno, di atas kegagalan Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan National Feedlot Corporation Sdn Bhd, kepunyaan suami dan anak-anak Shahrizat.

Sasaran projek bernilai RM250 juta di atas tanah anugerah seluas 5,000 ekar itu bagi memenuhi 40 peratus permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan. Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran adalah 1,500 ekor sehari sedangkan jumlah lembu yang kini disembelih hanya 20 ekor sehari.

Bukan setakat Shahrizat, malah Muhyiddin Yassin sebagai bekas Menteri Pertanian dan Agro Industri yang terlibat menganugerahkan projek ini kepada rakan menteri beliau perlu memberi respons segera.

Benarlah rumusan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man: "Kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan Audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada peti undi."

Ya, masakan saban tahun kita belum jelak lagi dengan paparan Laporan Ketua Audit yang hampir sama. Itu belum dikira rasuah atau salahguna kuasa elit pemerintah bersama suku-sakat mereka, yang tidak dapat dihidu SPRM ...

Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "BINGAI"



Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menjadi "selut".

Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7wNOHB_QAsa_Un_pVGGuyQWsdHDGaqj5EYBzJAG_LpCihNwJkRr-ngcHmkB1C_ffccJdZRUueLL6AyZbKMjv1fGMSUK93xQ-BNz_JPKarL7tocfjClbZ2mXNFPA9kLQ3HqhEEPIxwrBY/s400/tabika+kemas.png




Rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar.

Guru-guru dan penyelia KEMAS Daerah dan Kawasan juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan.

Peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika menjadi modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Akhirnya lahirlah anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah.

Iktibar dari pembongkaran ini, Menteri yang ditugas seharusnya menyuci bersih pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Dasar sekular UMNO undang murtad


Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Mendedahkan masyarakat Islam mengenai punca murtad dan bagaimana ia harus diatasi adalah sangat penting.
Kami insaf betapa menyedarkan umat Islam mengenai gejala dan bahaya murtad tidak memadai .

Punca murtad yang bermula dari soal pendidikan, masalah sosio-ekonomi dan perundangan perlu didedahkan agar semua pihak memberi perhatian serius untuk segera mengatasinya.




Sementara tidak dinafikan ujud percubaan dari pihak-pihak tertentu yang mahu menjayakan gerakan murtad seperti yang telah berlaku kepada banyak negara dirantau ini semada melalui paksaan seperti yang telah berlaku ketika penjajahan mahupun secara pendidikan dan palbagai strategi sosio budaya dan ekonomi, kami tetap merasakan kelemahan dikalangan umat Islam telah memberi ruang murtad berkembang biak.
Sejak dari kemerdekaan lagi pihak kerajaan dibawah kepimpinan UMNO telah cuai untuk memastikan persoalan aqidah dan perlaksanaan syariat Islam diberi perhatian serius.
Malah kesan dari pendidikan Barat yang diterima oleh kebanyakan kepimpinan UMNO telah mengukuhkan faham sekularisme yang memang menjadi benih awal Pembaratan dan Kristianisasi bermula di negara ini.
Faham sekularisme dan nasionalisme chauvinis yang dianuti oleh kepimpinan UMNO telah menyebabkan dasar yang sangat liberal untuk menerima segala unsur Barat yang sarat dengan unsur Kristian menyerap dalam urustadbir negara.
Malah pendidikan Islam secara formal dalam sistem pendidikan kebangsaan hanya bermula pada tahun 1962. itupun ia bukan bertujuan untuk menjadi asas kepada pencorakan pendidikan nasional keseluruhannya.
Akibatnya gejala keruntuhan akhlaq dan aliran pemikiran sekularisme semakin kukuh menguasai cara hidup umat Islam yang bermula dari budaya dan gaya hidup kebanyakan pemimpin UMNO.
Kami melihat dasar sekular yang diterajui oleh pemimpin UMNO iaitu memisahkan syariat dari segala polisi negara samada dalam pembangunan ekonomi mahupun pembangunan sumber manusia telah memberi ruang yang sangat luas kepada muqadimah murtad.
Sebab itu ketika umat Islam dikejutkan bahawa gejala murtad menjadi sangat berleluasa , kita dapati suara lantang bahawa soal agama seharusnya menjadi aspek hidup yang bersifat peribadi tiba-tiba kedengaran.

Malah kumpulan yang mengatas-namakan Islam yang dianggotai sendiri oleh anak pemimpin tertinggi UMNO telah diberi ruang besar oleh media yang sememangnya didokong oleh UMNO untuk mengukuhkan pemikiran sekular yang menafikan aqidah sebagai paksi yang seharusnya mewarnai semua aspek kehidupan.
Kini natijah dari kecuaian dan polisi sekular yang diamalkan oleh pemimpin UMNO sudah mendedahkan generasi muda kepada gejala murtad. Untuk memperbetulkan kemungkaran besar ini memerlukan kuasa politik yang kuat dan pemikiran yang kukuh terhadap Islam sebagai paksi kehidupan umat.
Kami mengesa umat Islam memahami hal ini dan kami akan mendedahkan sedikit demi sedikit kepincangan pemimpin yang menyebabkan murtad menjadi berleluasa. Ini tidak akan berlaku selagi perubahan kepimpinan negara tidak dilakukan.

Tiada alasan Laporan Audit lewat


Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011. Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu



Kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara Amrin Bin Bujang pada 8 Julai 2011 dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun 2011. Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecualilah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat.

Hasil dari penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan tujuh syarikat Kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti/projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan.

Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin. Antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

1. Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya.

"Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) adalah agensi penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan di bawah RMKe-9. Matlamat utama program ini adalah bagi mensifarkan miskin tegar pada bulan Disember 2010 di seluruh negara. Pada tahun 2010, sejumlah RM691.52 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program ini. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (JPPN) bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan projek di peringkat negeri. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2010 mendapati masih lagi terdapat seramai 2,472 orang miskin tegar di seluruh negara dan pelaksanaan projek peningkatan ekonomi kurang memuaskan kerana 37 (54.4%) daripada 68 projek yang dilawati gagal mencapai objektifnya. Juga terdapat kelemahan dalam pengurusan program seperti tempoh pelaksanaannya tidak mencukupi; peserta tidak layah diberi bantuan; peserta tidak tahu terlibat dengan projek; barang tidak diterima sepenuhnya dan tidak lengkap; bantuan tidak diterima oleh peserta; projek tidak dilaksanakan oleh pembekal; pembekal mengambil keuntungan daripada peserta; mentor tidak memainkan peranannya; perjajian projek champion tidak lengkap; komitmen peserta rendah dan kelemahan pemantauan." - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xvii.

2. Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi.

"Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 September 2006 telah bersetuju skim IPH dilaksanakan dan pembayarannya dibuat mulai bulan Mac 2007. Sejak skim ini dilaksanakan sehingga tahun 2010, sejumlah RM230.62 juta telah dibelanjakan daripada peruntukan skim IPH dan sejumlah RM72 juta daripada peruntukan Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2010 mendapati objektif skim IPH untuk meningkatkan pengeluaran padi telah dapat dicapai. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikut BERNAS yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim; peruntukan tidak mencukupi mengakibatkan Kerajaan belum membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah; kadar insentif yang tidak munasabah bagi pesawah yang mengusahakan tanaman lebih 2 hektar dan kelewatan BERNAS menyelesaikan siasatan terhadap kes di mana peningkatan hasil padi melebihi 10% daripada anggaran hasil yang ditetapkan." - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxii.

3. Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan.

"Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh 3 syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd. Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326 km dan telah meningkat kepada 1,566 km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan seperti kerja penurapan jalan tidak dibuat dan kerosakan pavement tidak dibaiki; jentera yang digunakan untuk memampatkan kerja penurapan jalan tidak mengikut spesifikasi serta penyenggaraan bahu/perabot.perparitan jalan tidak memuaskan." - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxv.

4. Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-2 di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

"Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Ransangan Ekonomi Kedua (PRE 2) berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat. PRE 2 telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 Kementerian/Jabatan/Skim untuk melaksanakan 51,560 projek.

Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3%) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4%) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap 9 program di 6 Kementerian/Jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah. Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan wujudnya beberapa kelemahan seperti prestasi perbelanjaan yang tidak menunjukkan prestasi sebenar pelaksanaan projek; perolehan/pembekalan peralatan/kerja/projek tidak mematuhi peraturan/kurang berkualiti/tidak memuaskan/kurang jelas/tidak tepat/tidak dipatuhi. Selain itu, terdapat kes di mana pembayaran dibuat sebelum peralatan/kerja dibekalkan/disiapkan/disiapkan dengan sempurna; berlaku lebihan bayaran dan peruntukan tidak digunakan untuk tujuan asal projek." - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xliii.

Sungguhpun Najib mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri. Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala Perubahan dan setiap Reformasi Sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia. Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim (gambar kanan) selaku Ketua Pembangkang Parlimen.

Suruhanjaya Diraja perlu siasat penyelewengan KP


Berikutan daripada kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort pada Rabu 12hb Oktober 2011, Pemuda PAS Malaysia telah mencurigai perkara-perkara berikut:
Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman telah menyatakan bahawa warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk kursus keusahawanan adalah tidak konsisten dengan bukti dan keterangan saksi.





Antara keterangan yang diperolehi adalah pertama tiada sebarang kursus pun diadakan dalam tempoh 5 jam tersebut dalam resort tersebut. Warga asing tersebut hanya mundar mandir dalam resort tersebut. Ini telah disahkan oleh petugas-petugas pemuda PAS yang berada di lokasi kejadian. Kedua, tidak ekonomik suatu kursus dalam tempoh masa hanya 5 jam dengan jarak 800 km pergi dan balik dari Johor Baharu ke Putrajaya untuk melatih 240 orang warga asing. Ketiga, apakah keperluan untuk mengadakan kursus keusahawanan kepada warga asing yang tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini. Justeru pihak polis seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku ini.
Berdasarkan kepada maklumbalas daripada warga asing tujuan mereka berada Putrajaya kemudian dipindahkan ke Istana Dugang Country Resort adalah untuk mengambil kad pengenalan biru.

Menurut saksi kejadian terdapat ikrar yang telah dibacakan tanpa mengunakan microfon dalam bas yang memberi maksud bahawa kad pengenalan biru akan diberikan dan diminta mengundi parti kerajaan yang memerintah.

Menurut saksi kejadian terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rawat & Rehat, Kulai. Beliau telah memberi taklimat tertentu di dalam bas tanpa menggunakan microfon. Tetapi beliau tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Istana Dugang Country Resort.

Menurut saksi kejadian arah perjalanan warga asing ini sering berubah-ubah. Mulanya atas tujuan mesyuarat di Putrajaya. Kemudian ada uru-ura dipecahkan di beberapa lokasi di Johor. Apabila sampai di Putrajaya mereka berpusing-pusing di Putrajaya dan akhirnya diarahkan ke Istana Dugang Country Resort.

Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Tun Hussien seolah-olah lepas tangan dalam isu ini dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihan raya dan SPR. Pemuda PAS berpendapat bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di negara ini bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Menteri Dalam Negeri juga tidak mengetahui apa tujuan 240 orang warga asing tersebut berada di Istana Dugang Country Resort sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang mengetahui tujuan mereka berada di situ kononnya menghadiri kursus keusahawanan. Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan-tujuan tertentu.

Berdasarkan kepada penyatan-penyataan di atas maka Pemuda PAS sangat khuatir bahawa terdapatnya aktiviti memudahkan pemberian hak kewarganegaraan kepada warga asing di negara ini untuk tujuan tertentu.

ISU KOD NEGARA “71”

Pemuda PAS Malaysia mempunyai bukti yang kukuh bahawa terdapat 170,818 dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke dua 2011 SPR yang mempunyai kod negara “71”. Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya. Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya. Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam DPI maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli Parlimen di negara kita.

42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23). 17.33 % atau 29,605 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Langka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10). Bangsa Bangledeshi adalah bangsa yang paling sedikit sekali menjadi pengundi di negara kita.

Menariknya bagi rumpun bangsa Indonesia yang pernah memanaskan negara dengan Isu Mismah suatu ketika dulu hanya meliputi 4.37 % atau 7,468. Mismah memiliki kod negara “71” dan telah menjadi warganegara pada 31 Januari 2011. Pengundi daripada bangsa Indonesia yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini dipecahkan kepada bangsa Indonesian (4,942), Bugis (1,356), Jawa (872), Banjar(240) dan Boyan (58).

Bagi pecahan agama daripada pengundi warganegara tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah Islam 37.7 % ataua 64,400 orang sahaja menakala 62.30 % atau 106,418 pengundi bukan beragama Islam. Pecahan bukan beragama Islam adalah seperti berikut Buddha (50,842), Tiada Maklumat (22,595), Hindu (12,698), Tiada Ugama (9,726), Kristian (8,437), Sikhism (2,037) dan lain-lain (83). Menariknya bagaimana mereka yang tidak mempunyai makumat agama meliputi 13.22 % atau 22,595. Suatu jumlah yang sangat luar biasa.

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) . Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang. Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah.

Bilangan 170,818 adalah tidak termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah oleh PAS Selangor serta Pakatan Rakyat (PR) berjumlah 1,597 orang. Pemuda PAS Malaysia menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. Dijangka DPI suku ke-3 2011 ini akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.

Dalam jawapan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) pada 5hb Oktober 2011 dinyatakan bahawa kod “71” adalah kelahiran warganegara Malaysia di luar negara dan Pemastautin Tetap Malaysia. Mulai tahun 2001 JPN baru mewujudkan kod-kod Negara luar secara khusus mengikut negara kelahiran masing-masing

Walaubagaimana pun kewujudan warga negara yang mempunyai kod “71” pada waktu ini adalah terlalu ramai dan mencurigakan kerana JPN terlalu lewat memperkenalkan kod-kod kelahiran mengikut negeri sejak tahun 2001. JPN bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia:

Berapakah jumlah pecahan mengikut negara asal kelahiran bagi semua kod “71” ?

Berapakah bilangan warga negera yang lahir di luar negara dan menggunakan kod “71” ?

ISU KAD BERKEMBER DALAM DAFTAR PEMILIH INDUK (DPI) SPR

Pemuda PAS Malaysia telah membuat siri-siri pendedahan manipulasi pilihanraya selama dua bulan kepada pihak media. Hasilnya, kami dapat mengenalpasti bahawa terdapat ribuan kes kad pengenalan yang berkembar. Buktinya, pertama yang paling jelas adalah melalui kenyataan dalam media The Star pada 24 Julai 2011 dimana Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR. Bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan oleh SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI). SPR memberi alasan punca utama mereka mengeluarkan data tersebut adalah kerana data tersebut tidak ada dalam rekod JPN. Isunya adalah bagaimana nombor kad pengenalan tersebut pernah diwartakan sebagai pengundi yang sah. Bukti ketiga adalah terdapat dua jenis data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda iaitu pertamanya isu dua nama yang sama memiliki no kad pengenalan yang hampir sama dan keduanya isu satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu. Kedua-dua kad pengenalan ini sangat mencurigakan. Bersama ini Pemuda PAS menyediakan satu lampiran contoh-contoh nombor kad pengenalan yang berkembar.

DESAKAN

Bukti-bukti yang Pemuda PAS bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam JPN. Kelemahan ini mungkin telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memanipulasi data-data JPN. Kami penuh yakin terdapat dalang disebalik masalah yang berlaku. Kami akan mendesak kepada pihak atasan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan di negara ini.

Sunday, October 23, 2011

KAUNTER BERGERAK PUSAT KHIDMAT (JPD) DUSUN TUA.


friday, october 21, 2011

KAUNTER BERGERAK PUSAT KHIDMAT (JPD) DUN DUSUN TUA SETIAP JUMAAT JAM 8 PAGI HINGGA JAM 11PAGI...tempat: Pasar pagi Sg Long



Bagi memastikan semua lapisan masyarakat berbilang kaum DUN Dusun Tua mengetahui dan menikmati berbagai skim mesra rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, Pusat Khidmat (JPD) DUN Dusun Tua membuka kaunter bergerak diPasar pagi Sg Long setiap hari jumaat bermula jam 8pagi hingga jam 11pagi. Sambutan dikalangan warga emas sangat mengalakkan. Kerja -kerja turun padang ini akan diteruskan sehingga PRU13 diumumkan,bukan sahaja disini tetapi akan diluaskan operasinya kesemua kawasan seperti, Taman Alam Jaya, Bandar Mahkota Cheras, Taman Nanding dan lain-lain lagi. program ini melibatkan ahli majlis, dan juga ahli parlimen Hulu Langat, YB DR Rossli Che Mat.

Thursday, October 20, 2011

GHADAFI DI BUNUH OLEH RAKYATNYA SENDIRI


Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.

Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."

Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.

Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.

“Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.

Anak juga terbunuh

Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.

Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.

Wednesday, October 19, 2011

Kerjasama Saudi - US Hapuskan Kerajaan Islam


"US dalam usahanya menjajah Iran iaitu Kerajaan Islam terakhir abad ini mengadakan berita kononnya Iran terlibat dalam rancangan untuk membunuh duta Saudi ke US. Sebagai orang yang beriman, sikap kita terhadap berita sedemikian patutnya berpandukan firman Allah dalam al-Quran;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)

Yakni ketika suatu berita telah sampai pada kalian tentang suatu jama'ah atau suatu kaum atau suku atau tentang seseorang bahwa dia telah berbuat demikian dan demikian. Maka janganlah engkau tergesa-gesa pada suatu perkara sehingga engkau memiliki bukti dari kebenaran berita tersebut.

Sebab turunnya kalam Allah Ta'ala ( إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ ) ini adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al - Hafidz Ibnu Katsir rohimahulloh dan selain beliau bahwa ayat ini turun pada kabilah Mustolaq, suatu kabilah yang telah masuk Islam, dan Nabi s.a.w memerintahkan mereka dan selain mereka untuk membayar zakat dari kalangan kaum muslimin, akan tetapi terdengar kabar bahwa kabilah ini enggan membayar zakat akan tetapi Nabi s.a.w tidak tergesa-gesa dalam memutuskan sampai Allah Ta'ala mewahyukan ayat ini.

Kemudian datanglah pemimpin kabilah tersebut kepada Nabi s.a.w dalam keadaan meminta udzur dan dia menjelaskan kepada Nabi s.a.w bahwa utusan beliau dan surat beliau belum sampai pada mereka. Dan Allah S.W.T telah menjaga Nabi s.a.w dari ketergesa-gesaan dan pemahaman yang salah atas suatu kaum padahal mereka tidaklah berdosa. Dan hanyasannya utusan yang diutus oleh Nabi belum sampai pada mereka disebabkan dari sebab-sebab yang Allah S.W.T lebih mengetahuinya. Maka mereka adalah orang-orang yang tidak menghalangi atas penunaian zakat dan tidaklah mereka menyelisihi perintah Allah S.W.T.

Menteri Luar Saudi, Putera Saud al-Faisal ketika di tanya pemberita di Austria tentang berita tersebut dengan lantang menyatakan," Mereka akan bertanggungjawab terhadap tindakan yang mereka lakukan, dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya". Seperti kebiasaan Saudi menanggap US adalah rakan sejati mereka dan pasti akan mendapatkan bantuan ketenteraan US untuk mehancurkan Iran, kerjasama bagi meluaskan penguasaan US-Yahudi didunia Islam.

Rancangan Saudi dan US untuk menyerang Iran bukanlah perkara baru, seperti didedahkan oleh lapuran Wikileaks, Menteri Luar Saud al-Faisal semasa perjumpaan di Kaherah dengan diplomat US David Satterfield pada May 2008. Beliau meminta dikerahkan askar arab yang disokong kekuatan udara US dan NATO untuk menghancurkan Hizbollah yang menentang Israel dengan penyokong kuatnya iaitu Iran.

Pendedahan oleh wikileak ini merupakan satu penghinaan, tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam seorang pemimpim yang mengaku Penjaga Dua Tanah Suci (Mekah & Madinah) meminta bantuan musuh Islam dan Umat Islam apatah lagi dari pemimpin Yahudi & Nasrani untuk melancarkan peperangan keatas negara Islam lain (Iran).

Pakatan Saudi-US bagi menghancurkan dan menjajah negara Islam lain berlaku dari dulu lagi. Ia bermula dengan penyerahan Palestin kepada Yahudi juga hasil kerjasama Saudi dan US, begitu juga penjajahan terhadap Iraq dan Afghanistan. Dalam penjajahan terhadap Iraq, Saudi menerima bulat-bulat saranan US bahawa Saudi akan diserang oleh Saddam. Dengan serta-merta Saudi memberikan kerjasama sepenuhnya kepada US dan menyediakan sebuah bandar Dahran sebagai pengkalan ketenteraan US untuk melakukan serangan keatas Iraq. Dalam perang Afghanistan, Saudi dan US bekerjasama mewujudkan kononnya rangkaian al-Qaeda bagi mengesahkan serangan keatas Afghanistan.


Hubungan akrab King Abd Aziz dan Franklin D. Roosevelt

Kerjasama Saudi-US ini bermula sejak dari penubuhan awal Saudi selepas menjatuhkan kerajaan Khilafah. Pada tahun 1897, Zionist merancang untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Sepuluh tahun kemudian dalam tahun 1907 British memutuskan dalam London Colonial Conference untuk membentuk sebuah kerajaan yang sentiasa menjadi Timur Tengah dalam keadaan tidak aman. Ini membawa kerjasama British dan Zionist bersama dan mereka bergabung menjatuhkan kerajaan Othmaniyyah Turki ketika perang dunia 1.

Abdul Aziz Ibn Al Saud bersama dengan pemimpin kabilah yang lain, semuanya telah diberi habuan rasuah, menyokong dan memberi bantuan sepenuhnya kepada British dan Zionist bagi menumbangkan kerajaan Othmaniyyah di Turki dan menghapuskan Islam dari sana (penguasaan Atartuk). Sebagai balasannya, British melalui perjanjian Treaty of Frienship pada 1916, telah menobatkan Abdul Aziz Ibn Al Saud sebagai pemimpin dengan penguasaan terhadap Najd dan penawanan Riyadh.

Sesungguhnya Rasullah s.a.w telah memberi amaran tentang fitnah yang datang dari Najd ini;

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah muncul tanduk setan” [Shahih Bukhari 2/33 no 1037]

Ada juga sumber yang mengatakan bahawa Saud inilah keturunan Dzul Khuwaisirah yang diberitahu Rasulullah s.a.w dalam hadis ini;

Telah menceritakan kepada kami Abul Yaman yang berkata telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri yang berkata telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin ‘Abdurrahman bahwa Abu Sa’id Al Khudri radiallahu ‘anhu berkata kami bersama Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] dan Beliau sedang membagi harta rampasan perang, tiba-tiba datanglah Dzul Khuwaisirah dan dia seorang laki-laki dari bani Tamim, ia berkata “wahai Rasulullah berbuat adillah!”. Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] berkata “celaka engkau, siapa yang bisa berlaku adil jika aku dikatakan tidak berlaku adil, sungguh celaka dan rugi jika aku tidak berlaku adil”. Umar berkata “wahai Rasulullah izinkanlah aku memenggal lehernya”. Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] berkata “biarkanlah ia, sesungguhnya ia memiliki para sahabat dimana salah seorang dari kalian menganggap kecil shalat kalian dibanding shalat mereka dan puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca Al Qur’an tetapi tidak melewati tenggorokan mereka, mereka keluar dari agama seperti keluarnya anak panah dari busurnya. Dilihat mata panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat pegangan panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat batang panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat bulu panahnya maka tidak nampak apapun sungguh ia mendahului kotoran dan darah. Ciri-ciri mereka adalah seorang laki-laki hitam yang salah satu lengannya seperti payudara perempuan atau seperti daging yang bergerak-gerak dan mereka keluar saat terjadi perselisihan di antara orang-orang. Abu Sa’id berkata “aku bersaksi bahwa aku mendengar hadis ini dari Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] dan aku bersaksi bahwa Ali bin Abi Thalib telah memerangi mereka dan ketika itu aku bersamanya, maka ia [Ali] memerintahkan untuk mencari laki-laki itu, akhirnya orang itu ditangkap dan dibawa kehadapannya maka aku bisa melihat ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] [Shahih Bukhari 4/200 no 3610]

Sikap Dzul Khuwaisirah ini amat nyata dalam fahaman agama mereka yang ibadat mereka adalah tulin bahkan hebat melebihi Rasulullah s.a.w. Kita dapat lihat mereka telah menghapuskan semua tinggalan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat yang amat penting untuk iktibar umat Islam dan menjadikan Mekah dan Madinah sebuah bandaraya metropolitan yang mengundang penguasaan Yahudi dalam gedung-gedung perniagaan dan perhotelan!

Wallahu'alam.
sumber
"

Institusi keluarga di Malaysia makin hancur, ini buktinya


" Institusi Islam kita makin canggih, kita ada JAKIM, ada Majlis Agama Negeri, ada KAGAT. Di Negeri Sembilan pula tak lama lagi ada Menara MAINS, banyak masjid cantik dan bertingkat-tingkat. Kursus perkahwinan pun makin banyak dan mantap. Majlis perkahwinan, hantaran dan persandingan pun makin hebat. Tetapi di mana silapnya?

Adakah ianya berpunca dari 12 juta orang Melayu yang setiap hari meruntuhkan agama Islam itu sendiri seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

77 kes cerai setiap hari
Kosmo 19 Okt 2011

KUALA LUMPUR – Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.

Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.

Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.

Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.

Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

“Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu melihatnya daripada sudut lebih positif.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
"

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarikh PRU13?


Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarikh PRU ke-13? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan PRU ke-13 bakal diadakan pada tahun 2012, lebih-lebih lagi dengan petanda-petanda yang menunjukkan bahawa PRU 13 mungkin diadakan antara Januari hingga Mac pada tahun depan.

Bagaimanapun, apa yang "pelik" mengikut anggaran SPR, PRU tahun depan hanya melibatkan "Parlimen", tetapi tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri



Ini mungkin memberi makna bahawa seandainya Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN serentak dengan pembubaran parlimen, maka kerajaaan negeri yang dikuasai Barisan Nasional juga tidak akan membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya.

Maklumat ini ditemui MerdekaReview ketika menyelak Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, di mana SPR meramalkan bahawa satu PRU akan diadakan pada tahun 2012, dalam bab aktiviti bahagian operasinya. Dengan kata lain, SPR telah pasti bahawa PRU akan dijalankan pada tahun depan. Sebelum ini, SPR hanya memaklumkan bahawa PRU 13 akan dijalankan selewat-lewatnya pada tahun 2013. (Jadual bawah)
2010 (Sebenar) 2011 (Anggaran) 2012 (Anggaran)
Bil. Pemilih Berdaftar 11,163,409 11,834,845 12,634,090
Parlimen Tiada Tiada 1
DUN Tiada 1 Tiada
PRK 8 3 Tiada
Sumber: Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012

Objektif operasi SPR adalah melaksanakan perjalanan PRU dan PRK, serta mendaftar, menyemak, menyedia dan mengeluarkan senarai daftar yang kemas kini dan bersih, dan mengkaji semula dan mencadangkan pindaan Undang-undang, Akta-akta, Peraturan Pendaftaran Pemilih dan Peraturan Pilihan Raya dari semasa ke semasa.

Menurut maklumat dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, SPR meramalkan bahawa bilangan pengundi dalam daftar pemilih akan mencecah angka 12,634,090 orang pada tahun 2012. Antaranya, Selangor kekal sebagai gedung undi terbesar, dengan pengundi seramai 1,853,511 orang; disusuli Johor (1,528,379 orang), Perak (1,395,958 orang), Sarawak (1,039,643 orang) dan Kedah (994,756 orang).

Sebelum ini, sumber maklumat memberitahu MerdekaReview bahawa pihak atasan FGVH telah memberi arahan agar langkah penyenaraian FGVH dipercepatkan, dengan harapan ia dijayakan sebelum akhir Mac 2012. Memandangkan FELDA merupakan "gedung undi" UMNO-BN, ditambah pula janji "durian runtuh" dalam Belanjawan 2012 - maka PRU 13 diramalkan akan diadakan antara Januari dengan Mac 2012.

Baca: Langkah penyenaraian FELDA Global Venture dipercepat untuk mengejar langkah PRU 13?

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

RANG MURTAD BOLEH DI SOKONG


Subky Latif
HUKUM terhadap orang murtad iaitu orang yang meninggalkan agama Islam dan orang Islam yang terkeluar dari agamanya ada dalam Islam dan Islam pernah menguatkuasakannya.

Justeru itu tiap-tiap negara Islam patut ada undang-undang itu dan tidaklah sempurna pentadbiran Islam sebuah negara Islam kira-kira tidak ada peruntukan melaksanakan hukum itu.

Tanah Melayu sebelum dijajah oleh kuasa barat – Portugis, Belanda dan Inggeris – ada peraturan itu. Perlembagaan Reid yang disediakan oleh British untuk kemerdekaan Tanah Melayu tidak memperuntukkannya, mungkin kerana bertaklid perlembagaan itu adalah untuk negara baru yang merdeka itu sedang murtad itu adalah terletak di bawah kuasa Raja-Raja.

Kerana undang-undang murtad itu adalah satu dari seribu dari ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi SAW, maka menjadi kewajipan bagi PAS menyokongnya tidak kira dari mana datangnya.

Kecuali jika dipastikan rangnya datang dari iblis. Jika rang itu dari iblis, kita sokong maka sokongan itu bukan kerana ia peraturan yang dituntut Allah, tetapi ia dibuat atas suruhan iblis. Mengikut perintah iblis adalah kufur.

Presiden PAS Ustaz Haji Abdul Hadi Awang semasa menjadi Timbalan Presiden dulu pernah membentang usul persendirian di Parlimen bagi menguatkuasakan undang-undang murtad. Rang usul itu dirangka oleh Almarhum Haji Idris Othman, seorang pegawai kanan Jabatan Peguam Negara yang pernah menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan dan Pesuruhjaya Hisbah semasa PAS memerintah Terengganu tahun 2000.

Percubaan PAS itu tidak pernah diberi laluan oleh Parlimen. Rang usul itu dimasukkan dalam jadual agenda sidang Dewan Rakyat berkali-kali. Tetapi ia tidak pernah dapat dibentangkan.

Disebabkan peraturan itu tidak ada, maka ramailah orang Islam yang murtad. Sekitar 20 tahun hampir setiap hari harian perdana brbahasa Inggeris menyiarkan iklan notis penganut Islam murtad. Semua notis itu diluluskan oleh mahkamah dan tiada cara jabatan pendaftaran dapat mengingkari keputusan mahkamah itu sekali pengarah pendaftarannya adalah orang Islam.

Sudah acap PAS sejak pimpinan Haji Yusof Rawa membangkit isu murtad itu hinggalah rang usul menghalang murtad itu dikemukakan untuk dibahas di Parlimen, kerajaan BN tidak pernah melayan malah tidak ada sedikit sensitiviti pun dari anggota UMNO yang berjuta itu tertarik dengannya.

Hanya selepas gereja diserbu Jais kerana ada orang Islam hadir dalam jamuan makannya bersemarak sedikit rasa anti murtad itu. Mufti Perak Tan Sri Harussani yang pernah membangkit isu beribu orang Islam murtad satu masa dulu, menggesa supaya akta murtad diperkenalkan.

Reaksi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri ialah cadangan itu mesti dibincang secara menyeluruh sebelum ia dibentangkan.

Adalah betul cadangan itu mesti dibincang secara menyeluruh. Bukan sesuatu undang-undang itu terus dibuat begitu saja apabila ada cadangan mengenainya.

Bukan sekadar rang murtad, apa jua undang-undang yang hendak dibuat di Parlimen mestilah dibincang secara serius dan menyeluruh. Parlimen Britian misalnya kadang-kadang mengambil masa bertahun membincangkan sesuatu isu dengan orang ramai dan semua pihak sebelum ia dijadikan rang.

Tidaklah seperti hendak mendakwa Dato Harun Idris, Menteri Besar Selangor satu masa dulu. Di bawah peraturan mana dia hendak didakwa kerana dikatakan rasuah, maka serta merta rang pindaan undang-undang dibentang dan diluluskan.

Atas isu murtad ini, orang Islam yang sah menentang hudud dan berkata itu dan ini tentang undang-undang itu boleh jadi murtad. Jika undang-undang itu ada, tiadalah lagi orang boleh berdalih dan mempersenda undang-undang hudud, satu dari seribu ajaran Islam PAS cuba perkenalkan.

Jika rang itu hendak diperkenalkan maka secara terbuka PAS bertanggungjawab menyokong. Jika ada perbezaan pendapat antara PAS dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, maka perbezaan itu dibenarkan. Bolehlah masing-masing membuat pendirian sendiri tanpa mempengaruhi muafakat yang sudah terjalin.

Seperti isu hudud, sekutu Pakatan Rakyat bersetuju tentang perbezaan pendapat. Tetapi muafakat Pakatan tidak terjejas kerana banyak lagi yang mereka kongsi bersama.

Cuma yang menjadi perhatian ialah reaksi kerajaan mahu hal murtad itu dibincang secara menyeluruh dulu, tetapi ia mungkin tidak akan dibincang. Mungkin ia sekadar jawapan kepada pertanyaan media.

ADA SESUATU YANG TAK KENA DENGAN HIMPUN


KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.

Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.

Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.

Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

“Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.

Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.

Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.

“Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.

“Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu,” katanya.

PRESTASI SELANGOR LEBIH BAIK DARIPADA PUSAT


KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kelayakan untuk mendapat kenaikan elaun disebabkan prestasi yang ditunjukkan mereka dan negeri amat baik sekali.
Khalid menjelaskan demikian pada sesi perbahasan belanjawan 2012 di Dewan Rakyat apabila ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mempertikaikan tindakan Pakatan Rakyat (PR) menolak kenaikan yang dicadangkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet tetapi menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tahun 2009 hingga 2011 telah menghasilkan bajet yang seimbang, hutang negeri tidak meningkat kerana tiada pinjaman dilakukan.

"Hasil negeri meningkat jika dibandingkan dengan pemerintahan di bawah BN yang mana rakyat sekarang dapat merasa hasil kekayaan negeri sejak dari awal dilahirkan sehinggalah mereka meninggal dunia, selain menikmati air percuma," jelas Khalid yang juga AJK PAS Pusat.

Tambahnya lagi, merujuk kepada prestasi baik dan keseimbangan antara hasil negeri dan rakyat, maka secara jelas setiap Adun di Selangor memang layak mendapat kenaikan elaun jika dibandingkan dengan prestasi yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN terutamanya perbelanjaan defisit selama 14 tahun berturut-turut.

"Ahli Parlimen tidak layak mendapat kenaikan elaun jika kita melihat prestasi dan amalan pentadbiran BN berbelanja sehingga membuatkan hutang negara meningkat sehingga 53 peratus dari Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Bagaimanakah kita hendak bersetujuan agar kenaikan elaun ini diluluskan, kemerosotan ini bukannya disebabkan oleh dari ahli parlimen PR tetapi disebabkan oleh mereka di dalam BN yang selalu mengamalkan bodek dan kroni," katanya lagi.

Beliau juga memberitahu prestasi buruk merupakan halangan untuk melayakkan setiap Ahli Parlimen mendapatkan kenaikan dan ini pasti boleh diubah apabila PR mengambil alih pantadbiran di Putrajaya nanti.

Tindakan menuduh pendirian PR tidak bersependapat dengan apa yang dilakukan di Selangor, Khalid memberitahu kenaikan bergantung kepada hasil dan prestasi negara, malah jika dibandingkan dengan Negeri Selangor dari sudut pentadbiran jauh lebih baik dari apa yang kerajaan BN lakukan di negara ini.

"Kita melihat bagaimana kerajaan negeri menambah pendapatan negeri yang diperolehi dari hasil dan sumber asli, mengambil kembali hutang dari mereka yang telah berhutang serta menghapuskan budaya kroni.

"Sedangkan kerajaan pusat hanya tahu menambah hutang negara dan menurut kajian yang dilakukan oleh badan bebas mengatakan jika amalah defisit ini dilakukan oleh BN, maka pada tahun 2020 hutang negara akan meningkat RM1 trilion dan ia akan membawa negara ke arah kebankrapan," sambungnya lagi.

Beliau juga menyentuh janji kerajaan yang dinyatakan semasa belanjawan tersebut yang mahu menaikkan taraf Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah satu yang baik tetapi dalam pada masa yang sama kerajaan perlu melihat kedudukan Hospital Shah Alam yang telah terbengkalai sejak sekian lama.

Tuesday, October 18, 2011

Kakitangan awam lebih terbela bersama Pakatan Rakyat


Oleh Adil Mat Selamat

Walau bermacam tawaran dan godaan Barisan Nasional terhadap kakitangan awam, satu perkara mudah dan memang diperlukan oleh perkhidmatan awam tidak berani dilakukan oleh kerajaan pusat.

Pakatan Rakyat secara ikhlas dan tegas mahu memperkenalkan gaji minimum RM1,100 sebulan dalam sektor perkhidmatan awam.



Gaji minimum Pakatan

Ini bererti tidak ada sesiapa pun di peringkat paling rendah akan mendapat gaji kurang daripada RM1,100, dan ini tidak termasuk elaun-elaun lain serta peluang-peluang kenaikan gaji dan pangkat.

Jumlah kakitangan perkhidmatan awam secara keseluruhannya sekitar 1.2 juta orang dan 25 peratus daripadanya mendapat gaji di bawah RM1, 000. Jika 25 peratus ini diterjemah kepada jumlah, ia bermakna sekitar 300,000 orang akan mendapat manfaat atas pengenalan gaji minimum.

Malah, secara keseluruhannya Pakatan mahu mengekalkan imbuhan di samping menambah elaun serta memperbaiki sistem kenaikan pangkat yang selama ini menjadi keluhan di kalangan kakitangan awam.

Majoriti dari 25 peratus kakitangan awam ini adalah kaum Bumiputera yang kurang mendapat peluang dari laba kemewahan ekonomi Malaysia. Malah adalah satu realiti bahawa golongan ini mempunyai pendidikan yang sederhana.

Sudahlah peluang kenaikkan pangkat agak sukar, peluang untuk melanjutkan pendidikan juga agak terhad. Justeru, keputusan drastik dan luar biasa perlu dilakukan, iaitu dengan memperkenalkan satu mekanisme sistem gaji minimum dan reformasi sistem kenaikan gaji serta pangkat.

Dasar ini dengan jelas menjawab fitnah UMNO-BN yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat mengabaikan golongan Bumiputera. Sedangkan umum tahu siapa yang menjadi kerajaan pusat pada masa yang menyebabkan Bumiputera menanggung masalah.

Tawaran BN – gembira sebulan, merana selamanya

Kerajaan pusat BN mahu memperkenalkan gaji tahunan penjawat awam yang akan ditingkatkan di antara RM80 hingga RM320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 dan 13 peratus.

Dari segi jumlah wang yang bakal diterima oleh 25 peratus kakitangan awam yang berpendapatan di bawah RM1,000, mereka hanya akan menerima kenaikan sekitar RM80 hingga RM100 sahaja, tambahan dari gaji mereka yang sudah sedia rendah itu. Ini kerana mengikut gred perjawatan, kebanyakan golongan ini adalah berjawatan Pembantu Am Pejabat dalam gred N1 hingga N4.

Bandingkan dengan tawaran Pakatan yang akan memastikan pelaksanaan gaji minimum.

Memang gaji minimum sahaja belum memberi jaminan terhadap peningkatan mutu dan produktiviti kakitangan awam.

Di sini kita perlu juga memahami bahawa faktor utama selain sikap dan latihan, ialah dilema kakitangan awam yang rendah produktivitinya adalah disebabkan faktor upah dan kos sara hidup. Ini menjadi faktor paling besar.

Dengan kata lain, kerajaan yang bakal dibentuk oleh Pakatan Rakyat akan berjaya menunai dan menyelesaikan faktor halangan utama untuk mendorong kakitangan awam meningkatkan mutu kerja.

Oleh yang demikian, bagi mana-mana kakitangan awam selepas pelaksanaan gaji minimum, mereka tidak punya alasan lain untuk tidak produktif. Ibarat kata, perahu sudah di air, dayung sudah di tangan.

Rakyat termasuk perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar, yang membayar cukai menuntut perkhidmatan awam yang terbaik.

Guru dan perguruan.

Bagi Pakatan Rakyat, sudah agak jelas keperluan golongan sektor perguruan iaitu, imbuhan tetap RM500 bagi setiap orang guru di samping elaun dan imbuhan-imbuhan serta peluang kenaikan pangkat yang telah sedia ada, di samping pembaikan daripada kelemahan sistem sekarang.

Imbuhan ini juga berperanan seperti gaji minimum. Ia akan menjadi pendorong bagi golongan guru untuk melaksanakan amanah dengan sedikit keselesaan dalam menjalankan tugas penting mendidik anak-anak Malayasia.

Kita memahami kompleksiti di dalam sektor perguruan. Perubahan pada salah satu daripadanya yang akan memberi kesan secara langsung ialah reformasi sistem pendidikan.

Oleh itu, apabila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat, sudah pasti akan wujud usaha untuk mereformasikan keseluruhan sistem.

Guru memerlukan satu keadaan yang kondusif untuk mereka fokus mengajar, ini bermakna mereka memerlukan satu sistem pendidikan yang baik dan jelas. Kerja mengajar adalah kerja guru dan kerja mentadbir adalah kerja pengurus.

Pakatan perlu memberi tumpuan serius untuk memastikan guru-guru tidak lagi dibebankan dengan paper work supaya mereka dapat menumpukan tugas sepenuhnya untuk mengajar dan mendidik anak-anak kita.

BN masih berjanji, guru-guru sudah menanti berpuluh tahun

Kerajaan UMNO-BN menggunakan faktor ‘masa’ untuk membeli keyakinan para guru.

Kata pemimpin besar BN, “Seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja”.

Lihat bagaimana silap mata UMNO-BN ini yang sedang cuba mengaburi mata guru. Malah, taktik mengumpan guru-guru dengan faktor ‘masa’ jelas merendah-rendahkan intelek guru-guru seolah-olah mereka tidak pandai mengira dan menghitung.

Bukankah, sistem kenaikkan pangkat cara BN ini tidak akan menyelesaikan masalah utama golongan guru? Bukankah guru mahukan pembelaan dari aspek kenaikan imbuhan tetap dan suasana kerja yang kondusif?

Guru masih di takuk lama, hanya diumpan dengan kenaikan pangkat yang belum tentu keberkesanan perlaksanaannya, seperti dekad-dekad sebelumnya.

Jangan lupa, dalam tempoh hendak naik pangkat itu nanti, kos sara hidup semakin meninggi, jumlah murid pula semakin bertambah, sudah tentu beban semasa guru juga meningkat.

Stress bagi kedua-dua golongan guru dan murid akan naik mendakak. Justeru apakah jaminannya dalam hal ini? Tepuk dada tanya selera.

Golongan pesara kerajaan

Realiti kerja dalam perkhidmatan awam ialah golongan muda mahukan lebih peluang kenaikan pangkat termasuk peluang kerja. Itu fitrah golongan muda.

Golongan tua bukannya mahu terus bekerja sangat, sama ada umur pencen adalah 58 atau 60 tahun, tetapi terpaksa bekerja kerana beban hidup dan ekonomi seharian.

Ini menunjukkan kesan ekonomi yang dikendalikan oleh kerajaan UMNO-BN yang menimbulkan masalah yang memaksa orang lama terpaksa membanting tulang untuk terus bekerja walau usia telah lanjut.

Pakatan Rakyat tidak menghalang, malah menggalakkan mana-mana individu yang sihat tubuh badan terus bekerja. Ia budaya yang baik.

Faktor utama golongan pesara yang sedang meniti zaman emas, sudah tentu isu utamanya adalah ingin menikmati kualiti kehidupan di zaman tua di samping wang pencen yang mencukupi.

Ini bukan soal produktiviti tetapi ia adalah isu kualiti hidup. Golongan ini sudah tentu mahukan sekurang-kurangnya sebuah rumah sendiri, wang belanja harian dan simpanan yang cukup, hutang telah selesai dibayar dan bantuan kepada keperluan kesihatan yang lebih setara dari segi nilai dan perkhidmatan.

Adakah UMNO-BN sudah membuat kajian yang lengkap tentang nisbah graduan yang keluar dari IPTA(S) dengan jumlah kakitangan yang telah dan akan besrara? Adakah ianya setara?

Inilah yang dinamakan sebagai keseimbangan sosio-ekonomi. Maka, perlanjutan umur persaraan yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak itu telah mengabaikan aspek tahap efiensi golongan tersebut. Yang nyata, dalam hal efisien ini, hanya segelintir sahaja yang masih di tahap itu.

Bukankah lebih berkesan jika ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menyambung khidmat berdasarkan tahap kebolehan, keberkesanan, kesihatan dan rekod perkhidmatan yang cemerlang. Ini lebih fleksibel dan jelas.

Itu belum lagi kita mendengar keluhan dan komen golongan muda dan pra-50 tahun dalam kerajaan. Mereka bergelut untuk mencari peluang kenaikan pangkat.

Transformasi untuk Pakatan

Bayangkanlah jika di sektor awam, hanya sedikit golongan muda yang profesional berbanding golongan emas yang semakin tidak menentu tahap prestasinya. Pasti ‘transformasi’ Najib akan menjadi sesuatu yang lebih lembam. Daripada kurang efisien sekarang kepada tidak efisien sama sekali. Bukankah ini satu ironi?

Namun, barangkali ini lebih baik untuk Pakatan Rakyat kerana jika golongan profesional muda lari ke sektor swasta, ia akan memudahkan lagi akses golongan tersebut kepada Pakatan Rakyat.

Ini adalah kerana amalan politik berat sebelah dan tidak adil UMNO-BN yang selama ini mengugut mana-mana pegawai dan kakitangan awam daripada terlibat dengan politik pembangkang.

Kita tahu bahawa selama ini, golongan muda yang profesional sering dibelengu ketakutan dan ugutan untuk menyertai atau menyokong Pakatan Rakyat. Justeru, ada baiknya juga jika Najib meneruskan agenda ini. Satu transformasi yang baik untuk Pakatan. –

Tarbiyah Kuat PAS Hebat


Idris Ahmad
Tidak ada harakah tanpa tazim, tidak ada tanzim tanpa tarbiah. Atas asas ini PAS mampu bergerak di persada politik tanah air pada hari ini kerana kekuatan tarbiah yang menjadi teras kepada gerak kerja parti.
Sebab itu, di dalam PAS ada dua lajnah yang penting dari sudut organisasi, pertama ialah lajnah tarbiah dan kedua ialah lajnah penerangan. Lajnah tarbiah lebih fokus kepada melahirkan tenaga penggerak parti manakala lajnah penerangan ialah menyebar luas dasar dan perjuangan parti kepada pihak luar.

Peranan lajnah tarbiah ialah untuk melahirkan ahli yang kental sebagai penggerak parti. Ia membekalkan tenaga parti kepada lajnah lain. Oleh itu apabila program tarbiah tidak berjalan ia akan berlaku kepincangan dalam gerak kerja parti samaada dari segi fikrah atau perlaksanaan kerja.

Semua peringkat kepimpinan daripada pusat sampai kepada cawangan, daripada ahli biasa sampai kepada pimpinan tertinggi dalam parti mesti meletakkan bahawa tarbiah adalah tunjang kepada gerakan PAS. Proses tarbiah tidak akan berakhir apabila sudah menang atau sudah menjadi pimpinan tertinggi. Sebaliknya usaha ini berterusan tanpa terhenti. Seperti mana juga menuntut ilmu daripada buaian sampai kepada liang lahad. Jika ada tanggapan bahawa tarbiah hanya untuk orang bawah sahaja, sedangkan pimpinan tertinggi tidak perlu maka adalah tanggapan yang silap dan songsang.

Sebagai sebuah parti atau jamaah yang bukan sebagai badan perniagaan,maka sudah tentu yang boleh menggerakkan parti ialah dengan janji pahala kerana merupakan amal soleh.

PAS tidak menjanjikan kepada penjawat dalam parti upah dan habuan dunia. Inilah kejayaan PAS selama ini, sehingga mampu bertahan hampir 60 tahun, menjadi sebuah parti yang paling lama di persada politik negara setelah parti Umno diharamkan pada tahun 1987. Sedangkan Umno yang ada sekarang ini ialah parti 1988.

Oleh itu, jika pengabaian terhadap tarbiah ini berlaku maka ia akan merbahaya kepada masa depan parti. PAS tidak mampu melawan musuh politiknya dengan wang. Wang yang dimiliki oleh pesaing PAS terlalu banyak dengan bantuan daripada tauke judi dan arak. Sedangkan sumber kewangan PAS amat terhad iaitu dari kalangan ahli parti.

Sekiranya kegiatan tarbiah lemah ia akan memberi kesan kepada gerakan politik. Kemungkinan sehingga suatu waktu nanti PAS akan kehilangan mereka yang sanggup untuk menjadi calon, wakil calon, penyokong dan pencadang kerana tidak sanggup berkoraban. Tenaga pilihan raya akan ketandusan kerana mereka yang datang membantu setiap kali pilihan raya tanpa diupah oleh mana-mana pihak.

Walau pun mereka yang membantu tahu, jika calon yang mereka bantu itu menang mereka tidak mendapat apa-apa hasil daripada usaha mereka untuk memenangkan calon PAS. Mereka tidak mengharapkan apa Yang Berhormat PAS berikan kepada mereka, cuma mereka mengharapkan Yang Berhormat PAS bertanggungjawab kepada PAS. Inilah hebatnya tarbiah PAS.

Sebab itu jika ada calon PAS yang khianat mereka akan menjadi bahan sumpah oleh mereka yang bertungkus lumus di dalam pilihan raya. Tiba-tiba mereka menjual kerusi ketika waktu “berperang”, mereka yang melakukan demikian tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, calon PAS yang menang mereka tidak boleh mendabik dada mereka menang kerana populariti mereka bukan kerana kesungguhan petugas PAS. Jika ini berlaku semuanya gara-gara tarbiah tidak menyerap masuk di dalam dirinya dan ia perlu lagi ditarbiah.

Penulis adalah AJK PAS Pusat yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat

Bajet pilihan raya: BN beri rakyat ikan, bukan kail


INGAT lagi apa komen Dato’ Seri Najib Razak tatkala parti pembangkang berjanji akan menurunkan harga minyak dalam pasaran tempatan sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara dalam pilihan raya umum lalu?

Dalam salah satu reaksinya pada awal 2008, Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mendakwa negara akan bankrap sekiranya subsidi ditambah bagi menurunkan harga minyak. Beliau malah menganggap cadangan pembangkang itu sebagai tindakan yang ‘tidak masuk akal’.



Langkah itu juga, menurut Najib, bakal menyulitkan kerajaan melaksanakan pembangunan negara, termasuk menyediakan pelbagai kemudahan awam diperlukan rakyat.
Bagi menambahkan persepsi negatif terhadap cadangan pembangkang itu, digambarkan pula tabiat bergantung harap kepada subsidi sebagai kebiasaan buruk yang merugikan negara dan tidak wajar diteruskan. Ia tidak membentuk warga negara yang berdaya saing. Rakyat yang dimanjakan dengan subsidi dan berbagai insentif kerajaan didakwa akan malas berusaha keras untuk kemajuan dalam hidup.

Seperti lazimnya dalam budaya BN, apabila ‘kepala kereta api’ berpandangan sedemikian, seluruh gerabak akan mengikut dengan taat.

Hujah itu segera diratib dan dipanjangkan segenap rank-andfile BN.

Pelbagai rasional dan alasan dikemukakan yang kesemuanya menjurus kepada mewajarkan usaha kerajaan menghapus atau sekurang-kurangnya memotong pembiayaan subsidi ke atas sebilangan barangan keperluan rakyat, terutama bahan bakar.

Gambaran positif itu diuaruarkan lagi oleh seluruh saluran media arus perdana yang sememangnya menjadi talibarut BN.

Pada masa sama, para penggiat ekonomi, ahli akademik dan individu terhormat senada seirama menyokong tindakan BN. Mereka menganggap usaha mengurang atau menghapuskan subsidi amat baik, terutama dalam konteks mendidik rakyat menjadi warga yang berdikari dan berdaya saing. Tabiat mengharapkan subsidi dan insentif kerajaan dikecam dan diberikan persepsi serong.

Amat mengejutkan dalam keadaan rakyat belum begitu lupa terhadap nilai positif yang kononnya cuba disemai oleh BN itu, perkara sebaliknya pula dibawa parti pemerintah itu minggu lalu. Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Najib secara zahirnya disifatkan banyak pihak sebagai menjamu rakyat dengan taburan wang tunai.

Antaranya, pemberian tunai secara one-off berjumlah RM500 kepada setiap keluarga dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bantuan tunai RM100 kepada setiap pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima, serta RM200 baucer buku untuk pelajar Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi.

Turut diumumkan ialah pemberian tunai RM3,000 untuk bekas perajurit atau balu mereka, juga untuk ribuan bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Manakala kalangan penjawat awam turut dihadiahkan bonus setengah bulan gaji atau minima RM500, selain kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Kemurahan hati kerajaan mencurahkan habuan sedemikian sudah tentu disambut baik khalayak terbabit. Namun harus diingat ia juga bakal menghasilkan suasana ekonomi yang ‘berat sebelah’ terutama kepada golongan yang tidak terlibat dengan mana-mana kelompok disenaraikan di atas.

Limpahan tunai di kalangan rakyat akan menggalakkan perbelanjaan. Ia sekali gus meningkatkan permintaan dalam pasaran. Kejutan itu menyebabkan permintaan jauh mengatasi bekalan, yang sekali gus akan menggalakkan kenaikan harga.

Satu kesan lain, lambakan insentif menerusi belanjawan itu juga menyalahi apa yang sebelum ini dicanangkan BN sendiri.

Cakap berdegar-degar sebelum ini kononnya kerajaan mahu mendidik rakyat lebih bertanggungjawab, tidak bergantung harap kepada habuan kerajaan seolah-olah hanya cakap kosong.

Para pemimpin BN seolaholah terlupa pernah melaunglaungkan falsafah, “kita beri kail, tak beri ikan.” Kononnya, sekiranya diberi ikan, rakyat akan hanya boleh menikmatinya untuk sementara waktu.

Tetapi jika diberi kail, dalam erti kata diberi kemahiran dan galakan mencari rezeki sendiri, maka rakyat akan menikmati pendapatan berterusan. Ia bukan sahaja mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan, tetapi juga membentuk rakyat yang berdikari dan jayadiri.

Sewaktu melontarkan idea yang digambarkan sangat motivatif itu BN nampak benarbenar mahu mengikis mentaliti subsidi atau mengharapkan disuap kerajaan dengan jamuan kebendaan.

Kononnya tabiat itu boleh membankrapkan negara. Malang sekali, belanjawan negara yang secara jelas menyaksikan taburan wang tunai sebegitu dahsyat memusnahkan cakap penuh berwawasan dan hebat tadi. Yang diberi BN kepada rakyat bukannya kail, tetapi ikan. Sekali lagi BN membuktikan mereka ‘bikin tak serupa cakap’

Belanjawan dan belanja minum kopi


TANPA mengulas butiran terperinci Belajawan 2012, tak ramai yang tak nampak bajet kali ini berlainan sedikit daripada yang lazimnya. Kata orang dulu-dulu, ini bajet pilihan raya (umum).
Betullah tu. Tapi, walaupun slogan Umno kekal ‘dulu, kini dan selamanya’ (menyadur daripada tagline iklan satu jenama popular minuman berkabonat), strategi basi kerajaan Umno-BN menggulagulakan rakyat dengan memansuhkan itu dan ini hanyalah tidak lebih dari nostalgia zaman ‘dulu’.





‘Kini’ seluruh percaturan mengambil hati rakyat sudah berubah sepenuhnya. Yang tidak berubah hanyalah mentaliti kuno Umno-BN dengan kecenderungan mutlak untuk kekal ‘selamanya’.
Tentu ramai masih ingat retorik ‘reformasi’ Umno pasca Mac 2008. Tapi sebagaimana lazim, retorik tetap retorik. Tidak ada yang direformasikan dan tidak ada apa yang berubah.

Modus operandi Umno-BN dalam konteks bajet menjelang pilihan raya umum adalah mudah dan tak pernah mengalami sebarang perubahan.

Dilihat sebagai senjata ampuh untuk mengubah pendapat umum dan dengan bantuan sorak sorai media mereka, minda barisan pemimpin Umno-BN dijajarkan dalam kesepakatan jitu betapa hanya inilah satu-satunya ikhtiar untuk memenangi pilihan raya umum.

Kali ini bagi menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan Umno-BN terhadap penderitaan yang ditanggung oleh rakyat ialah memansuhkan yuran persekolahan. Kalau nak hapuskan duti import ke atas barangan kemas berasaskan berlian tentu tak guna sebab tak ramai rakyat yang mampu membelinya.

Kalau adapun, cuma mereka yang mahu mendirikan rumah tangga dan membeli perkakas berlian di antara 0.03 hingga 0.20 karat.

Yang boleh cincin berlian 1-10 atau 15 karat lagi tidak ramai. Dan yang mampu dan paling penting sanggup membazirkan wang tanpa ada rasa bersalah pada diri-sendiri untuk membeli cincin berlian 65 karat hanyalah seorang sahaja.

Justeru, pemansuhan duti seperti ini tidak akan memberi kesan dalam usaha mengubah pendapat umum kerana mereka yang terlibat hanyalah segelintir sahaja.

Cara terbaik, menurut hemat pemimpin Umno-BN dalam kerajaan ialah menggula-gulakan rakyat dengan memansuhkan sesuatu melibatkan jumlah besar rakyat.

Maka menerusi Bajet 2011 ini kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan bangganya mengumumkan pemansuhan yuran persekolahan, pemberikan wang tunai RM100 untuk setiap anak yang bersekolah dan baucer buku untuk pelajar universiti.

Selain daripada itu ada juga bonus setengah bulan untuk kakitangan awam. (Kesian mereka, apa salahnya sesekali bagi dua bulan bonus terus?) Ada juga pemberian one-off sebanyak RM500 kepada keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000. (Kenapa pemberian one-off dan bukan bantuan bulanan?)

Apa pun pada perkiraan Najib pemberian yang diumumkan dalam Bajet 2011 ini sudah tentu dapat sedikit sebanyak mengambil hati rakyat.

Namun beliau lupa, isu yang dihadapi oleh Umno-BN dalam pilihan raya umum yang bakal menjelang ini bukan sekadar ekonomi membabitkan rakyat secara langsung, tetapi melibatkan banyak-banyak isu-isu lain.

Sekiranya Najib dan pemimpin Umno-BN lain serta para profesor dan ahli perancang pilihan raya mereka membaca semua jenis tulisan di internet menjelang pilihan raya umum lalu dan masih ingat akan isi kandungannya, hanya sedikit sahaja kritikan dan cemuhan yang dihalakan ke atas Umno-BN, rata-rata kritikan dan cemuhan serta rasa tidak-puas hati rakyat dihalakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.

Untuk pilihan raya umum akan datang yang membabitkan Najib ini, rasa tidak puas hati dan marah rakyat bukanlah sekadar terhadap Perdana Menteri tetapi juga terhadap isteri dan terhadap Umno-BN dan merangkumi isu-isu besar yang tidak wujud di zaman Abdullah dan tidak pernah dijadikan sebagai modal kempen pilihan raya oleh parti oposisi. Selain daripada itu rakyat juga marah kepada pemimpin Umno dan MCA atas pelbagai isu.

Justeru, sekiranya dalam Bajet 2011 ini Najib mengumumkan pemberian wang tunai one-off hatta RM1 juta sekalipun, rakyat mungkin menerimanya dengan segala senang hati. Tetapi untuk mengundi BN, belum tentu lagi.

Masalah kesempitan ekonomi yang ditanggung oleh rakyat tak boleh dihapus atau dimansuhkan dengan pemansuhan yuran, pemberian one-off RM500 dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan adalah jauh daripada itu.

Seluruh pentadbiran perlu overhaul dan rakyat tahu Umno- BN tidak bersedia melakukan hal tersebut. Oleh itu apa yang Najib berikan kepada rakyat dalam Bajet 2011 ini adalah ibarat membelanja mereka secara kopi di warung tepi jalan.