KAJANG: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan perut terburai selepas dipercayai ditikam di Sungai Tekali, Batu 14, Hulu Langat, di sini, semalam.
Mayat Azmol Hussain berusia 30-an ditemui dalam hutan bersebelahan sungai oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.30 petang kelmarin daripada orang awam yang menyaksikan kejadian bunuh itu.
“Saksi mendakwa melihat seorang lelaki berlari sambil memegang perutnya. Saksi yang pelik melihat mangsa berlari mendapati dia dikejar sekumpulan empat lelaki yang menunggang tiga motosikal.
“Mungkin kerana takut, mangsa terjun dari jambatan kira-kira 100 meter berhampiran sungai itu. Saksi menghubungi polis sebelum sepasukan penyelamat dihantar ke tempat kejadian,” katanya pada sidang media di IPD Kajang, di sini, semalam.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati tompokan darah pada permukaan jalan sebelum pasukan menyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Difahamkan, mangsa yang mempunyai pasport dan permit kerja sah bekerja di sebuah kilang di Shah Alam.
“Akibat hujan lebat, operasi terpaksa dihentikan kira-kira jam 11 malam dan disambung semula jam 8 pagi tadi (semalam).
“Kira-kira jam 11 pagi, sepasukan polis menemui mayat mangsa dalam kawasan hutan kira-kira 100 meter dari tempat mangsa terjun,” katanya.
Sakaruddin berkata, berdasarkan siasatan mendapati mangsa masuk ke dalam hutan itu kerana mahu melarikan diri daripada suspek, namun maut kerana mengalami pendarahan serius.
Mangsa cedera di perut dengan kesan torehan pada sebelah kiri sehingga menyebabkan perutnya terburai. “Tiada unsur samun kerana dompet mangsa masih bersamanya. Berdasarkan penemuan permit kerja mangsa, polis menemui majikan, namun mangsa sudah dua tahun berhenti kerja dan bekerja di tempat lain,” katanya.
Polis tidak menolak kemungkinan dendam menjadi motif mangsa ditikam, namun siasatan lanjut masih dalam siasatan.
Menurutnya, saksi kejadian gagal mengenal pasti suspek ekoran tiada nombor plat pada motosikal ditunggang mereka ketika kejadian.
Sehingga kini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)
Tuesday, November 30, 2010
Dr M: Malaysia tak perlu menara 100 tingkat
Nov 29, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.
“Jika anda bertanya saya, kita belum memerlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan "Revisiting Vision 2020" anjuran Institut Pemasaran Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.
Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.
Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.
"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.
Dubai merupakan contoh klasik tentang lebihan bangunan, katanya lagi ketika menjawab soalan lain daripada hadirin.
Menurut beliau, Jepun dan Hong Kong juga mengalami keadaan yang sama pada masa
lalu.
"Jepun masih belum pulih daripada keruntuhan ekonominya disebabkan oleh lebihan bangunan. Begitu juga Dubai dan apa yang terjadi di sana, boleh terjadi di mana-mana sahaja.
"Banyak orang beli dengan harapan harga akan naik dan mereka boleh menjualnya untuk mendapatkan keuntungan, tetapi ada kalanya harga melonjak terlalu tinggi hingga tidak boleh jual.
"Bila tidak boleh jual, kita tidak boleh bayar balik pinjaman yang kita ambil untuk beli harta itu. Bila perkara begini berlaku dengan meluas, bank-bank akan menjadi mangsa kerana tidak boleh dapat balik wang yang dipinjamkan," kata Mahathir.
Oleh itu, Malaysia perlu berhati-hati.
"Hari ini, kita nampak banyak kren di Kuala Lumpur dan seluruh negara, kita juga bina, tidaklah gila-gila, tetapi gila juga membina," katanya berjenaka.

Friday, November 5, 2010
ALL IN ONE: ke mana lagi kita nak ditipu umno?
ke mana lagi kita nak ditipu umno?
Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.
Beliau berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen,
Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.
Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”
Tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru."Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.
"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.
"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.
"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."
Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'
Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang didakwa melakukan perbuatan seperti itu.
"Saya harap bila kita bincang mengenai ekonomi janganlah salahkan mana-mana pihak, salahkan mereka yang telah terima saham tetapi tidak tahu ke mana saham itu pergi," katanya lagi.
Terlalu banyak kedurjanaan umno. Berikut beberapa perkara yang dapat disenaraikan:
Meng'hilang'kan Bank Bumiputera dari muka bumi ini. Setelah RM5o juta geran penubuhannya juga turut diagih-agihkan melalui hutang tidak berbayar oleh puak-puak umno dan kepada pemegang-pemegang amanah.
Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?
Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?
Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.
Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?
Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?
Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?
Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?
Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?
Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?
Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?
Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?
Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?
Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?
Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?
Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mewar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?
Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?
Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?
Senarai pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah dirakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya bersatu. Kini menyedari kuasa semakin terhakis dari genggaman maka gegak gempita seruan untuk bersatu.
Sedikit tentang sejarah kita, di bawah ini dicatatkan beberapa nota penting :
Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, persekutuan yang menggantinya secara rasmi dinamakan Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80 peratus lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka.
Dalam Pilihanraya 1955 mereka bersedia untuk memberi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti rakan dalam Perikatan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.
Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.
Atas tuntutan Sir Tan Cheng Lok supaya ditambah rakyat bukan Melayu, Kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80 peratus kepada 60 peratus dengan memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak sosial dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.
Kemasukan Singapura ke dalam Malaysia mengakibatkan jumlah Melayu bertambah kurang walaupun ditukar istilah kepada bumiputera supaya dapat digolongkan sekali penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak.
Kesannya Singapura terpaksa dilepaskan kerana takut jumlah peratusan Melayu akan digugat.

Subscribe to:
Posts (Atom)