"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)

Thursday, December 30, 2010

Perjuangan Umno sangat sesat : Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.
Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.
Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.
Berikut ialah perutusan penuh beliau
Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.
Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:
1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.
2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.
3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.
4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.
5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.
Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.
Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.
Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.
Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.
Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.
Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]
Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

-Petikan daripada Harakah Daily

Khalid Samad: 1Malaysia hanya untuk kepentingan Umno

SHAH ALAM, 26 Dis – Kenyataan 1 Malaysia bukan alat politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dibidas oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Terbaru Ahli Lajnah Politik PAS, Khalid Samad menegaskan 1 Malaysia itu hanya untuk kepentingan politik Umno walaupun umum mengetahui apa yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri sehingga mengabaikan kaum lain di negara ini.

“Ia memanglah dilakukan atas dasar kepentingan politik Umno-BN apabila ia nampak ekstrem dari segi persoalan perkauman ini. Lalu timbul persoalan formula 1 Malaysia ini seolah nak hilangkan isu perkauman yang diperjuangkan selama ini maka ia dikemukakan atas kepentingan politik,” katanya.

Semalam Najib mendakwa 1 Malaysia tidak mempunyai tujuan politik tetapi adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi menjawab keputusan Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia kecuali untuk tujuan perniagaan.

Turut menyanggah kenyataan Najib ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang katanya, hakikatnya keadaan dalam negara ini makin teruk sejak pengenalan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan kerana ia hanya bersifat retorik semata.

Menurut Lim retorik mengenai perkauman, ektremisme dan penindasan kaum yang bertentangan dengan prinsip 1 Malaysia datang dari Umno sendiri sehingga timbul persoalan mengenai komitmen dan keikhlasan Najib dalam mengamalkan 1 Malaysia yang sebenar.

Sentimen ini turut dikongsi oleh Khalid yang berpendapat Umno-BN sememangnya tidak mampu membawa konsep kesatuan kaum kerana mereka sendiri tidak dapat bersatu dan hanya memperjuangkan kaum masing-masing.

“Dari sudut itu yang dipertikaikan ialah sejauh mana BN boleh melaksanakan atau menghayati wawasan itu sedangkan kita lihat mereka ini terdiri dari parti komponen setiap kaum yang memperjuangkan kepentingan kaum mereka sendiri. Maka falsafah BN itu sendiri bercanggah dengan semangat 1 Malaysia itu,” ujarnya.

Justeru, Khalid berpendapat dasar 1 Malaysia ini hanya merugikan Najib dan Umno-BN sendiri.

Beliau yakin rakyat dapat menilai bagaimana perbezaan penghayatan keadilan dan kesamaan kaum sebenar Pakatan Rakyat dan retorik 1 Malaysia Umno-BN.

“Bila mereka menonjolkan dasar seperti ini, ia sekali lagi senjata makan tuan. Ia dikemukakan atas kepentingan politik BN dan akhirnya ia akan menikam balik Umno-BN,” katanya.

100 Hari di Putrajaya: Selangor telah laksana, Muhyiddin Ketinggalan

SHAH ALAM, 28 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan betapa cetek semangat beliau terhadap kepedulian kepada rakyat apabila membayangkan Malaysia akan jatuh bankrap jika program 100 Hari Pakatan Rakyat dilaksanakan.

Ia juga menunjukkan betapa beliau tidak yakin dengan kemakmuran hasil mahsul Negara yang dikurniakan Allah SWT.

Apa-apa pun, saya tidak terperanjat apabila beliau berpendirian sedemikin walau sedikit kecewa kerana orang no. 2 negara gagal meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas mentadbir negara. Ini menunjukkan Umno-BN sememangnya akan meneruskan corak pemerintahan sejak 52 tahun dahulu yang tidak meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan walau terpukul teruk pada 2008 yang lalu.

Kerana kedangkalan pemikiran pemimpin BN terhadap keperluan rakyat, Pakatan Rakyat mempersembahkan program 100 hari untuk rakyat Malaysia bagi melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pentadbiran; perundangan, ekonomi dan pendidikan.

Sebagaimana yang dijangka, tanpa berfikir panjang, Muhyiddin melahirkan keraguan terhadap kemampuan negara dan mempersenda pula jasa para guru apabila menyatakan negara akan bangkrap jika imbuhan RM500 diberikan kepada mereka. Malah dengan gelojoh pula mencabar negeri Pakatan melaksanakannya.

Terbukti Muhyiddin dan BN telah menjadi mangsa kepada perbuatan mereka sendiri yang menggunakan arus perdana, alat propaganda untuk memutar belit fakta sehinggakan mereka jelas tidak tahu bahawa Kerajaan Pakatan Selangor telahpun melaksanakan lebih daripada 60% daripada 9 program yang disenaraikan di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Bajet Selangor, Hasil Negeri Untuk Rakyat begitu komprehensif telah melaksanakan agenda Pakatan tersebut.

Pakatan Rakyat Selangor telahpun menjaga kebajikan kakitangan awam, khusus profesion perguruan. Bukan sahaja kita mengikhtiraf kewujudan dan kepentingan peranan mereka, kita telah menaikkan elaun guru KAFA sebanyak RM500 menjadikannya RM1,000 sebulan dalam tempuh setahun mentadbir Selangor. Kakitangan kerajaan pula diberikan sumbangan musim perayaan sebanyak RM500 dan RM500 lagi untuk bonus hujung tahun. Inilah yang dikatakan rakyat didahulukan, bukan sekadar slogan murahan.

Selangor telah memperkemas urusan pentadbiran negeri yang lebih telus dan bertanggungjawab dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang telah berjaya mengadakan beberapa siri sesi pendengaran awam berhubung dakwaan penyelewengan dana awam dan salah urus tadbir.

Selangor telah menjangkau ke hadapan apabila meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat untuk membolehkan rakyat tahu bagaimana negeri Selangor ditadbir termasuk tatacara perbelanjaan hasil negeri.

Selangor mahu pembayar cukai turut serta dalam pembangunan, pada masa yang sama mewujudkan proses timbangtara dalam penggunaan hasil negeri. Untuk itu Selangor menjadi negeri pertama yang melaksanakan pendengaram awam di kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Melalui Pelan Tiga Tahun Selangor, seluruh rakyat Selangor berpeluang berbincang bersama PBT dan jabatan kerajaan berkaitan permasalahan rakyat baik dari segi mutu perkhidmatan yang ditawarkan, masalah keselamatan hinggalah masalah domestik. Penyelesaian menyeluruh juga telah dicadangkan dalam sesi tersebut.

Visi melindungi dan menyelamatkan Khazanah Nasional. Di Selangor, kita telah memperkasa Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) yang membolehkan MBI mengambil alih kesemua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya pentadbirannya selari dengan matlamat penubuhan dan menyelamatkan aset milik kerajaan Selangor dari disalah guna samada atas tiket penswastaan mahupun oleh pemimpin dan syarikat kroni yang tamak.

Dalam tempuh kurang 3 tahun memerintah, MBI telah Berjaya mengenal pasti dan mengutip semula hutang lapuk dari syarikat Talam Corporation Berhad (Talam) berjumlah RM392 juta yang ditinggalkan kerajaan BN. Hasilnya, sebanyak RM50 juta dari kutipan hutang ini kita kembalikan semula kepada rakyat menerusi Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) untuk membantu golongan miskin luar bandar manakala RM20 juta diperuntukkan untuk membantu rakyat miskin di Bandar menerusi skim yang sama.

Mengenai Felda yang tersimpang jauh dari matlamat asal penubuhan; yakni memberi peluang peneroka memiliki tanah yang telah mereka usahakan maka terdapat banyak tanah felda di Selangor tergadai kepada pihak ketiga.

Malang sungguh kerana terdapat juga tangan-tangan pemimpin UMNO yang turut terpalit. Kerajaan Selangor sedang berusaha keras menyelamatkan tanah-tanah milik peneroka Felda termasuk tanah-tanah peserta program Revolusi Hijau yang telah tergadai kerana penyelewengan yang dilakukan kroni-kroni BN.

Kita telah berjaya menyelamatkan ribuan ekar tanah dan menyelesaikan ribuan unit rumah terbengkalai menerusi program pembangunan semula projek terbengkalai antaranya di Bukit Botak, Ukay Perdana dan Alam Perdana.

Penstrukturan semula syarikat GLC telah membolehkan Selangor melaksanakan program pemberian air percuma sejak Jun 2008. Pemberian air percuma ini bukti kita mengurus harta rakyat dengan cekap dan bijaksana. Dengan kebijaksanaan inilah maka hari ini kita telah mengenal pasti asset milik rakyat bernilai lebih RM10.9 bilion yang digunakankan syarikat kroni yang tamak.

Pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan lebih efisien dan berfaedah kepada rakyat sekiranya kerajaan negeri berjaya mengambil alih semula pengurusan air, malangnya mendapat kekangan dahsyat dari Kerajaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat Selangor juga telah mereformasikan suruhanjaya bebas supaya adil dan tidak dikawal oleh parti-parti atau pemimpin politik tertentu. Kita menawarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka pejabat cawangan di Pejabat Menteri Besar dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Malah, SPRM dan KSSB telah menubuhkan jawatankuasa bersama bagi menghalang jenayah rasuah.

Program yang dinyatakan ini tidak termasuk program kebajikan yang kita laksanakan seperti Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk universiti, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang, Tabung Warisan Anak Selangor, Ujian Kesihatan Untuk Wanita, Tuisyen Rakyat, dana kesihatan, bantuan untuk sekolah agama rakyat, sekolah Cina serta Tamil dan banyak lagi.

Kesemua program yang kita laksanakan ini tidak pula menyebabkan Selangor jatuh bankrap. Malah, Selangor mencatatkan lebihan pendapatan sepanjang 2010 dan berjaya membentangkan belanjawan berimbang untuk 2011.

Ini jauh lebih baik berbanding sesetengah negeri di bawah BN yang membentangkan belanjawan defisit. Malah Malaysia sendiri membentangkan bajet deficit sejak 10 tahun yang lalu. Manifesto yang dibuat Pakatan Rakyat tidak akan menjadikan Malaysia sebuah negeri bankrap jika diurus dengan baik, jujur, telus dan bertanggungjawab seperti diamalkan di Selangor.

Program kebajikan ini kita gunakan 100 peratus hasil negeri tanpa mengharapkan satu sen pun bantuan dari Kerajaan Pusat. Menerusi pentadbiran yang amanah, jujur dan iklas, kewangan Selangor masih kukuh dan lebih baik berbanding negeri-negeri bawah BN.

Walaupun tanpa slogan perpaduan yang diciplak , Kerajaan Selangor telah melaksanakan program tersebut yang telah memanfaatkan semua bangsa. Malah, orang Umno juga menerima manfaat daripada program berkenaan.

Muhyiddin boleh mengulangi komitmennya terhadap ‘Melayu dulu’ serta mengulangi retorik mahu membantu rakyat di bawah lembayung slogan 1Malaysia tetapi Pakatan Rakyat akan terus melakukan apa yang diperjuangkan sejak mula lagi iaitu melakukan reformasi dengan telus dan kebertanggungjawaban.

Faekah Husin
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor

Tiada had tempoh pelantikan SUK – Faekah

SHAH ALAM 29 Dis - Kerajaan negeri Selangor hari ini menyangkal dakwaan kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Datuk Munir Bani yang mendakwa kononnya kerajaan negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin menegaskan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.

Tambahan pula katanya, jawatan Datuk Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011.

“Perlu ditegaskan di sini, kerajaan negeri telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November 2010 dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam.

“Panel yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim serta dianggotai oleh dua Ahli Majlis Kerajaan Negeri, iaitu Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Xavier Jayakumar, telah menemuramah enam calon daripada lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.

Ujar Faekah, panel pemilihan tersebut telah menyenarai pendek calon-calon dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada 17 Disember 2010 telah mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan bagi mengisi jawatan tersebut.

“Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) mahu menyemai satu tatacara yang baik, yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.

“Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan.

“Pakatan Rakyat Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir ini dan merasakan ia adalah tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi ini timbul sejurus sebelum Umno mengumumkan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor.

Justeru, Pakatan Selangor memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik.

“Pentadbiran ini menggalakkan persatuan dan pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada Sultan dan pemimpin negeri dalam menangani salah faham ini (miscommunication).

“Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing,” katanya lagi.

Logo ‘1Malaysia’ Kekal Haram di Selangor – Ronnie

SHAH ALAM 29 Dis - Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor tidak membekukan arahan agar logo ‘1Malaysia’ dipaparkan di papan iklan dan arahan tersebut masih berkuatkuasa, ujar Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.

Katanya, beliau hanya mengarahkan agar tidak menurunkan papan iklan tersebut sehingga mesyuarat Exco seterusnya, bukan seperti yang dilaporkan dalam media baru-baru ini, bahawa arahan tersebut telah dibekukan.

Ronnie menegaskan bahawa undang-undang kerajaan negeri hanya membenarkan papan iklan politik sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menganggapnya sebagai propoganda politik.

“Mereka masih tidak boleh meletakkan papan iklan tanpa permit,” kata beliau, seperti dilaporkan dalam The Malaysian Insider hari ini.

Katanya lagi, sekiranya PBT merasakan sesuatu papan iklan itu berunsurkan politik maka PBT tersebut boleh menolak pemberian permit.

Sebelum ini, bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa Ronnie sebagai ‘tidak berpendidikan’ dan menyatakan undang-undang negeri Selangor membenarkan premis perniagaan untuk menayangkan logo berunsurkan politik.

Khir Toyo juga menekankan bahawa halangan menaikkan papan iklan berunsurkan politik hanya tertakluk kepada kawasan di bawah bidang kuasa PBT seperti lampu jalan dan jalan raya.

Ronie bagaimanapun menyatakan, undang-undang kerajaan negeri membenarkan parti politik menaikkan kain rentang dan papan iklan semasa mengadakan majlis keramaian berunsurkan politik.

“Kita membenarkan parti politik mengadakan ceramah dan menaikkan kain rentang. Apa yang kita cuba sampaikan ialah papan iklan dan papan tanda tidak boleh digunakan untuk propoganda politik,” tegas beliau.

Ronnie menyifatkan logo 1Malaysia sebagai mesej politik Barisan Nasional (BN) kerana logo tersebut selalu diguna pakai bersama simbol BN dan mendakwa Khir Toyo tidak faham undang-undang kerajaan negeri.

“Khir Toyo tidak tahu maka lebih baik sekiranya beliau mendiamkan diri,” kata beliau.

Beliau juga menyangkal dakwaan Khir Toyo bahawa arahan menghalang logo ‘1Malaysia’ dipamerkan adalah satu langkah bersifat politik oleh kerajaan negeri Pakatan Selangor.

“Ini bukanlah kerana Pakatan mahu mencari kesalahan pada BN. Halangan ini termaktub dalam kesemua 154 PBT di negara ini, bukan sahaja di Selangor,” jelas Ronnie lagi.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada menyatakan ‘1Malaysia’ adalah satu ‘alat’ untuk menggalakkan perpaduan antara kaum tetapi Ronnie menegaskan bahawa undang-undang kerajaan negeri jelas menghalang apa-apa bentuk iklan yang berunsurkan politik.

“Di bawah Klausa 17, ada senarai bentuk pengiklanan yang tidak dibenarkan dan salah satunya adalah pengiklanan berunsurkan politik,” tambah beliau.

Friday, December 24, 2010

Pertambahan penduduk, jumlah penagih turut meningkat

SHAH ALAM 24 Dis – Pertambahan penduduk seramai lima juta orang menjadi faktor Selangor mencatatkan peningkatan bilangan penagih dadah paling tinggi bagi Januari sehingga Jun 2010 apabila seramai 1,479 kes dilapor berbanding hanya 130 kes tahun lepas.

Ia merupakan peningkatan 1,037.69 peratus.

Menurut pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Alias Jaafar jika peningkatan ini bersandarkan kepada jumlah pertambahan penduduk Selangor, ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan jika dibandingkan dengan negeri seperti Perlis.

“Penduduk Selangor saya dengar ada lima juta lebih, maknanya angka ini adalah munasabah, nak banding dengan Perlis dengan beberapa ratus ribu sahaja, jadi maknanya perkara ini tak timbul masalah,” katanya.

“Bila Selangor ini diiktiraf sebagai negara maju, maka secara tidak langsung mana ada negara maju yang tidak ditimpa masalah sosial, maknanya perkara ini akan berlaku seolah-olah seperti satu pusingan,” katanya lagi.

Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Zulkarnain Mohammad, meminta semua pihak perlu bekerjasama bagi membenteras peningkatan penggunaan dadah sintetik yang semakin meningkat.

“Dalam tempoh 2010 ini, AADK cuba mendidik masyarakat supaya sedar peranan masing-masing, sebab kalau kita tengok dalam persoalan dadah sahaja, AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mungkin Kastam juga memainkan peranan.

“Tetapi secara total apabila kita bercakap persoalan dadah ini, adalah tanggungjawab agensi-agensi kerajaan tanpa bertanya kepada diri kita, apa tanggungjawab ibu bapa, ahli keluarga dan juga pemimpin masyarakat untuk membantu agensi anti dadah ini dalam menangani permasalahan dadah.

“Kita sedaya upaya untuk mengurangkan permintaan, jika kurang permintaan maka kuranglah supply, kita kurangkan jumlah penagih baru dan situasi ini akan berjaya kita kawal dan usaha yang besar kita akan terus menghapuskan musuh nombor satu negara ini,” jelasnya.
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi disebut-sebut turut disenaraikan, khususnya oleh Kerajaan Pusat, sebagai calon bagi mengisi jawatan setiausaha kerajaan negeri mulai awal tahun depan.

Menurut laporan The Malaysian Insider, nama Mohammed Khusrin dibawa untuk pertimbangan dan mendapatkan perkenan Istana Negeri bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang bersara baru-baru ini.

Kontrak perkhidmatan beliau berakhir awal bulan ini.

Sumber memberitahu bahawa nama Mohammed Khusrin menjadi pilihan Kerajaan Pusat dan disyorkan sebagai tambahan kepada tiga nama yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan).

Jais pimpinan Mohammed Khusrin menjadi tumpuan dalam siri kontroversi sejak dua tahun lalu, termasuk tindakan perundangan ke atas bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berada dalam sebuah surau di Kajang.

“Kerajaan negeri ada mengemukakan tiga nama selepas jawatankuasa pemilihan menemu bual beberapa calon, dan difahamkan nama pengarah Jais juga dibawa ke perhatian Istana untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber memberitahu meskipun lazimnya nama calon bagi jawatan itu disyorkan oleh kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat juga akan ada “kata putus mereka”.

“Ini menjadi amalan masa-masa lalu,” kata sumber itu yang turut menekankan bahawa seolah-olah wujud “konflik” dalam isu apabila kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak juga membawa nama untuk pengisian jawatan paling tinggi dalam perkhidmatan negeri.

Apa yang menarik ialah ini kali pertama kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat terlibat dalam soal mengesyorkan nama calon bagi jawatan itu.

Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada pilihan raya umum Mac 2008.

“Berdasarkan pada masa lalu nama dibawa kerajaan negeri lazimnya seiring dengan pandangan pusat, tetapi ini kali pertama kerajaan negeri membawa tiga nama dan pada masa yang sama persekutuan dikatakan akan membawa nama pengarah Jais,” kata sumber itu.

Semalam, Mohammed Khusrin menolak laporan sebuah portal bahawa beliau akan menamatkan khidmatnya di Jais bulan depan.

Laporan itu yang turut memtik sumber berkata, Mohammed Khusrin akan ditukarkan ke jabatan lain yang belum dapat dipastikan tetapi ia dilihat sebagai satu “kenaikan pangkat”

Jangan pandang enteng janji Pakatan – Khir Toyo

SHAH ALAM, 24 Dis - Setelah didakwa ekoran pemilikan banglo mewahnya, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta Barisan Nasional (BN) agar jangan memandang enteng (mudah) janji Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam konvensyen mereka baru-baru ini.

“Pada hemat saya, BN tidak boleh memandang enteng sebahagian janji Pakatan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang yang terkandung dalam Buku Jingga bertajuk, ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!’

“Sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM500,” tulis Khir dalam blognya.

Bagi beliau, kehadiran kira-kira 400,000 guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius.

Ini kerana, tulis beliau, kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi, katanya.

Khir juga berpandangan, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan, biarpun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya.

Beliau juga percaya jentera kerajaan terutamanya Menteri ‘jaga makmal’ boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan GST.

Beliau juga juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa Menteri ‘jaga letrik’ mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.

Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad (TNB) bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri, bukannya duit rakyat, sindir beliau.

Menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan sekarang, “sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan berbanding BN yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif yang sekali gus menambah perbelanjaan dan hutang mereka,” tulis Khir lagi.

“Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya, apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada BN?” soal beliau.

Sungguhpun, tulis Khir, BN boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai, “namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi.”

Beliau juga menulis, tidak mustahil pada tahun hadapan Kerajaan Negeri Selangor akan mengurangkan cukai pintu premis kediaman sebanyak 20% dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10% seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka sebelum ini.

“Ini akan memberi ‘pukulan hebat’ kepada BN,” katanya.

Bagi beliau, masalah BN lebih besar daripada Pakatan.

BN sebagai pemerintah tidak boleh berjanji sebaliknya perlu melaksanakan kerana ia memegang tampuk pemerintahan, katanya.

Pandangan Khir ini disokong oleh para pembaca blog beliau itu melalui komen-komen mereka.

Mereka sangat marah dengan tindakan kerajaan meluluskan akta Pengangkutan Jalan baru-baru yang bakal menyaksikan kutipan saman JPJ akan diswastakan.

“Saya sendiri walaupun adalah ahli dan penyokong tegar UMNO-BN, namun tidak teragak-agak untuk tidak keluar mengundi dalam PRU-13 bersama-sama dengan ahli keluarga dan saudara-mara saya kerana kecewa dengan kerajaan BN,” tulis salah seorang pelawat laman beliau itu.

Menurutnya, Perdana Menteri sentiasa menyeru agar pemimpin BN merasai denyut nadi rakyat.

“Tetapi bagi saya itu hanyalah retorik kerana pemimpin BN tidak merasa apa yg dirasa oleh rakyat bawahan. Mereka hidup mewah tanpa merasa risau untuk berbelanja kerana mempunyai wang yang banyak tidak seperti kami rakyat bawahan,” tulis tetamu beliau itu.

Seorang lagi tetamu beliau mennulis, “Saya pun heran dengan sesetengah menteri kerajaan ni. Mereka ni macam tak sensitif dengan kehidupan, derita dan denyut nadi rakyat. Contoh yg terbaru ialah Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010.

“Menteri Pengangkutan Jalan dari MCA ni gagal untuk memberi justifikasi kewajaran penswastaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

“Tengah rakyat dok pening kepala & menangis dengan segala kos hidup yang tinggi, tiba-tiba dilihat Kerajaan cuba buat keuntungan dengan penswastaan saman,” tulis beliau.

-Harakahdaily

Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam Pakatan Pembangkang

KEPALA BATAS: DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak."PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri.

"DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad

Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, Karpal membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri AnwarIbrahim kerana tidak mengendahkan teguran dan amaran pemimpin komponen Pakatan Rakyat khususnya berkaitan pemilihan calon pilihan raya sehingga ada di kalangan pemimpin bertindak keluar parti.

Katanya, kegagalan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menentukan calon yang berintegriti telah merugikan pakatan pembangkang itu hingga menggadaikan penguasaan mereka di Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

"Dalam pilihan raya akan datang letaklah calon-calon yang boleh dipercayai serta beritegriti.

"Jangan ulangi kesilapan lalu lagi kerana ia akan merugikan kita," katanya.

Selain itu Ahli Parlimen Gelugor itu turut menegur Anwar mengenai tindakannya menerima penyertaan bekas Pengerusi PKR WilayahPersekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dalam parti itu.

Menurutnya, beliau pernah memberi amaran kepada Anwar agar tidak menerima Zaid kerana sudah mengenali latar belakangnya sejak sekian lama.

"Sebelum Zaid sertai PKR, saya telah... bukan tegur, tapi beri amaran kepada Anwar, tapi beliau terima juga.

"Dia (Zaid) tak boleh dipercayai, tapi Anwar tak dengar. Walaupun beliau pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat, tapi kadangkala lakukan kesilapan, silap buat keputusan," katanya.Mstar

Thursday, December 23, 2010

Selangor membantah nuklear

Kini sudah jelas bahawa Perdana Menteri Najib Razak berhasrat memaksa rakyat Malaysia menerima projek tenaga nuklear beliau. Sepertimana projek Empangan Bakun diteruskan walaupun ditolak oleh rakyat, pendirian Najib membuktikan bahawa cara angkuh Barisan Nasional masih tidak berubah. Kedua-dua projek tersebut juga mempunyai persamaan yang lain, iaitu mengakibatkan bencana ekonomi dan alam sekitar di Malaysia.

Apabila rancangan nuklear Najib mula-mula dicadang pada Oktober 2008, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menyuarakan bantahan terhadap tenaga nuklear di negeri ini. Kami ingin menyatakan pendirian kami sekali lagi. Tiada rakyat Malaysia yang perlu didedahkan kepada bahaya sebegini. Bukan sahaja di Selangor, tetapi seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kami mendesak negara Malaysia kekal sebagai Zon Bebas Nuklear.

Barisan Nasional tidak boleh diharap untuk mengurus dengan selamat teknologi sebahaya ini. Sejarah kejadian seperti keruntuhan stadium, empangan bermasalah dan projek-projek kroni yang melampu tinggi kosnya jelas menunjukkan bahawa projek nuklear ini akan membawa akibat teruk.

Lebih-lebih lagi, Najib kurang jujur kepada rakyat mengenai rancangan nuklear ini.

Beliau telah berjanji dalam blog beliau pada awal tahun ini, bahawa satu kajian menyeluruh akan dijalankan sebelum projek nuklear ini diteruskan. Teknologi-teknologi hijau seperti tenaga angin, suria dan biomass sepatutnya dikaji bersama.

Di manakah kajian tersebut? Lebih membimbangkan lagi, kini projek nuklear Najib ini digandakan menjadi dua stesen penjanakuasa nuclear setelah dimasukkan ke dalam Rancangan Transformasi Ekonomi (ETP) beliau.

Apakah alasan untuk keputusan ini? Siapakah yang akan untung? Rakyat berhak mendapat jawapan.

Malangnya, Menteri Tenaga Peter Chin hanya mengumumkan lebih kempen perhubungan awam untuk memperdayakan rakyat. Ini bukan pentadbiran yang bertanggungjawab dan telus.

Pentadbiran Najib tidak ada rancangan jangka panjang yang selamat untuk membuang sisa-sisa nuklear yang toksik. Sebenarnya, tiada negara di dunia yang ada penyelesaian kepada masalah ini. Negeri manakah di Malaysia yang akan dijadikan tapak pembuangan sisa-sisa nuklear? Kerajaan Negeri Selangor akan berjuang untuk melindungi negeri dan rakyat kami dari sisa-sisa nuklear.

Isu-isu keselamatan negara dan kedamaian antarabangsa juga perlu dipertimbangkan. Perlindungan stesen-stesen penjanakuasa nuklear ini dari unsur-unsur pengganas tidak pernah dibangunkan oleh pihak Barisan Nasional. Bolehkah kita menghalang bahan nuklear dari dicuri dan dijual apabila enjin kapal terbang kita pernah dicuri sebelum dijumpai di Uruguay?

Negara Malaysia bakal menjadi pengeluar panel solar ketiga besar di dunia. Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Bahru telah dibaca di Parlimen baru-baru ini. Macam manakah projek yang berisiko tinggi ini dipertimbangkan sedangkan kita mempunyai pilihan yang lain?

Menyelesaikan masalah tenaga Malaysia bukan sekadar membina stesen penjanakuasa. Ini hanya menguntungkan pemilik stesen-stesen tersebut. Pengurusan tenaga secara bertanggungjawab memerlukan penggunaan tenaga dengan lebih cekap, mengurangkan subsidi melampau yang diberi kepada penjana tenaga bebas (IPP), dan memastikan sambungan kepada masyarakat-masyarakat luar bandar yang terpinggir, khususnya Orang Asli dan Sabah dan Sarawak. Penggunaan sumber tenaga yang hijau juga penting untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.

Kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya:

* Membuat kajian menyeluruh bagi menyelesaikan masalah tenaga Malaysia secara menyeluruh, melibatkan kesemua pihak yang terlibat, bukan sahaja Tenaga Nasional dan penyokong nuklear;

* Menerbitkan keputusan kajian tersebut untuk semua;

* Mengadakan perbincangan bersama rakyat, badan-badan bukan kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan, wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan;

* Membuat keputusan yang telus setelah menimbang baik-buruk. Malangnya, keputusan meneruskan projek nuklear ini dibuat secara tertutup, dan janji kosong kajian menyeluruh tidak ditunaikan.

Keputusan untuk bergantung pada tenaga nuklear amat tidak bertanggungjawab dan membazirkan, sedangkan tiada usaha untuk membetulkan kelemahan sektor tenaga elektrik di Malaysia. Jika Barisan Nasional tidak dapat menyelesaikan masalah Malaysia secara bertanggungjawab, rakyat perlu menolak mereka melalui peti undi.

Kami menyeru Najib supaya:

* Menerbitkan kajian menyeluruh yang kononnya dijalankan, ataupun memberi penjelasan mengapa kajian tidak pernah dibuat;

* Menjelaskan di mana sumber RM21.3 billion untuk dua stesen penjanakuasa nuklear ini.

**Kenyataan media daripada Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor.

Monday, December 13, 2010

Sultan Johor, K'tan dahului senarai penerima

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) mengetuai senarai 121 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Johor dan Sultan Kelantan masing-masing menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK).

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menerima Darjah Kelas Pertama – Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Turut menerima SPMS ialah Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI) yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Abdul Rahman Arshad.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada Sabtu.

Anakanda Sultan Selangor Tengku Amir Shah dan Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Tan Sri Nayan Ariffin masing-masing menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran "Datuk Setia" bagi lelaki dan "Datin Paduka Setia" bagi wanita.

Dua belas orang menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran "Datuk" bagi lelaki dan "Datin Paduka" bagi wanita, iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim, Pengarah Urusan Sime Darby Property Bhd Datuk Tunku Putra Badlishah Ibni Tunku Annuar; Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Wira Allatif Mohamed Noor;

Pakar Klinikal Kanan O&G Markas Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Dr Abd Razak Md Yusoff, Panglima Angkatan Bersama Markas Angkatan Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Jamil Osman, Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Md Nasir Md Arshad, Timbalan Ketua Pengarah II Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Wahab Hamid.

Turut disenaraikan ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Mislan Tugiu, Pegawai Daerah Hulu Langat Zainal Abidin Aala, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Che Asmah Ibrahim, Pakar Perunding Bedah Am dan Ketua Jabatan Bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dr Mohamed Yusof Abdul Wahab dan Pengarah Nestle (M) Bhd Mohd Rafik Shah Mohamad.

Penerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran "Datuk" bagi lelaki dan "Datin Paduka" bagi wanita pula ialah Panglima Sistem Armada Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Datuk Khairuddin Khalid, Timbalan AKS Perkhidmatan Anggota Kementerian Pertahanan Brig. Jeneral Datuk Ahmad Annuar Ahmad (TUDM);

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Datuk Ramlah Adam, Ketua Pasukan Malaysia Perlawanan Bola Sepak Jerman Sukan Olimpik 1972 Datuk M Chandran, Pegawai Daerah Klang Bakhtiar Hussin, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia Azizan Mohamad Sidin, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal UPM Yaakob Che Man;

Pengarah Pasukan Pertubuhan Khas Persekutuan Majlis (Sabah Labuan) Keselamatan Negara Misri Barham, Pensyarah Jabatan Fizik Universiti Malaya Prof Mohd Zambri Zainuddin, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Ab Halim Tamuri, Pendaftar UPM Wan Azman Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Bhd Norazlina Zakaria.

Turut menerima DSIS ialah Naib Presiden Eksekutif Sapura Secured Technologies Sdn Bhd Wan Shaharuddin Wan Mahmood, Pegawai Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd Zulkifli Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif I Berhad Eu Hong Chew dan Timbalan Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Kewangan SP Setia Bhd Group Teow Leong Seng.

Seramai 15 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) iaitu Pengarah Dasar dan Pengurusan Markas Tentera Darat Kolonel S Suriakala, Pengarah Sumber Markas Tentera Darat Kolonel Nazri Abu Bakar, Pengarah Undang-undang Markas Tentera Laut Kapten Azhari Abdul Aziz; Pegawai Pemerintah Pengkalan Udara Subang Kolonel Ramlan Kasbi, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd Jalil Hassan dan Ketua Pusat Kesihatan UPM Dr Yahaya Abu Ahmad dan Timbalan Setiausaha Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia Lim Mooi Eia;

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Zainor Rashid Hassin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor Adnan Abu Bakar, Setiausaha MPK Mohd Ikhsan Mukri; Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) Selangor Jauriah A.Ghani;

Pegawai Protokol Istana Pejabat Sultan Selangor Ahmad Fasal Zakaria, Pengurus Besar (Operasi Wilayah 1) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Mustafa Din dan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Jakel Trading Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Seramai 18 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) dan 27 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) termasuk bekas penyunting Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mendiang Lim Chong yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 26 Nov lalu.

Turut tersenarai sebagai penerima AMS ialah wartawan The Star Edward Rajendra.

Selain itu, 20 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) dan tujuh orang menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC).

Sementara itu, Sultan Selangor turut berkenan mengumumkan pelantikan tiga Jaksa Pendamai (JP) yang akan berkuat kuasa pada 1 Jan depan.

- Bernama

Sunday, December 12, 2010

Cara Bahagi Dan Bantu Umno

Perangai buruk Umno bukan saja muncul sewaktu petaka banjir yang melanda Kedah baru-baru ini. Imej buruk Umno dengan canang-gendang hendak memberi bantuan kepada mangsa petaka banjir ini, bukan saja selepas peristiwa banjir.

Sebenarnya ia sudah menjadi darah daging; kalau bukan Umno, tidak akan berlaku seperti itu, demikianlah bidalan Melayu baru.. Ia ‘semacam’ sama dengan kata-kata; kalau tidak mungkir janji, bukan yahudi namanya!.’

Perangai dan imej buruk Umno ini sukar hendak buang bilamana sesuatu bencana atau bala berlaku kepada rakyat, ketika itulah perangai buruk Umno dengan imej keUmnoannya berlaku sewenang-wenangnya.

Dalam ertikata yang lain, Umno akan menjadi orang yang tidak segan dan malu menjaja kebaikan dan keikhlasan tetapi kemudiannya memungkiri dan bermain tipu pembohong. Bagi mereka dengan cara mencanang dan megah ini akan terserlahlah kebaikan Umno dan akan lenyaplah imej buruk kepada sebuah parti yang menjadi pembela rakyat.

Rupa-rupanya Umno lebih seronok mencanangkan bantuan untuk rakyat tetapi sangat bodoh ketika menyampaikan bantuan itu. Umno selalu tersalah kira dan congak yang tidak betul; dengan bantuan rakyat suka sama kita, begitu kata Wayang Kulit Asun.

Keluhan dan komplen rakyat yang menjadi mangsa banjir di Kedah melalui Sinar Harian keluaran 11 Disember 2010, bagaimana pembahagian-bantuan kepada mangsa banjir itu hanya bagi mereka yang menyokong Umno dan bukan kepada mangsa, bukan saja mencerminkan dulu, kini dan selamanya perangai bodoh sombong Umno ini, tetapi merupakan sebuah parti yang dianggotai oleh sebahagian congok dan haprak yang selalu salah perhetungan. Mereka sangka dengan bantuan kebendaan yang bercopkan ‘kati’ kemudian disampaikan oleh ‘ketua bahagian’, ‘ketua cawangan,’ ‘ketua perhubungan’ atau ‘JJJJKKKKKKKK’ maka rakyat akan terkerisin seronok dan akan gahlah satu dunia untuk mengatakan inilah parti yang perihatin, parti yang terbaik dalam dunia dalam membantu rakyat.

Sangat sedih apabila Perdana Menteri sekalu Presiden Umno memberitahu beratus juta bantuan kepada mangsa banjir akan diberi, tiba-tiba berlaku seperti apa yang disungutkan oleh sebahagian rakyat yang dinafikan hak mereka. Sama ada ia melalui Kelab Putera atau Kementerian Masyarakat atau Kerajaan Persekutuan, maka apabila berlaku penyelewengan dari kalangan ‘cokia-cokia’ peringkat negeri dan kawasan, adalah sangat memalukan Umno dan sepatutnya pemimpin bahagian, pemimpin peringkat negeri yang berbuih di mulut sama banyak dengan buih banjir yang mengatakan bantuan akan diberi tidak mengira parti.

Tradisi memberi bantuan kepada mangsa bencana nampaknya Umno masih tidak mau belajar dan sedar dari pengalaman masa lalu. Umno masih beriktiqad, yang afdalnya memberi kepada ahli dan penyokong kita, bukan kepada mangsa musibah. Kita tidak tahu kitab dari mana Umno ini belajar.

Sepatutnya 10 ulama muda dalam Umno mesti membaca kita bab sedekah, bab derma, bab memberi bantuan kepada mangsa yang diperlukan kepada ketua-ketua bahagian, ketua-ketua cawangan seperti ini. Tapi nampaknya ulama muda ini macam tidak ada ilmu tentang itu.

Inilah imej Umno, memberi bantuan, memberi apa-apa saja hanya kepada kroni, ‘orang kita’ dan mereka tidak peduli tentang ‘orang berhak’.

Ketika kejadian THUNASI beberapa tahun yang lampau di Kuala Muda Kedah, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapat aduan dari rakyat di mana bantuan yang mereka terima tidak sepatutnya. Saya dengan beberapa pegawai lain turun ke Kuala Muda. Kami hampir menitis air mata melihat beberapa keluarga menyerah kepada kami tiga empat kilo beras yang bercampur dengan BATU-BATU TAR.

“Tengoklah, begini yang diberi untuk kami makan” kata seorang mangsa thunami. “Beras yang bercampur dengan anak-anak batu,” kata mereka. Itu tidak dikira lagi bagaimana tilam-tilam bertimbun-timbun tidak diberi kepada mangsa waktu itu, tidak di kira lagi bagaimana ‘pegawai’ mereka membuat tuntutan sebuku sabun mandi rm2.50 ketika ‘berkorban sukarela’ di Kuala Muda.

Kenapa jadi begitu? Rupa-rupanya kawasan rumah tersebut dikenali sebagai puak-puak yang bukan Umno.

Dan banyak lagi tentang bantuan yang diagih dan diedarkan oleh Umno menjadi edar hanya kepada puak-puak, bukan kepada mangsa yang sepatutnya.

Kita sangat hairan, mengapa mereka yang bertanggung jawab hal ini masih bersikap begini. Apakah anggapan bahawa dengan memberi bantuan kepada ‘orang kita’ maka parti akan semakin kuat?

Mereka melakukan apa saja

Atas nama Umno yang berimej Umno, mereka akan melaklukan dalam semua bentuk dan semua perkara jika mereka diberi kesempatan.

Baru-baru ini saya sangat berbesar hati kerana mendapat surat DIANUGERHKAN BUDAYAWAN KEDAH dalam kategori sasterawan/penulisan. Saya diminta datang ke kedai tukang jahit di Alur Setar untuk mengukur sepersalinan baju Melayu tradisi.

Sangat berbangga kerana anugerah itu anugerah dari Kerajaan dan ia lanjutan dari anugerah yang pernah dibuat oleh kerajaan Umno dulu.

Anugerah Budayawan ini dikelolakan oleh Majlis Kebudayaan Kedah, di bawah Exco Kebudayaan, Kesenian dan Sokan, Dr. Hamdan Mohd. Khalib.

Majlis Kebudayaan Kedah ini saya pernah menjadi AJK lantikan selama dua tahun di tahun yang lalu. Majlis itu sebenarnya lanjutan majlis kebudayaan lama di zaman Umno dulu. Dalam ertikata yang lain semua AJKnya kebanyakan ahli Umno atau penyokong tegar Umno. Dr. Hamdan, walaupun Exco Kerajaan Kedah dari Pas, beliau nampaknya tidak ketauhi sangat karenah dan perjalanan Majlis Kebudayaan ini, disebabkan beliau masih baru, kurang pengalaman lagi. Bagaimanapun cara pengurusannya nampak sedikit mengalah dengan kepala-kepala ‘mantan’ Umno ini kerana mereka sangat pandai berpura-pura.

Apabila satu usul diluluskan tahun lalu supaya satu anugerah kepada budayawan disambung semula seperti yang diberi kepada Dato Shafie di Baling dulu dan Pak Arfini, maka tahun ini pun anugerah itu diteruskan.

Saya di antara empat orang yang dipilih diberi anugerah ini, demikian menurut surat dan diberitahu melalui telefon. Tapi apa sebenarnya yang berlaku?

Saya mendapat tahu, sebenarnya tidak ada nama Azizi Hj Abdullah. Tidak dicalonkan walaupun saya dianggap sebagai penulis dan budayawan yang agak lama berkecimpung di Kedah dan saya adalah anak Kedah.

Hanya empat nama sahaja dicalonkan. Dan nama-nama penal pemilih itu adalah dari kalangan Umno, penyokong Umno tapi kononnya di atas nama badan-badan kebudayaan. Ertinya baju lain tapi tubuh yang itu jugalah.

Saya tertanya-tanya kenapa nama saya tidak ada pun. Atas sikap terbuka dan profesional, saya menerima kerana mungkin yang dipilih itu lebih baik dari saya.
Tapi bila diselidik yang dipilih itu tak seberapa pun tapi kerana mereka adalah anggota Majlis Kebudayaan dan mereka jugalah yang menjadi pemilih, maka mereka sendirilah yang memilih mereka. Saya tertanya-tanya, kenapa tidak ada Murad Ibrahim, seorang tokoh budayawan yang menghabiskan usia dan tenaganya kepada budaya Kedah? Kenapa tidak ada tokoh lain lagi?

Kenapa pula saya yang tidak ada nama dalam senarai pemilihan, tiba-tiba tersangkut nama?

Rupa-rupanya sememangnya mereka tidak suka kepada orang Pas maka kerana itu mereka tidak memilih pun. Tetapi apabila nama-nama itu diserah kepada Menteri Besar untuk diluluskan, maka timbullah pertanyaan, mana dia Azizi Abdullah? Maka terkial-kiallah jadinya.

Dr. Hamdan sangat sedar hal itu tapi sebagai orang profesional beliau tentulah tidak mahu menunjukan besar kepalanya kerana baginya penal yang memilih itu tentulah dari kalangan profesional. Rupa-rupanya mereka hanya dari penal Umno totok.

Maka, apakah saya dianggap sebagai budayawan parti politik Pas atau bertaraf negeri?
Saya tidak mahu mengulasnya. Tetapi penal dari kalangan AJK Majlis Kebudayaan itu nampaknya tidak terbuka intelektualnya dan masih dikongkong oleh karat-karat Umno maka kerana itu mereka pilih ‘orang depa’ saja sebagai Budayawan Kedah. Haa...haaa...hebat.

Demikianlah apabila kita nak menyebut tentang Umno dan cara pemilihan mereka sejak dulu, kini dan selamanya.
http://aziziabdullah.blogspot.com

Saturday, December 11, 2010

Putrajaya Jatuh, Umno Akan Kelaparan

Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam hari ini.
Parti Islam Se-Malaysia berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat.

Mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui pemimpin Umno. Mereka hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan. Pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda. Mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar

Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat. Seantario dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun. Sekarang kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegalan umno mentadbir negara. Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka.
Tuduhan Muhyidin Yasin mengatakan "kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin". PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib. Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?

PAS mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan berikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang. Jika BN menang segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan. Air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal dunia, warisnya akan mendapat RM2500 akan hilang. Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Aku Soal Aku Jawab....

Kenapa naikkan harga barang?
Kerajaan dah tak ada duit nak tampung.... lagipun kalau rakyat susah dia boleh merayu kat aku.

Kenapa ramai lagi orang Melayu yang susah?
Orang Melayu yang kaya, senang hidup dan cerdik pandai tak sokong aku....

Kenapa jalan jem?
Supaya minyak cepat habis. Bila orang pakai highway.... boleh kutip tol.....

Kenapa pengangkutan awam masih tak boleh harap?
Supaya orang pakai kereta sendiri dan habiskan minyak dan bayar tol...

Kenapa tol sesak?
Supaya orang guna Smart TAG dan Touch n Go.... boleh kumpul duit banyak2.

Kenapa orang melayu tak pandai meniaga?
Orang Melayu nanti cepat kata. Bila kaya nanti mereka tolong pembangkang....

Kenapa cuma cerita UMNo sahaja masuk TV3 dan RTM?
Kalau tak masuk TV3 dengan RTM siapa lagi nak cerita pasal UMNo..

Kenapa orang Melayu suka duduk setinggan?
Dulu aku ambik tanak mereka.... lupa nak pulang balik.

Kenapa alim ulamak tak ramai masuk UMNo?
Macam mana nak masuk UMNo... Mereka dah habis masuk PAS semuanya....

Kenapa Haron Din dan Ismail Kamus dah tak boleh masuk TV?
Orang PAS mana boleh masuk TV?

Kenapa tak laksanakan hudud?
Nanti habis kaum kerabat kena potong tangan....

Kenapa memperjuangkan Melayu?
Memperjuangkan Melayu tak ada halal haram... memperjuangkan Islam kena ikut Al-Quraan dan Hadith.

Kenapa sokong hiburan melampau?
Orang suka hiburan akan tinggalkan agama... bila tinggalkan agama akan benci PAS.

Kenapa lesen judi banyak dikeluarkan?
Perniagaan judi untungnya banyak... boleh dapat cukai..

Kenapa tak haramkan rokok?
Rokok banyak bayar cukai...

Kenapa sukan tak nampak kemajuan?
Bangunkan sukan lambat untung.... Bangunkan stadium lagi cepat untung..

Kenapa masalah sosial tak pernah selesai...
Masyarakat yang rosak sokong UMNo dan jauh dari PAS...

Kenapa masyarakat jahil tentang Islam?
Orang jahil sokong UMNo dan orang alim sokong PAS.

Kenali ketuanan Melayu ala Umno

Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin.

Selepas PRU 2008 pemimpin umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.

Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan umno juara melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan melayu ala umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah umno sahaja yang mempertahankan ketuanan melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan melayu umno telah merugikan orang melayu, bukan mengangkat martabat melayu di negara ini.

- Ketuanan melayu umno menjadikan taraf hidup orang melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan melayu umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak

- Ketuanan melayu umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat di sekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

- Ketuanan Melayu umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar umno. Sewaktu mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada Pas, Pkr, Dap dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin umno yang hendak menegakkan ketuanan melayu ketika penyokong mereka dihalau.

- Ketuanan melayu umno menyebabkan orang melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

- Ketuanan melayu umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan umno telah mengkhianat orang melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

- Ketuanan melayu umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

- Ketuanan melayu umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

- Ketuanan melayu umno sehingga sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada umno.

- Ketuanan melayu umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh Profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

 Umno tak layak bincang kepimpinan Islam

Merujuk kenyataan dua ketua bahagian Umno, iaitu Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Sinar Harian-edisi online, 11 Disember 2010) dan Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman (Sinar Harian-edisi Kelantan, 11 Disember 2010), maka saya menganggap kedua-dua mereka itu tidak layak bercakap mengenai kepimpinan Islam. Ini kerana parti Umno itu sendiri tidak pernah berniat untuk memartabatkan Islam sebagai teras kepimpinan negara.

Kunci kepada kenyataan dua ketua bahagian itu adalah respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perlantikan timbalan perdana menteri Malaysia seharusnya dari kalangan seorang muslim yang soleh. Bagi saya, kenyataan Tuan Guru ini adalah suatu prinsip jelas dalam kepimpinan Islam, maka apabila ia dipadukan kepada individu yang bernama Lim Kit Siang yang kebetulan Penasihat parti DAP, maka ia sudah kelihatan suatu polemik yang menimbulkan penolakan total pihak Umno. Jelas terserlah kebebalan Umno di dalam menghayati maksud tersirat Tuan Guru sebagai tokoh uyang tegas memperjuangkan asas dakwah di dalam bentuk olahan politik Islam.

Apabila meneliti respons Fatmi itu, ia jelas tidak bersetuju lalu menyifatkan kenyataan Tuan Guru sebagai kenyataan politik. Demikian pula Zawawi yang baru setahun jagung memegang ketua bahagian telah meletakkan taraf kenyataan Tuan Guru sebagai kebudak-budakan.

Justeru Fatmi mahupun Zawawi boleh dianggap mewakili pemikiran pemimpin Umno yang begitu alahan (alergic) tatkala membincangkan soal kepimpinan politik, bila mana isu kepimpinan dipadukan dengan nilai-nilai kempimpinan Islam. Ia semacam cuba mengelakkan daripada menerima hakikat teras kekuatan Malaysia hari ini adalah Islam biukannya kaum. Oleh itu, ramai pemimpin Umno dan penyokong mereka menganggap kenyataan Tuan Guru sebagai aancaman kepada poerjuangan Umno dan Barisan Nasional itu sendiri.

Sehubungan itu, kenyataan dilapor media tersebut boleh fahami sebagai respons yang jelas membayangkan sikap hipokrit pemimpin Umno terhadap Islam. Maka kenyataan Fatmi dan Zawawi sebenarnya boleh dijadikan disifatkan sebagai kebudak-budakan bukannya kenyataan Tuan Guru yang kebudak-budakan.

Ini kerana kenyataan itu, awal-awal lagi didapaati bercanggahan dengan prinsip kebebasan dan hak-hak beragama individu warganegara Malaysia. Di samping itu, kenyataan tersebut dilihat sebagai tidak menggambarkan sifat orang Melayu yang beragama Islam yang cuba mempermainkan usaha dakwah dalam konteks seruan Islam.

Sementelah pula, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam sendiri yang telah menetapkan ukuran akil baligh di dalam menentukan dosa dan pahala, sedangkan Lim Kit Siang sebagai orang yang akil baligh, peguam dan politicians berpengalaman, amat pasti ia amat matang dengan pendiriannya tentang agama. Justeru kenyataan itu yang turut memperlekehkan kewibawaan Lim Kit Siang sekaligus menggambarkan sikap pemimpin Umno yang tidak menghormati kepimpinan pihak lawan yang jelas bercanggah dengan sunnah Raslullah SAW. Malah ia suatu kedangkalan dalam memahami nilai diplomasi politik dalam negara ini.

Sebagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri sebagai Perdana Menteri pertama di dunia ini yang memartabatkan Islam di dalam pemerintahan tidak pernah pun menyebut fasal ‘bangsa-bangsa’ jauh sama sekali menerima pakai prinsip kebangsaan di dalam menguruskan politik dan pentadbiran Negara. Sedangkan kewujudan bangsa itu sedia ada lebih awal lagi. Hakikat ini, Umno sudah jauh tersasar. Justeru itu, agak pelik dan ajaib sekiranya pemimpin Umno itu bercakap soal ‘masuk Islam’ dan menilai keikhlasan seseorang itu untuk masuk Islam, sedang amalan parti dia sendiri bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

Masakan tidak, disebabkan pemimpin Umno-lah seorang ulama seperti Ustaz Ibrahim Mahmood dan pengikutnya dibunuh di dalam Peristiwa Memali tahun 1985. Malah pernah berlaku, alim-ulama termasuk dari Kelantan turut ditahan di bawah oleh akta zalim ISA. Tidak padan dengan itu, pernah arwah Tuan Guru Haji Mustapha dari Pasir Tumboh telah diseret ke mahkamah dan dijatuhkan hikuman atas dakwaan kononnya mengkafir sesama Islam. Sedang semua tuan guru atau ustaz tersebut berhujah bersandarkan kitab suci al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Lebih teruk lagi, dalam era kekuasaan Umno jugalah berlakunya sekatan bantuan kepada sekolah agama Islam di seluruh negara akibat terpengaruh dengan Amerika yang mentohmahkan sekolah-sekolah agama sebagai pusat aktiviti pengganas. Melarang guru dan ustaz di sekolah-sekoilah memakai kopiah, kerana kopiah identiti Islam. Paling malang lagi, Umno era Abdullah Ahmad Badawi turut memperkenalkan Islam Hadhari sebagai pendekatan yang salah kerana ia didapati seiringan dengan pemikiran orientalis yang bertujuan mengelirukan ajaran Islam sebenar.

Jawapannya, terlalu banyak percanggahan amalan pemimpin Umno sepanjang mereka berkuasa di negara ini yang dilakukan adalah tidak menyokong usaha memartabatkan Islam itu sendiri.

Oleh sebab itu, sejak negara merdeka sehingga ke hari ini, Umno sebagai parti yang memperjuangkan Melayu, didapati tidak berani menawarkan kepada pemimpin MCA atau pun MIC untuk duduk ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Atau sekurang-kurang bersifat demokratik untuk membuka jawatan timbalan menteri besar atau ketua menteri kepada MCA atau MIC. Sebaliknya, amalan kebangsaan Umno itu diragui kerana pernah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, Pulau Pinang kepada Gerakan meskipun pada satu ketika kerusi Umno majoriti di dewan negeri Pulau Pinang. Begitu juga dalam konteks Sabah, era Dr. Mahathir pernah mencaturkan jawatan Ketua Menteri kepada sistem giliran membolehkan pemimpin bukan Melayu mendudukinya.

Justeru itu, dalam negara yang mencatatkan hak-hak atas prinsip demokrasi apa salahnya membincangkan jawatan TPM itu kepada bukan Melayu. Paling tidak salah, sekiranya bakal penjawat TPM itu seorang beragama Islam. Ini kerana Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah mewakili majoriti rakyat yang kebetulan merentasi kaum––tidak hanya orang Melayu malah ada Cina, India, Sabahan, Sarawakian dan kaum-kaum lain adalah beragama Islam. Maka, nilai Islam itu sudah merentasi nilai-nilai perkauman yang dipuja oleh Umno, MCA dan MIC. Logik inilah menjadi hujah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz melontarkan idea jawatan TPM itu hendaklah berteraskan prinsip perlembagaan dan hendaknya juga selari dengan Islam, iaitu seorang yang soleh. Di sini diperturunkan kenyataan sebenar Tuan Guru seperti di dalam blognya:

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

Rumusannya, kita umat Islam mahu pun rakan-rakan dari agama selain Islam, janganlah mudah percaya dengan ‘ajakan Islam’ yang terhambur dari mulut pemimpin Umno. Kerana mulut mereka hakikat memiliki bau yang busuk terhadap Islam itu sendiri. Lantaran itu, komen Ketua Umno Pasir Puteh dan Bahagian Kota Bharu tersebut adalah olahan politik yang menyerlahkan kelemasan bernafas dek kebimbangan hilangnya kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Saturday, December 4, 2010

Selamatkan Hak Rakyat Selangor

Apakah tujuan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha penyusunan semula industri air di Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor berhasrat menyusun semula perkhidmatan industri air di Selangor secara bersepadu (holistik), bagi memastikan empat syarikat konsesi yang sedia ada digabung menjadi sebuah badan yang diberi lesen mengoperasi untuk mengurus perawatan dan penyaluran air bersih ke seluruh Selangor.

Syarikat tunggal air ini beroperasi dalam kawalan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor berhasrat meningkatkan kecekapan industri air, mengurangkan tarif sehingga 24 peratus dan mengekalkan dasar pemberian air percuma sehingga 20 meter padu.

Bagaimanakah usaha ini dapat disesuaikan dengan rancangan Kerajaan Persekutuan?
Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 yang diluluskan Parlimen bertujuan memiliknegarakan kesemua aset air di negeri-negeri di Semenanjung.

Rancangan ini kemudian menyerahkan semula aset yang berkaitan air kepada Kerajaan Persekutuan melalui agensi yang dilantik – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Kerajaan Negeri Selangor memiliki 70 peratus aset air negeri, manakala baki 30 peratus dimiliki syarikat konsesi air persendirian.

Jika pengambilalihan ini berjaya, maka semua aset air Selangor menjadi milik Kerajaan Persekutuan, namun lesen untuk beroperasi diberikan kepada pihak lain.

Apakah cadangan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha penyusunan semula industri air secara bersepadu?
Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan untuk mengambil alih kesemua aset syarikat-syarikat konsesi tersebut, dan membayar ekuiti pelaburan mereka pada kadar 12 peratus setahun. Jumlah ini dijangka menjadi RM5.7 bilion (iaitu nilai aset berjumlah RM4.6 bilion, nilai ekuiti bernilai RM1.1 bilion).

Jika cadangan ini diterima, barulah Kerajaan Negeri Selangor memindahkan RM4.6 bilion nilai aset syarikat-syarikat konsesi, dan RM9.7 bilion nilai aset air milik Kerajaan Negeri kepada PAAB.

Hasil daripada jualan aset berkaitan air itu nanti, Kerajaan Negeri Selangor dijangka menerima RM14.3 bilion dalam bentuk tunai dan bon daripada Kerajaan Persekutuan.

Kaedah khusus untuk mencapai tujuan ini hanyalah menerusi penubuhan badan korporat yang bertanggungjawab untuk menggabungkan kesemua empat syarikat konsesi (“special-purpose vehicle”). Kerajaan Negeri memiliki saham dalam syarikat-syarikat tersebut dan dengan yang demikian mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam urusan penggabungan tersebut.

“Special-Purpose Vehicle” itu meliputi pemberian lesen untuk mengoperasi industri air di Selangor, dan memajakkan aset air yang dimiliki oleh PAAB untuk beroperasi di peringkat negeri.

Mengapakah perlunya penyusunan semula ini dilakukan dengan segera?
Memang sangat perlu bagi kita untuk mengerakan penyusunan semula kerana menurut perjanjian konsesi, Syabas dijangka menaikkan tarif air sehingga 31 peratus.

Walaupun, jika setelah Kerajaan Persekutuan memberikan semula lesen mengoperasi kepada Syabas (yang dibantah oleh Kerajaan Negeri Selangor), ia tidak menaikkan tarif air, namun, perbezaan kadar tarif terpaksa ditanggunggung oleh Kerajaan Negeri yang pastinya tarif itu dibayar oleh rakyat Selangor juga.

Apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mensabotaj rancangan Kerajaan Negeri Selangor?
Dua hari sebelum tawaran Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat-syarikat konsesi berakhir, Kerajaan Persekutuan melalui badan penyelarasnya Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), ada mengumumkan yang Kerajaan Persekutuan hendak menggagalkan usaha Kerajaan Negeri untuk mengadakan rundingan terus dengan syarikat-syarikat konsesi.

Tawaran-tawaran Kerajaan Persekutuan kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut dengan jelas merupakan sabotaj oleh sebab mereka memberi tawaran harga yang tinggi kepada syarikat-syarikat tersebut, berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.

Alasan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan Negeri Selangor dengan sengaja melewat-lewatkan proses rundingan, walhal yang sebenarnya Kerajaan Negeri sentiasa memberikan maklumat kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan setiap perkembangan yang berlaku.

Sebagaimana yang dijangka, semua empat syarikat konsesi sudah menolak tawaran daripada Kerajaan Negeri Selangor

Mengapakah tawaran Kerajaan Persekutuan kepada syarikat-syarikat konsesi dianggap sebagai penyelamat atau “Bail-Out” Barisan Nasional terhadap kronin-kroninya?
Kerajaan Persekutuan, dengan cara membayar wang kepada syarikat-syarikat konsesi dalam jumlah yang meragukan banyaknya, dengan jelas merupakan bayaran penyelamat kepada syarikat-syarikat konsesi yang sedang menanggung hutang yang sangat banyak.
Selepas WSIA 2006 ditandatangani, akaun syarikat konsesi didapati membayar dividen yang banyak kepada pemegang saham. Jumlah dividen yang besar ini amat tidak berpatutan keranma syarikat-syarikat berkenaan sedang menanggung hutang yang besar.

Ketua Pegawai Eksekutif –CEO– Puncak Niaga ternyata sudah dibayar gaji sebanyak RM5.1 juta sepanjang tahun 2007, manakala elaun pengurusan bulanannya sebanyak RM700,000. Sekiranya syarikat tersebut sedang menanggung hutang yang banyak, mengapakah masih membayar gaji yang sangat tinggi kepada CEO?

Kerajaan Persekutuan masih terus menolong syarikat-syarikat kroni Barisan Nasional. Syabas didapati menaja Perhimpunan Agung Tahunan UMNO, termasuk tahun 2009.

Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor mesti dilibatkan dalam proses penyusunan semula industri air?
Fasal 191(4) dan Fasal 191(7) Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 mengkehendaki Kerajaan Negeri dilibatkan dalam proses rundingan, sebagai imbalan balik terhadap perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan syarikat-syarikat konsesi.

Dalam keputusan mesyuarat Kabinet pada 16 Januari 2008, dipersetujui supaya Kerajaan Negeri, menerusi anak syarikat Kerajaan Negeri Kuampulan Darul Eksan Berhad (KDEB), mengetuai rundingan bagi proses penyusunan semula industri air.

Keputusan Kabinet itu belum dibantah, dan belum ada keputusan Kabinet yang mempertikaikannya. Justeru itu, Kerajaan Negeri masih perlu dilibatkan. Pengecualian daripada hal ini dianggap menyalahi undang-undang.

Daripada segi undang-undang, Kerajaan Negeri mempunyai hak penuh terhadap air mentahnya. Usaha untuk meminggirkan Kerajaan Negeri dilihat tidak bijak dan bukan idea yang praktikal kerana mahu tidak mahu Kerajaan Negeri mesti dilibatkan sebagai penyelesaian terhadap industri air.

Lebih daripada 70% aset air di Selangor masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, termasuk yang diuruskan oleh syarikat-syarikat konsesi sekarang.

Dalam perjanjian konsesi, semua aset yang berkaitan air mesti dipindahkan semula kepada Kerajaan Negeri Selangor. Jika syarikat-syarikat memindahkan aset ini kepada Kerajaan Persekutuan, ia dianggap melanggar perjanjian kerana tidak menyerahkan semula aset kepada Kerajaan Negeri.

Apakah yang diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada Kerajaan Persekutuan?
Kerajaan Negeri Selangor meminta Kerajaan Persekutuan supaya menamatkan perjanjian konsesi dengan Syabas, kerana Syabas tidak diurus dengan betul, dilihat terlibat dalam amalan rasuah, melanggar perjanjian dan tidak cekap dalam hal melaksanakan perkhidmatan kepada rakyat Selanmgor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerajaan Negeri Selangor menuntut Kerajaan Persekutuan supaya melaksanakan kuasanya menerusi WSIA 2006.

Kerajaan Negeri Selangor menuntut supaya ia meneruskan usaha penyusunan semula dengan syarikat-syarikat konsesi, menurut keputusan asal Kabinet dan sejajar dengan semangat dalam WSIA 2006.

Kerajaan Negeri Selangor menuntut supaya lesen mengoperasi tidak diberikan semula kepada Syabas tetapi diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor menuntut supaya Kerajaan Persekutuan melakukan tindakan yang sewajarnya. Jikalau Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor boleh bekerjasama, maka isu yang berlarutan ini dapat diselesaikan dengan segera tanpa menjadi isu yang boleh dipolitikkan.

Apakah pilihan yang ada di pihak Kerajaan Negeri selangor sekiranya situasi ini menemui jalan buntu?
Kerajaan Negeri sudahpun berbincang dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dan situasinya di sini nampaknya menemui jalan buntu.

Kerajaan Negeri Selangor sudahpun mengemukakan cadangan untuk pertimbangan Menteri berkenaan, tentang rancangan penyusunan semula industri air Negeri dan sedang menunggu maklum balas daripada beliau.

Sekiranya usaha ini masih gagal, maka Kerajaan Negeri Selangor tiada pilihan lain kecuali mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Persekutuan.

Potong gaji pengerusi Syabas, bukan naik harga air

: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong sekiranya ada usaha Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.

Ketua Penerangannya, Fadhil Osman berkata pihaknya merasa terkejut dengan maklumat pendapatan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan RM425,000 sebulan.

Katanya, DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air.

DPPWP, ujarnya tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.

Tetapi, soalnya nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

“Apakah Syabas mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat?

“Meskipun air di Selangor diuruskan oleh Syabas, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah untuk manusia?” soalnya lagi.

Jelasnya, air adalah keperluan asas penduduk di mana tanpa air, tiadalah kehidupan dan DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya melihat mungkin itulah faktor Syabas mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya.

Sedangkan, ujarnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

Sepatutnya, tamba beliau Pengerusi Syabas perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah kerana menaikkan harga air bererti menambah beban kepada rakyat.

“Rakyat baru mendapat ‘hadiah’ dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi,” ujarnya.

Beliau menambah, Syabas perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat.

DPPWP juga, ujarnya menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember, Ahad ini sebagai membantah kenaikan harga air oleh Syabas.

Syabas tiada mandat kumpul dana

: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) digesa menghentikan segera kegiatan mereka memungut wang daripada pengguna sebanyak RM11.40 sebagai nilai air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyatnya untuk Tabung Budi Syabas.

Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Charles Santiago (DAP-Klang) dalam satu kenyataan bersama berkata, kegiatan itu adalah bertentangan dengan mandat dan terma perjanjian tiga pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Syabas sendiri seperti juga terkeluar dari bidang kuasa Enakmen Bekalan Air Selangor 1997.

Menurut mereka, mengikut Enakmen Bekalan Air Selangor 1997 atau Selangor Water Supply Enactment 1997, Syabas hanya diberi lesen untuk menjalankan kegiatan dalam hal mengurus dan membekal air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

"Adalah difahamkan bahawa Syabas tidak dimandatkan dan juga tidak diberi kuasa untuk membuat apa-apa pungutan wang dari pengguna-pengguna dan tidak sama sekali diberi mandat untuk mengumpul dana dan memulakan sebuah tabung dari serahan wang hasil dari air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Selangor kepada pengguna di Selangor," kata kenyataan itu.

Kegiatan yang didakwa dalam rangka Tanggung Sosial Korporat atau CSRnya itu tidak dapat ditentukan ketelusannya sebaliknya Syabas terlibat dalam membuat dua kali kutipan kepada pengguna tidak dapat ditentukan siapa yang akan menerima dana itu.

"Syabas tidak dihalang untuk menunaikan CSRnya kepada masyarakat kurang berkemampuan dengan keuntungan yang dilaba sekian lama ini.

"Tetapi cara yang dilakukan ini jelas menimbulkan pelbagai pertikaian bahkan bercanggah dengan peruntukan undang-undang khususnya Enakmen Bekalan Air Selangor 1997," kata kenyataan itu.

Thursday, December 2, 2010

UMNO Masih Belum Berubah Rupanya !!

"Isu Ketuanan Melayu yang dikitar semula oleh media ampusana ampusini sememangnya menunjukkan sikap bebal UMNO . Isu Ketuanan Melayu yang dibangkitkan oleh DSWA sebenarnya lebih kepada sindiran pada sebuah parti yang bernama UMNO yang kononya sebuah parti yang nak jaga kepentingan Melayu, sedaNgkan hakikatnya adalah untuk menjaga kepentingan UMNO. Kebanyakan orang Melayu masih berada dalam kemiskinan sedangkan UMNO lebih 50 tahun memerintah negara. Mana silapnya ?

Banyak agensi-agensi kerajaan yang bertujuan untuk menolong orang Melayu seperti MARA, FELDA dan lain-lain agensi ,akhirnya menjadi tempat untuk mencari keuntungan peribadi bukannya untuk membela rakyat dan akhirnya rakyat yang susah akan terus susah. Petronas, KWSP dan lain-lain syarikat yang dikuasai oleh kerajaan dipergunakan untuk kepentingan tertentu yang akhirnya rakyat tidak merasai limpahan nikmat kekayaan yang dianugerahkan Allah pada negara Malaysia yang tercinta.
Sikap talam dua muka UMNO terhadap bukan Melayu seperti Cina, India dan lain-lain bangsa boleh dinilai dari siri-siri ucapan dan kenyataan pemimpim UMNO dan NGO yang menjadi balaci UMNO . Golongan ini masih menganggap hanya UMNO sahaja yang layak mentadbir negara. Hanya UMNO sahaja yang boleh menjaga kebajikan rakyat! Hanya UMNO sahaja yang boleh memberikan kesenangan dan kesejahteraan pada rakyat! Realitinya rakyat dihimpit kesusahan.
Beban hutang negara terpaksa dipikul oleh rakyat. Harga minyak dinaikkan sesuka hati. Yang menjadi mangsa keadaan sekarang tidakkah kebanyakan orang Melayu. Mana perginya kewarasan pemimpin ini ? Kenapa pemimpin UMNO tak fikir semua ini. Begitu juga dengan layanan UMNO pada kakitangan kerajaan. Tidakkah majoriti kakitangan kerajaan berbangsa Melayu ? Mana perginya suara perihatin kerajaan UMNO terhadap tuntutan kesatuan besar yang dipimpin oleh orang Melayu?
Sebab itu saya katakan UMNO sebenarnya belum berubah. Banyak negeri-negeri yang dikuasai oleh UMNO kita lihat Melayunya masih dalam kesusahan. Di Sabah UMNO berkuasa ..lihat siapa yang kaya sebenarnya? Di Terengganu yang dahulunya dikuasai oleh sebuah parti Melayu kenapa disekat pelbagai bantuan? Tidakkan mereka ini Melayu? Begitu juga di Kelantan? Sebab itu kita katakan UMNO hanya pandai bermain kata-kata. Mereka lebih suka lihat rakyat dalam kesusahan agar senang digula-gulakan dan dipebodohkan.
Kebanyakkan pemimpin UMNO kadang-kadang tidak menyedari kenyataan mereka seolah-olah tidak mengiktraf sumbangan masarakat bukan Melayu yang ada.Apa agenda mereka sehingga berkokok sedemikian rupa? Kebanyakan pula disikong oleh prof kangkung yang sepatutnya meneliti ucapan Presiden PKR berhubung isu ketuanan Melayu.
Rakyat Malaysia sebenarnya agak bimbang dengan keadaan ekonomi semasa yang semakin merudum sebenarnya. Daya saing negara sudah tiada angkara siapa? Indeks rasuah negara sangat menyedihkan? Kejadian jenayah semakin menjadi-jadi. Tidakkah semua ini dibawah pentadbiran sebuah kerajaan yang mengaku diri mereka hebat.
Lebih memburukkan keadaan ialah UMNO dengan galaknya menyerang negeri-negeri yang dikuasai oleh PR dengan tujuan untuk menganggu gugat pentadbiran PR yang sedang berusaha membersihkan najis-najis yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu yang disangka rakyat BIJAK rupanya BODOH
UMNO perlu sedar ketuanan Melayu tidak akan bermakna selagi ISLAM tidak menjadi teras dalam kepimpinan negara. Islam memberikan keadilan buat semua. Islam juga menjaga kedaulatan negara. Inilah janji Allah pada mereka yang yakin pada agamanya iaini Islam. Adakah selama ini UMNO mengamalkannya? Sudah tentu tidak. Mengambil Islam hanya dalam juzuk-juzuk tertentu hanya akan menjadikan negara Malaysia berada dalam ambang kehancuran.
Lihat sahaja generasi anak muda Melayu hari ini . BOHSIA, MAT REMPIT, BUANG BAYI,DADAH ,HIBURAN TERLAMPAU dan lain-lain isu. Bangsa manakah yang menguasainya? Tidakkah yang bernama Melayu. Kenapa UMNO masih tidak sedar masalah ini? Apa yang mereka buat sekarang? Macamana Melayu nak jadi tuan kalau generasinya sedemikian rupa?UMNO tak kisah semua ini yang penting UMNO selamat bukan bangsanya yang selamat.
Jangan berkokok cakap pasal KETUANAN MELAYU sedangkan orang Melayu masih susah. Pada NGO, Tuan-tuan profesor yang pro UMCO , jangan jadi diri anda seperti LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG, asal ada aja isu seperti ini terus buat ulasan membabi buta hingga menjadikan diri mereka anjing suruhan UMNO
Lebih menyedihkan ialah ada pula yang cuba mengaitkan dengan raja-raja Melayu seolah-olah mereka inilah yang membela raja-raja Melayu sedangkan mereka inilah yang menjadikan institusi raja suatu ketika dahulu bercelaru. Rakyat tak akan lupa apa yang UMNO buat pada raja-raja Melayu. Jangan ingat semua rakyat buta sejarah .
Selepas ini diharap pimpinan PR perlu membuat serangan balas dengan segera agar isu ini dapat dimatikan dengan segera. Rapatkan saf, LUPAKAN SENGKETA mari sama-sama atur strategi dan jangan mengeluarkan kenyataan yang boleh diputarbelitkan oleh media haprak yang ada sekarang. Jalan menuju PUTRAJAYA masih terbuka sekiranya semua pimpinan dan ahli dapat merapatkan semula saf yang ada agar semua usaha-usaha untuk menawan hati rakyat dapat direalisasikan.
"BIARKANLAH UMNO TERJUN DENGAN LABUNYA ".
WALLAHUALAM .
"

Di mana UMNO kuat, di situ Melayu merempat

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno ‘Hidup Melayu’ perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu ‘Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat’.

Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno.

Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).

Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

“Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu.

“Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.

Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.

“Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno?” soalnya.

Di samping itu, menurutnya, Umno sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya.

“Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa.

“Pemimpin Umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja,” ujarnya.

Katanya, puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun terkena di batang hidung mereka melalui pendekatan matlamat menghalalkan cara.

Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan Umno pula tidak larat.

Mereka, katanya menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno.

“Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

“Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno,” katanya.

Tegasnya, generasi itu tidak akan membiarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.