"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)

Monday, December 26, 2011

MAHRAM BAGI LELAKI

Mahram hubungan tali kekeluargaan:

1. Ibu
2. Anak perempuan
3. Adik beradik perempuan
4. Anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki.
5. Anak saudara perempuan daripada adik beradik perempuan.
6. Makcik (adik beradik ibu)
7. Makcik (adik beradik bapa)

Mahram dengan sebab susuan dan musoharah (perkahwinan):

1. Ibu mertua
2. Anak tiri perempuan
3. Isteri bapa (ibu tiri)
4. Menantu perempuan.
5. Isteri atuk (nenek tiri)

(ruj. Al-Majmuk jilid 2 m.s 35 Dar-Fikr cet.2000)

Huraian mahram bagi lelaki

Haram nikah kerana nasab iaitu kerabat ada 7:
(perincian dari surah An-Nisa’ ayat 23)

1) Ibu
- Setiap yang melahirkan kamu – iaitu ibu kandung kamu
- Begitu juga ibu kepada ibu kamu (nenek) dan ke atas (ibu kepada nenek dan ke atas)
- Begitu juga dari bahagian bapa – seperti ibu kepada bapa (iaitu nenek sebelah bapa) dan nenek-nenek bapa.

2) Anak perempuan
- Setiap anak perempuan kandung kamu.
- Setiap anak perempuan yang lahir daripada anak kandung kamu (iaitu cucu perempuan)

3) Adik beradik perempuan
- Setiap perempuan yang lahir daripada ibu bapa kamu atau salah seorang daripada kedua-duanya.
- Bernikah dengan mereka haram sama ada adik beradik perempuan sebapa atau seibu atau adik beradik sebapa dan seibu.

4) ‘Ammah – Makcik (adik beradik bapa)
- Mereka adalah adik beradik bapa, sama ada adik beradik sebapa seibu atau adik beradik sebapa atau adik beradik seibu.
- Kemudian ‘Ammah (makcik) kepada bapa dan ‘Ammah (makcik) kepada ibu.
- ‘Ammah (makcik) kepada atuk dan ‘Ammah (makcik) kepada nenek.

5) Kholah – Makcik (adik beradik ibu)
- Mereka adalah adik beradik ibu, sama ada adik beradik sebapa seibu atau adik beradik sebapa atau adik beradik seibu.
- Kemudian kholah (makcik) kepada bapa dan kholah (makcik) kepada ibu.
- Kholah (makcik) kepada atuk dan kholah (makcik) kepada nenek.

6) Anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki.
- Anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki, sama ada adik beradik lelaki sebapa seibu atau adik beradik lelaki sebapa atau adik beradik lelaki seibu
-Kemudian, anak perempuan kepada anak lelaki daripada adik beradik lelaki (iaitu cucu perempuan daripada adik beradik lelaki).
-Anak perempuan kepada anak perempuan daripada adik beradik lelaki (iaitu cucu perempuan daripada adik beradik lelaki).
-Dan ke bawah (iaitu cicit perempuan daripada adik beradik lelaki).

7) Anak saudara perempuan daripada adik beradik perempuan.
- Anak saudara perempuan daripada adik beradik perempuan, sama ada adik beradik perempuan sebapa seibu atau adik beradik perempuan sebapa atau adik beradik perempuan seibu.
- Begitu juga anak perempuan kepada anak lelaki daripada adik beradik perempuan (iaitu cucu perempuan daripada adik beradik perempuan).
- Anak perempuan kepada anak lelaki daripada anak perempuan daripada adik beradik perempuan (iaitu cicit perempuan daripada adik beradik perempuan)
- Dan ke bawah.

Haram sebab Musoharah (perkahwinan):

1) Ibu kepada isteri (ibu mertua)
-Sama ada sudah bergaul dengan isteri atau belum.
-Ibu mertua seperti ibu kandung kamu.
-Sama ada ibu kandung isteri kerana nasab atau ibu susuan.
-Begitu juga haram ke atas lelaki setiap yang bersambung kepada isterinya dari kalangan nenek (iaitu nenek-nenek yang bersambung daripada isteri). Nenek daripada bapa isteri atau nenek daripada ibu isteri.

2) Anak perempuan isteri (anak tiri)
-Tidak menjadi haram (muabbad) kecuali setelah bersama dengan isteri.

Masalah:
[Berkahwin dengan seseorang wanita tetapi tidak dukhul (tidak jimak) kemudian bercerai, maka dia boleh berkahwin dengan anak perempuannya (bekas anak tiri). Tetapi jika sudah dukhul, maka dia tidak boleh berkahwin dengan anak tirinya walaupun setelah diceraikan ibunya. Manakala apabila berkahwin dengan seorang perempuan maka tidak boleh berkahwin dengan ibunya buat selama-selamanya (ibu mertua adalah haram muabbad) sama ada dukhul atau tidak dukhul]

3) Isteri anak lelaki (menantu)
- Begitu juga isteri kepada anak lelaki anak kamu (isteri cucu kamu)
-Dan ke bawah dengan sebab nasab atau susuan.

4) Isteri bapa (ibu tiri)
- Termasuk juga isteri bapa (ibu tiri) dan isteri atuk (nenek tiri) dan ke atas daripada pihak bapa atau ibu atau kedua-duanya. Diharamkan juga berkahwin dengan isteri bapa daripada susuan.

5) Menghimpunkan isteri antara dua adik beradik.

Kelima-lima pengharaman tersebut bersumber dari Al-Quran dan terdapat dua sumber pengharaman daripada Sunnah iaitu:

1) Menghimpunkan antara isteri dan ‘Ammahnya (makcik daripada adik beradik bapa)
2) Menghimpunkan antara isteri dan Kholahnya (makcik daripada adik beradik ibu)

(ruj. Al-Majmuk jilid 17 m.s 377- 379 Dar-Fikr cet.2000)

Friday, December 23, 2011

Kondo mewah didaftarkan terus dengan nama keluarga Shahrizat .


SATU lagi kondo mewah dipercayai dibeli menggunakan wang rakyat RM10 juta oleh NFC (sebut National Family Corruption) didedahkan semalam, rujuk sini [Singapore].

Sebelum ini keluarga Shahrizat didedahkan membeli kondo mewah One Menerung di Bangsar berharga RM9.8 juta menggunakan dana NFC.

Kali ini, keluarga Shahrizat dikesan membeli sebuah lagi kondominium mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 pada 27 Januari 2010.

Di bawah ini disertakan dokumen carian rasmi sebagai bukti pemilikan kondominium mewah tersebut.

Ia dibeli pada harga S$4,107,600 (RM9.8 Juta) dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah tengah-tengah kota Singapura.

Lebih menjijikkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama keluarga mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.

SPRM serbu pejabat NFC


Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Enam pegawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Solaris Mont Kiara pada sekitar 2.50 petang, dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul di situ.

Pegawai berkenaan dilihat keluar daripada premis berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut yang diketuai pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.

NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.

Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Thursday, December 22, 2011

PMR: 34,271 Calon Dapat Semua A

KUALA LUMPUR,22 DISEMBER : Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,86 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.

Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya dalam sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011 di Putrajaya hari ini lapor Bernama.

Calon yang mendapat minimum D (tidak termasuk semua A) meningkat kepada 272,966 calon (61.88 peratus) berbanding 265,388 calon (60.39 peratus) pada 2010.

Abd Ghafar berkata pencapaian calon luar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran juga meningkat kepada 6,474 calon (4.28 peratus) berbanding 5,825 calon (3.81 peratus) pada tahun lalu, iaitu peningkatan 0.46 peratus.

Begitu juga dengan pencapaian pelajar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran terus meningkat 0.86 peratus, daripada 24,084 pelajar (8.86 peratus) pada 2010 kepada 26,189 pelajar(9.72 peratus) tahun ini.

Calon yang mendapat semua E menunjukkan trend penurunan -0.01 peratus bagi kedua-dua kategori iaitu daripada 249 calon (2010) kepada 216 calon (2011) bagi calon bandar dan daripada 132 calon (2010) kepada 121 calon 2011) bagi calon luar bandar.

“Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Datuk Khairil Awang berkata keputusan PMR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh lapan tahun,

Beliau berkata pencapaian calon PMR bagi Wilayah Persekutuan meningkat berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 2.54 berbanding 2.59 pada tahun 2010 dan nilai GPN WP iaitu sebanyak 2.54 mengatasi GPN (2.71) yang juga pencapaian terbaik bagi peperiksaan PMR setakat ini.

Terdapat 22,449 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah 2,296 calon, meningkat daripada 2,103 pada tahun lepas.

Enam sekolah memperoleh kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria dan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di KUALA TERENGGANU, keputusan peperiksaan itu menyaksikan peningkatan 1.15 peratus berbanding tahun lepas dan daripada 23,630 calon, 1,746 (7.8 peratus) memperolehi dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu Hashim Mohd Zin berkata, prestasi Gred Purata Negeri tahun ini meningkat kepada 2.57 berbanding tahun lepas 2.58.

“Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud pula menduduki tangga teratas 26 buah sekolah mencapai prestasi A atau sekolah berpencapaian tinggi (GPS 1.00 – 1.80), berbanding 25 buah tahun lepas,” katanya.

Di SEREMBAN, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali berkata seramai 12,566 calon sekolah kerajaan telah berjaya mencapai tahap penguasaan minimum (mendapat sekurang-kurangnya D) dalam semua mata pelajaran yang diambil.

“Ini merupakan satu peningkatan 1.7 peratus jika dibandingkan dengan pencapaian tahun 2010,” katanya.

Pkharuddin berkata bilangan calon sekolah kerajaan yang berjaya mencapai keputusan penuh 9A, 8A atau 7A di negeri itu meningkat 220 orang kepada 1,707 orang calon, berbanding 1,487 pada 2010.

Monday, December 19, 2011

ANKARA RM 250 JUTA UMNO BERBALAH.........



Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka.

Timbalan ketua bahagian Datuk Mahadi Abdul Shukor (kiri) berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee.

"(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.


Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini.
Syed Ali pada 13 Disember lalu, Syed Ali mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan Umno dengan tampil menjawab segala tuduhan pembangkang.

Katanya: "Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian."

Syed Ali bagaimanapun kemudiannya menjelaskan bahawa maksud sebenar "seperti memikul biawak hidup" ditujukan kepada isu NFC dan bukannya kepada peribadi Shahrizat atau pun keluarga beliau.

Terpaksa hubungi polis
Dalam kenyataannya petang ini, Mahadi berkata walaupun dikatakan mahu menyerahkan memorandum berhubung kenyataannya dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kumpulan itu didakwa membuat kecoh dan mengeluarkan kata-kata kesat.

"Mereka juga tidak mahu mendengar langsung penjelasan Datuk Wira Syed Ali berhubung kenyataan beliau sebelum itu, malah fotokopi kenyataan akhbar dan blog umnobahagiancheras juga mereka koyak.

"Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," dakwanya.

Menceritakan semula kejadian pada hari itu, Mahadi berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal sehingga memaksa kakitangan pejabat menghubungi pihak polis yang tiba tidak lama kemudian

Wednesday, December 14, 2011

Penganut Kristian paling minoriti dalam DAP


Penganut agama Kristian adalah paling minoriti dalam parti DAP, kata Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor."Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah beragama Sikh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tiada apa-apa agama.

"Penganut agama Hindu sebenarnya lebih ramai berbanding dengan Kristian dalam DAP," kata Teresa Kok dalam program Fokus Berita, TV Selangor.

Teresa menjelaskan perkara ini ekoran dakwaan Umno dan beberapa pihak lagi, DAP cuba untuk mengkristiankan umat Islam di negara ini.

Turut menjadi panel dalam diskusi itu adalah Dr Rani Othman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam) manakala Shariden Mahavira bertindak sebagai pengerusinya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selalu menyebut, bagaimana Umno boleh membuat tuduhan itu sedangkan beliau sendiripun bukan beragama Kristian.

Teresa pula selalu dituduh cuba menyebarkan agama Kristian di kalangan penganut Islam di negara ini.

Menjawab persoalan ini, Teresa berkata, ini adalah tuduhan melulu yang tidak berasas sama sekali.

"Dalam keluarga saya, hanya saya dan ibu saya sahaja Kristian. Bapa dan adik-adik saya Budhist.

"Kalau saya nak usaha tarik masuk Kristian, misalnya untuk menarik YB Dr Rani, baik saya ajak ayah dan adik saya masuk Kristian dulu," katanya.

Ketika ditanya penyataan beberapa bekas pendakwah Kristian yang mengatakan ada orang Kristian yang cuba mendakwah orang Islam, Teresa berkata, beliau tidak menafikan perkara itu.

"Memang ada tetapi terlalu kecil bilangannya. Orang Kristian, tidak ramai yang gigih untuk menyebarkan agama. Mereka lebih anggap, agama adalah hubungan antara dia dengan Tuhan sahaja," kata Teresa.

Bagi Teresa, isu ini hanya menjadi isu selepas pilihan raya umum 2008 dan bersifat agenda politik untuk melawan Pakatan Rakyat.

Isu Felda bakal gugat 54 kerusi Parlimen milik BN


KUALA LUMPUR, 14 Dis — Peneroka Felda di seluruh negara memberi amaran akan melakukan “transformasi politik” pada pilihan raya umum ke-13 — didakwa akan memberi kesan buruk kepada Umno BN, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan.

Menurut Mazlan Aliman, pihaknya menjangkakan kemungkinan itu melihat kepada siri isu melibatkan Felda sejak kebelakangan ini termasuk soal penyenaraian di Bursa Malaysia.

Kawasan Felda dan perkampungan Orang Asli selama ini dilihat sebagai “deposit tetap” bagi Barisan Nasional dalam setiap pilihan raya.

Mazlan menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menarik balik cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) jika benar-benar mahu membela kepentingan warga Felda.

Penyenaraian yang dijangka dijalankan pertengahan tahun depan turut dibantah oleh peneroka atas alasan mereka tidak mendapat maklumat tepat dan menyeluruh.

Justeru Mazlan berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan positif daripada pejabat Perdana Menteri mengenai surat permohonan untuk bertemu Najib pada 20 Disember ini.

Pertemuan itu bagi menuntut Najib memecat Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa menyebabkan “huru-hura” dalam pengurusan Felda dan mengekalkan kedudukan Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda.

Tuntutan agar Isa dipecat juga kerana beliau dilihat sangat bersungguh-sungguh mahu FGVH disenaraikan ke BSKL, diyakini untuk mengaut keuntungan bagi kroninya dalam pada aset peneroka akan tergadai.

Sementara itu, arahan bercuti terhadap Dzulkifli, kata Mazlan merupakan cara untuk menyingkirkan beliau kerana dianggap sebagai penghalang usaha Isa untuk penyenaraian FGVH.

“Kami bersedia berdepan dengan golongan pengkhianat ini. Mereka adalah penjajah moden yang mahu merampas hak rakyat,” kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

“Perdana Menteri mesti ada pendirian tegas dan meraikan warga Felda yang selama ini sabgai setia kepada kerajaan Umno BN.

“Jika tidak, pengundi Felda di 54 kerusi Parlimen dan 92 kerusi Dewan Undangan Negeri bersedia membuat transformasi politik yang bakal menggegarkan keputusan pilihan raya ke-13 nanti,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Mazlan menegaskan, apa yang dibimbangi peneroka ketika ini adalah mengenai masa depan Felda yang semakin malap apabila FGVH disenaraikan kerana 360,067 hektar tanah milik mereka akan dicagarkan kepada FGVH selama 99 tahun.

“Bukan itu sahaja, proses penyenaraian FGVH akan melibatkan Felda menjual kesemua sahamnya dalam FGVH. Sebab itulah Datuk Dzul menentang usaha penyenaraian ini dan peneroak tetap setia di belakang beliau,” kata Mazlan.

Tambah memburukkan keadaan, tanah-tanah kosong di Felda yang selama ini dimanfaatkan untuk tanaman kontan, industri kecil, perumahan generasi kedua Felda dan projek hiliran akan menjadi milik FGVH.

Tanah yang dipohon pada masa hadapan juga menjadi hak FGVH bersimbolkan Felda manakala FGVH akan berkuasa penuh dengan istilah “diberi kenikmatan aman sentosa”.

“FGVH mendapat hak kawalan mutlak ke atas tanaman, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang sedia ada dan pada masa depan termasuk mengenai jenis kontrak jual beli hasil dan harga.

“FGVH juga akan mengendalikan aktiviti menanam semula dan menerima segala insentif daripada kerajaan serta menyelenggara dan membina infrastruktur yang diperlukan. FGVH bakal menelan Felda,” kata Mazlan.

Cuba halang Felda dari musnah


ISU penghinaan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad terhadap Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsudin Othman sangat mengaibkan. Semuanya itu gara-gara terlalu ghairah untuk menyenaraikan Felda Global Venture di Bursa Saham Kuala Lumpur. Sedangkan tiada penjelasan konkrit dimajukan kepada semua peneroka, malah terdapat butiran yang meragukan. .


Ikuti kupasan menarik wartawan Harakah, M SHAFRI SHAMSUDIN bersama Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman di Pejabat Harakah, baru-baru ini

WARTAWAN: Apa pendirian Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) terhadap ucapan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menghina Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsudin Othman dan Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) baru-baru ini...
MAZLAN ALIMAN: Anak melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dikeluarkan Isa terhadap Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsudin Othman. Ucapan itu bukan sahaja penghinaan buat Shamsudin tetapi juga kepada 1.6 juta warga peneroka Felda.

Sebab itu kita bersetuju dan menyokong penuh pendirian Shamsudin yang memberi kata dua kepada Isa agar beliau memohon maaf dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya di lima media utama.

Kegagalan Isa berbuat demikian akan menyebabkan Shamsudin akan mengambil tindakan Perkara ini sepatutnya menjadi peringatan bukan hanya kepada Isa tetapi juga kepada tokoh lain, supaya menghargai dan menghormati usaha yang dilakukan peneroka selama ini.

Sejak Felda ditubuhkan pada 1956, warga peneroka inilah yang bertungkus lumus dengan pengorbanan dan keringat mereka berbanding dengan Isa yang baru beberapa bulan menjadi pengerusi Felda secara kontrak. Jadi tentulah tidak wajar kenyataan Isa yang menghina Shamsudin, JKPP dan warga peneroka seluruhnya.

Sebenarnya penerangan macam mana yang peneroka mahukan daripada penyenaraian Felda Global Venture?

Apa yang penting ingin saya ditekankan ialah tentang kegusaran, kebimbangan dan perasaan ingin tahu, wajar sepatutnya diberi pertimbangan pihak kerajaan sebelum tindakan menyenaraikan Felda Global Venture dilakukan.

Perlu diingat, Shamsudin selaku Ketua Peneroka. Beliau patut dimaklumkan isi dan terma penyenaraian. Anak juga mendapat maklumat tentang kebimbangan ini dan juga perkara yang masih samar-samar daripada pengetahuan kita.

Sebagai satu contoh bila mereka mahu menyenaraikan Felda Global Venture, mengapa mereka harus mengusik harta yang ada dalam Felda?

Sedangkan saya difahamkan amalan penyenaraian manamana syarikat di bursa, mereka tidak akan usik teras itu. Ia adalah satu jaminan kepada masa hadapan. Tetapi apabila mereka nak menyenaraikan Felda Global Venture, untuk apa tanah Felda Plantations seluas 360,000 hektar dipajak kepada Felda Global Venture. Ini menjadi persoalan?

Sebelum ini pajakan tersebut, saya difahamkan adalah 60 tahun tetapi dilanjutkan kepada 99 tahun. Tanah itu juga telah ditanam kelapa sawit sejak 1990an ertinya daripada 360,000 hektar tanah yang dipajak itu ia telah membawa unjuran pendapatan pada 2010 sahaja lebih RM2 bilion.

Jadi apa yang berlaku?

Tiba-tiba melalui perjanjian pajakan yang dijangka akan ditandatangani pada 1 Januari 2012, Felda hanya mendapat lebih kurang RM251 juta sahaja setahun. Perkara itu tidak ada satu jaminan adakah nilai pajakan tersebut dipertahankan jika berlaku kejatuhan nilai komuniti.

Kedua tanah ini adalah milik kerajaan negeri dan difahamkan Felda Global Venture dalam proses bertemu dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan hak milik. Sebab ada kes tanah ini tidak dapat hak milik lagi.

Tanah ini dulu diperolehi dengan tujuan matlamat awalnya adalah untuk diberi kepada rakyat.

Apabila tanah ini ditukar plan daripada diberi kepada rakyat kepada buat plantation, ini satu pengkhianatan atas apa yang telah diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

Jadi, kita minta kerajaan negeri jangan bersetuju dengan polisi ini apatah lagi sudahlah mereka buat dalam bentuk estet, lepas itu tanah ini nak dipajak pula selama 99 tahun.

Maknanya kerajaan negeri tak dapat apa-apa?

Kerajaan negeri tidak boleh dapat apa-apa manfaat daripada tanah ini selain daripada premium dan cukai tahunan yang dibayar oleh Felda. Jadi kita minta kerajaan negeri dapat mengambil satu pendirian yang jelas oleh kerana matlamat pemberian tanah ini telah tersasar, kita minta kerajaan negeri jangan berbuat demikian dan sebagai langkah pertama Anak bersama wakil peneroka akan menyerahkan memorandum kepada negeri pertama iaitu Pahang

Sebab kita pilih Pahang kerana negeri itu keluasannya terbesar. Tanah Felda Plantations iaitu sekitar 143,000 hektar.

Kita akan serahkan memo ini pada 9 Disember akan datang dan kemudian kita akan pergi ke negeri lain termasuk Johor, Sabah dan sebagainya.

Dalam masa yang sama juga bila dipajak tanah ini, ia bukan hanya pajak tanah 360,000 hektar ini, tetapi berdasarkan maklumat yang kita perolehi, tanah yang terdapat dalam kawasan Felda yang tidak dibangunkan dan sebahagiannya masih kosong atau ditanam tanaman kontan oleh peneroka atau anak peneroka serta projek tertentu. Tanah ini juga nanti dalam perjanjian akan menjadi milik Felda Plantations untuk dipajak dan bayangkan keluasannya puluhan ribu hektar di seluruh negara.

Jadi apa sebenarnya masalah jika tanah itu menjadi milik Felda Plantations?

Bagi saya ia sesuatu yang sangat bahaya kerana tanah ini adalah yang digazetkan terutama sekali jika ada keperluan membina rumah generasi kedua atau mendirikan aktiviti perniagaan, komersial, bangunan atau pelancongan seperti homestay dan sebagainya.

Kalau tanah ini digazetkan kepada Felda Global Venture ertinya anak peneroka dan akan menghadapi kesukaran mendapat mendapatkan tanah ini.

Sedangkan amalan sebelum ini, ia di bawah kerajaan negeri walaupun Felda yang menguruskan tapi kalau mereka nak mohon tanah ini akan dirujuk kepada kerajaan negeri dan ruang itu masih ada. Tetapi jika diserahkan kepada Felda Global Venture ruang itu pastinya dah tertutup.

Keduanya, tanah yang bakal dipohon selepas ini jika Felda Global Venture masih kekurangan tanah, maknanya permohonan selepas ini adalah kepada Felda Global Venture, ertinya hak yang sebelum ini diperolehi oleh Felda sudah tiada lagi. Semuanya dibolot oleh Felda Global Venture. Ini sesuatu yang amat berbahaya kepada kerajaan negeri dan rakyat.

Apa kesannya apabila ia disenaraikan di Bursa Saham?

Apabila disenaraikan di Bursa Malaysia, ekuiti Koperasi Permodalan Felda (KPL) ada 51 peratus melalui Felda Holding. Felda Holding ini dia melabur di 47 anak syarikat Felda. Sebahagian daripada pelaburan ini membawa keuntungan yang besar kepada KPL.

Tetapi apabila dia dilistkan di Bursa Malaysia yang selama ini kepentingan koperasi Felda adalah majoriti 51 peratus, apabila distruktur semula kepentingan KPL hanya tinggal 30 peratus sahaja. Ertinya mereka minoriti. Bila mereka minoriti yang menguasai kepentingan di Bursa Malaysia adalah Felda Global Venture.

Bayangkan sebahagian besar saham itu akan dikuasai pelabur luar. Ini membawa makna kalaupun peneroka dikatakan beroleh durian runtuh, ia bersifat one off sahaja. Sekali bagi itu katakan 15,000 unit dan apabila dijual ia tiada apa kepentingan lagi. Ini membawa maksud penguasaan atau monopoli Felda sebagai institusi Bumiputera akan berakhir kerana majoriti daripada saham itu akan dibeli oleh pelabur asing.

Jadi ketika ini pemimpin Umno konon menyebut kepentingan Melayu ketika masa yang sama juga mereka menggadai kepentingan Melayu di Felda kepada syarikat asing.

Jadi kalau mereka nak tuduh sesiapa yang menentang penyenaraian ini sebagai pengkhianat sebagai mana kata Isa, sebenarnya pemimpin Umnolah pengkhianat. Hujahnya merekalah yang nak menggadai semua kepentingan Melayu Felda kepada syarikat asing.

Bila Felda Global Venture disenarai apa yang Felda dapat daripadanya?

Selama ini Felda mendapat RM2 bilion daripada Felda Plantations sebagai pendapatan.

Kemudian dicampur dengan anak syarikat. Saya nak rujuk pendapatan Felda pada 2010 berjumlah RM2386.9 bilion.

Perbelanjaan Felda pada 2010 RM198.76 bilion, ertinya ada lebihan RM406 juta. Bila dilistkan berdasarkan perjanjian yang akan ditandatangani Januari ini, Felda Global Venture akan berkongsi keuntungan dengan Felda.

Felda akan diberi sekitar 15 peratus sahaja. Ertinya Felda akan terima RM257 juta.

Kemudian dicampur RM251 juta nilai pajakan ia berjumlah RM508 juta sahaja. Sedangkan perbelanjaan Felda pada 2010 RM1.9 bilion ertinya Felda akan menanggung defisit setiap tahun RM1.3 bilion.

Isu inilah dikongsi sama oleh Anak dan Shamsudin di mana Felda akan dapatkan duit ini?

Setiap tahun diperlukan RM1.7 bilion hingga RM1.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan sosio ekonomi peneroka.

Kerajaan kali terakhir memberi bantuan kepada Felda pada 1996 berjumlah RM100 juta sahaja. Kalau RM100 juta pun kerajaan kemudian arah berhentikan dan suruh Felda cari duit sendiri, inikan pula nak bagi sampai RM1.3 bilion.

Mungkin kerajaan akan bantu...

Saya fikir mustahil untuk kerajaan berbuat demikian. Soalnya sekarang sepatutnya bila nak disenaraikan mestilah lebih baik. Apa manfaat kononnya ia memberi kebaikan kepada peneroka jika perkara sebegini berlaku. Pendapatan berkurangan daripada RM2.3 bilion tingga RM508 juta apa manfaatnya.

Bagi saya ini satu bala atau “projek gali kubur” untuk menguburkan warga Felda. Maknanya ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal tetiba dipukul canang kononnya penyeneraian akan membawa keuntungan besar tetapi hilang punca pendapatan.

Islam bukan agama orang Melayu sahaja


SEBAGAI insan bergelar Muslim, sewajarnya kita wajib bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana termasuk hamba-hamba-Nya yang terpilih untuk menerima Islam sebagai agama dan pegangan hidup yang sempurna dan menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Ini kerana tidak semua manusia beragama Islam atau menerima Islam sebagai pegangan hidup untuk meraih kejayaan di akhirat kelak.

Justeru, kebetulan Allah jadikan kebanyakan daripada kita sebagai orang Melayu, maka adat biasa menghukum bahawa kita sekali gus beragama Islam, tetapi apakah benar fakta tersebut?
Begitu juga kalau kita menelaah bangsa Arab khususnya di negaranegara Timur Tengah atau teluk, kebanyakan mereka beragama Islam, ada juga orang Arab tidak Islam, dan ramai juga yang berfahaman anti-Islam, maka benarlah bahawa bukan semua orang Melayu itu Islam, dan bukan juga orang Arab itu Islam, maka Islam adalah hak semua bangsa di dunia.

Menurut kaca mata Islam, bahawa Allah SWT dan Rasul-Nya Muhammad tidak pernah sama sekali meletakkan syarat bahawa orang yang hanya beragama Islam adalah Arab atau Melayu sahaja, akan tetapi Allah SWT meletakkan syarat paling utama amalan seseorang hamba itu diterima di sisi-Nya ialah bertakwa kepada-Nya dengan sebenar-benar takwa, iaitu melaksanakan segala suruhan dan perintah-Nya, serta meninggalkan segala tegahan dan larangannya dengan penuh rasa tunduk yang tidak berbelah bahagi.

Itulah hebatnya Islam, ia menjadi hak milik kepada sesiapa sahaja di kalangan manusia di dunia ini, tanpa mengira jantina, umur, bangsa, kedudukan dalam masyarakat, tua atau muda, semuanya adalah sama kecuali yang membezakan mereka adalah tahap takwa di sisi Allah SWT.

Justeru, orang Melayu tidak boleh mendabik dada bahawa mereka adalah bangsa yang hebat kerana menjadi orang Islam.

Memang benar Islamlah yang telah menjadikan kita hebat, hebat apabila kita benar-benar merealisasikan segenap tuntutan agama dengan bersolat jemaah di masjid/surau, menghadiri kelas-kelas pengajian fardu ain, mendiskusikan pengajian ilmu hadis, tafsir, fiqh, sirah Nabi dan membaca al-Quran serta memerhatikan segenap isi-isi kandungannya dan sebagainya.

Ini kerana ramai di kalangan orang Melayu Islam hanya menjadi Muslim kerana faktor keturunan atau baka, kerana namanama mereka tercatat dalam kad pengenalan dan sijil lahir sebagai anak-anak orang Islam, tetapi pada hakikatnya set minda mereka tidak terhimpun langsung informasi mengenai agama Islam. Jika diajukan kepada mereka tentang persoalan agama yang datang dari bukan Islam, mereka akan cari jalan bagaimana untuk mengelak atau menjawab jawapan yang tidak menepati acuan Islam itu sendiri.

Melayu perlu depani ajaran Islam

Benarkah orang Melayu Islam dalam negara kita ini merealisasikan ajaran Islam dalam segenap aspek kehidupan mereka? Inilah soalan yang sukar untuk dijawab. Namun apabila kita melihat secara jujur apa yang berlaku di kalangan mereka tidak 100 peratus mereka menjadi pengamal kepada ajaran Islam sebenar.

Ini kerana ramai di kalangan orang Melayu yang menjadi penagih dadah tegar (bukan untuk mengaibkan kelemahan sendiri), mat rempit, peragut dan lainlain, tetapi ia adalah hakikat untuk direnung bersama oleh semua peringkat kepimpinan, sama ada di peringkat kepimpinan negara, institusi masjid, Kementerian Pelajaran dan siapa pun mereka.

Di bidang hiburan pula, orang Melayu/Islam juga menjuarai kebanyakan program-program realiti, termasuk Akademi Fantasia, Raja Lawak, Maha Raja Lawak Mega, Mentor, Anda hanya ada 60 saat, Anak Wayang, Jom Heboh dan bermacam-macam lagi jenis hiburan yang dikuasai anak-anak remaja Melayu dengan penampilan yang tidak melambangkan sebagai Muslim/Muslimah contoh kepada yang lain.

Persoalannya di sini, apakah kita hanya boleh berbangga kebetulan nama kita Islam seperti menggunakan nama-nama Allah 99 itu, nama para anbiya, nama para sahabat dan lain-lain.

Sesungguhnya Islam sama sekali tidak pernah mengajar penganutnya mempertahankan nama sahaja tanpa beramal dengan isi kandungannya. Kalau keyakinan orang Melayu pada hari ini meyakini bahawa nama mereka adalah Islam dan layak boleh masuk syurga adalah satu pandangan yang cukup meleset dan tersasar jauh daripada ajaran Islam.

Ini kerana di zaman baginda Rasulullah s.a.w., jelas terbukti ramai di kalangan individu yang bernama Islam pun masuk neraka Allah seperti Abdullah bin Ubai bin Salul (munafiq paling besar dan berbahaya), Abdullah Bin Saba’ (Yahudi yang cukup licik) dan lain-lain dijanjikan neraka dan mati bukan dalam mengucap dua kalimah syahadah.

Di bidang persada politik pula, para pemimpin daripada parti Melayu sering menjuarai isu-isu Islam dengan kononnya sanggup membela Islam dalam perhimpunan-perhimpunan saban tahun diadakan, terdapat wanitanya yang gagal untuk ke Dewan Rakyat bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan rasuah, tetapi dalam perhimpunan partinya, ia melenting hingga menyinsing lengan baju untuk menyatakan komitmennya memerangi rasuah. Apakah tindakan itu boleh kita katakan sebagai hipokrit? Cubalah kita cari jawapannya.

Mari sama-sama kita tanyakan diri kita sendiri, apakah benar kita menjadi pengamal segenap ajaran Islam yang terkandung dalam institusi pendidikan, kemasyarakatan, kepimpinan negara, akhlak bermuamalah sesama Muslim dan bukan Islam hingga kita boleh dijadikan sebagai role model sama seperti yang pernah ditonjolkan oleh para sahabat baginda s.a.w. satu ketika dahulu.

Ataupun kita menjadi penghalang kemasukan bangsa-bangsa lain selain Melayu di Malaysia ini ke dalam agama Islam. Pernahkah kita mengislamkan tetangga kita, rakan-rakan rapat kita yang bukan Melayu ke dalam Islam, kalau kita kata orang Melayu semuanya Islam. Kita takut di akhirat nanti Allah menempelak kita kerana tidak bersungguh-sungguh mempromosi Islam kepada mereka yang berhak untuk menjadi orang Islam.

Justeru, sepatutnya bidang penyiaran khususnya kaca televisyen, radio, surat khabar yang menjadi tumpuan umum ditugaskan semaksimum mungkin untuk mengisi rancanganrancangan berbentuk pendidikan akhlak yang dijelmakan daripada inspirasi al-Quran, hadis serta sirah Nabi Muhammad s.a.w. bagaimana baginda berjaya mengislamkan bangsa-bangsa manusia di Madinah menjadi muslim yang komited kepada agama yang dikenali sebagai masyarakat majmuk.

Mudah-mudahan kita tingkatkan usaha untuk menjadi individu-individu muslim yang beramal dengan Islam dalam segenap tuntutan ajaran agama, di samping menonjolkan penampilan muslim yang komited kepada agama, agar ia tidak menjadi ‘back fire’ kepada diri kita pada hari kiamat kerana tindakan kita itu seolah-olah telah memfitnah Islam. Samasamalah kita fikirkan.

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)


SKIM MIKROKREDIT SELANGOR (skimSEL)

Monday, December 12, 2011


Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor telah mengisytiharkan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri berasingan dari Pusat sekiranya dipanggil sebelum Jun 2012.

Bagi saya sebagai anak jati Selangor, ia adalah tindakan bijak. Umno yang memerintah Kerajaan Pusat telah sekian lama menikmati kelebihan menentukan tarikh pilihan raya seluruh Malaysia



Sering kali parti-parti yang bukan Barisan Nasional terperangkap dan tidak bersedia sepenuhnya angkara perkara ini.

Pertama kali dalam sejarah, Umno dipulangkan paku buah keras. Saya lihat sendiri betapa gusarnya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terhadap keputusan Menteri Besar Selangor ini. Datuk Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dengan secara terbuka mengecam keputusan Yang Amat Berhomat Menteri Besar Selangor ini.

Namun alasan-alasan yang diberikan oleh beliau di blog beliau (nohomar.net/portal) adalah sangat-sangat dangkal, bagi saya. Alasan pertama yang diberikan adalah faktor kos yang bertambah akibat pilihanraya berasingan.

Sekiranya kos dijadikan isu, mengapa dibiarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar berasingan dari Parlimen? Tidakkah boleh tarikh pembubaran Dewan di Sarawak diselaraskan dengan Pusat seperti yang dilakukan di Sabah?

Sudahkah Noh Omar lupa satu masa dahulu Dewan Undangan Negeri Sabah juga dibubarkan berasingan dari Pusat/Parlimen? Namun, boleh pula diselaraskan. Noh Omar perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya mengapa Kerajaan Barisan Nasional tidak menyelaraskan tarikh pilihan raya di Sarawak sama seperti di Pusat? Selepas penjelasan itu barulah Noh Omar berhak mengkritik keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor.

Lagi pula, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghabiskan tempoh sah Parlimen. Dengan kata lain, secara tidak langsung Dr Mahathir menyokong keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor itu.

felda sedang menuju kehancuran.....


Sebagaimana pengakuan Muhyiddin dan Najib PRU kali ini adalah ibu kepada semua pilihanraya dalan sejarah negara kita. Apa tidaknya, pilihanraya kali ini seolah-olah piihanraya untuk memilih di antara UMNO atau pun memilih rakyat.

Sekarang ini adalah pilihan di anatara mengekalkan kepimpinan UMNO yang mahukan segala agenda peribadi mereka disokong ramai.



Satu lagi pilihan ialah untuk memilih agenda perubahan untuk rakyat yang inginkan kesatuan di antara kaum dalam kehidupan seharian dan menolak keghairahan kepimpinan yang menyanyikan lagu-lagu rasis yang menebal. Pemimpn-pemimpin di atas mahukan rakyat berpecah kerana UMNO sekarang ini wujud di atas keadaan Melayu yang berpecah pada tahun 1988 dahulu.

Berlainan dengan UMNO yang di tubuhkan pada 11hb Mei 1946 dahulu. UMNO dahulu wujud di atas penyatuan rakyat Melayu yang ramai dengan matlamat mencapai kemerdekaan dan seterusnya untuk mengisi kemerdekaan negara. UMNO yang baru ini wujud di atas perpecahan umat Melayu dan ada pemimpin yang sedang memegang kuasa mengambil kesempatan untuk membawa puaknya jauh dari UMNO yng dibiarnya mati itu.

UMNO sebenarnya tidak boleh langsung menyalahkan mana-mana pihak termasuk pembangkang kerana kelemahan yang mereka alami sekarang. Kesalahan berada di pihak UMNO sendiri. UMNO itu mempunyai infrastruktor yang sangat besar untuk mempertahankan benteng mereka kerana telah menjadi pemerintah begitu lama. Tetapi yang menyebabkan parti itu menjunam ialah kerana ‘culture’ yang terbentuk sejak dua tiga dekad yang lalu yang telah memecahkan segala benteng pertahanan parti itu secara beransur-ansur.

Di mana sahaja UMNO masuk campur yang baik akan menjadi lemah, yang teratur akan menjadi lintang pukang dan yang telah teguh dan berjaya akan mengalami kerosakan dan kerugian yang besar. Contoh-contohnya banyak. Di antara contohnya ialah apa yang berlaku ke atas Felda sekarang. Sebelum itu kita telah lihat bagaimana MAS telah kerugian berbillion billion ringgit setelah ia mula di serahkan kepada Tajuddin Ramli dahulu. Banyak lagi contoh yang kita boleh lihat dalam mana konsep pengswastaan serta ‘corporatization’ ciptaan Dr Mahathir dahulu.

Banyak syarikat-syarikat kerajaan yang gagah yang dipegang oleh kerajaan dahulu telah rosak kerana budaya tadbiran negara yang tidak jujur. Sekarang ramai yang meminta, bukan sahaja saya dan ramai lagi untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di Felda sekarang ini.

Sebenarnya apa yang berlaku di dalam Felda ini memang sudah dijangkakan apabila perbadanan ini telah di pindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dahulu. Felda yang begitu mantap yang telah dikembangkan dan dimajukan di bawah pengurusan Raja Tan Sri Alias dahulu menjadi tempat pemimpin yang kelaparan untuk mengambil alih. Ramai yang telah melihat Felda dengan air liur yang meleleh seperti anjing nampak tulang.

Mereka-mereka ini kalau di suruh untuk membina sesuatu dengan baik tidak ada kemampuan dan kepandaian. Tetapi bila sudah maju merekalah yang masuk campur dan ingin menjadi hero dan ada pula yang ingin ‘topple-menopple' dalam badan yang sangat kaya itu.

Apabila pengerusi kepada Lembaga Pengarah Felda sudah masuk campur dan menggunakan pengaruh untuk mengambil alih KPF baru-baru ini ramai yang berfikir telah menjangkakan yang situasi yang sedang di hadapi Felda dan peneroka sekarang ini akan berlaku.

Saya ingin menulis dengan detail apa yang berlaku di dalam Felda ini. Hanya saya hendak menunggu waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Pengurus Besar perbadanan ini, Dato Zulkifli Wahab yang sudah di arah untuk bercuti selama lapan bulan ini.

Apabila sudah berlaku perkara seperti ini saya jangkakan Felda tidak akan menjadi Felda lagi. Kerajaan pimpinan Najib memang terkenal dengan tidak mampu untuk membina kemajuan, tetapi beliau terkenal dengan menjahanamkan apa yang sudah kuat hasil kemampuan pimpinan dahulu dan etika pentadbiran yang tinggi yang sudah tiada di zaman ini.

Di tambah pula dengan kemasukan TS Isa Samad kedalamnya…..peneroka akan di porak perandakan dan apa yang peneroka dapat ialah elemen kuku besi yang sedang terbentuk di dalam Felda sekarang. Nak membangunkan tidak ada kemampuan…maka kerja mereka ini hanyalah untuk meruntuhkan sahaja.

Insyaallah saya akan menulis tentang apa yang berlaku dalam Felda ini serta implikasi yang akan di hadapi oleh peneroka serta implikasi yang akan di hadapi oleh FELDA keseluruhannya.

Buat setakat ini, peneroka hanya perlu hafalkan satu perbilangan, iaitu ‘ibarat menanam pohon yang condong, pohonnya berada di halaman peneroka, buahnya jatuh ke halaman orang lain.'

ATAU pun ingat kepada satu lagi, ‘peneroka di jadikan seperti kerbau untuk membajak sawah pagi dan petang, tetapi hasilnya di baham oleh tikus-tikus yang gemuk di kepuk padi’

Penghormatan Sejarah Buat Sultan Abdul Halim


ALOR SETAR, 12 Dis: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang akan melaksanakan amanah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula adalah sebagai satu penghormatan bersejarah kepada baginda.

“Sesungguhnya, penghormatan bersejarah bagi kali kedua kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ini, adalah satu kebanggaan bagi patik-patik sekalian dan patik berdoa agar Ke Bawah Duli Tuanku berdua, sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta memerintah dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan keamanan di atas takhta singgahsana Kerajaan Persekutuan,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Istiadat Perlantikan Jemaah Pemangku Sultan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini, pagi tadi.

Sehubungan itu, beliau yang mewakili semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat dengan penuh hormat dan takzimnya menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikann Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 itu.

Bagi memastikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri yang tercinta itu terus kekal dan terpelihara, beliau mewakili kerajaan negeri, kakitangan awam dan rakyat berikrar dengan penuh taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri terus terjamin.

“Agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus didokong, hubungan baik kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dijaga serta mengekalkan perpaduan antara pelbagai kaum di kalangan rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Pastinya, kata beliau pesanan serta pandangan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah selama ini yang sentiasa memberi pandangan yang konstruktif, memberi galakan dan tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat sekalian serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan di negeri Kedah yang dicintai, menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri.

Beliau dan seluruh hamba turut berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan dan mempermudahkan segala urusan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Yang di-Pertuan Agong serta mendapat hidayah-Nya.

Pada istiadat tersebut, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melantik satu Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang terdiri daripada adinda baginda, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Tunku Annuar dilantik sebagai pengerusi Jemaah Pemangku Sultan.

Upacara mengangkat sumpah semua anggota jemaah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun.

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011


Kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):


Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.1.

• Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:

Pada masa Rasulullah saw. pernah terjadi gerhana matahari. Saat itu Rasulullah saw. melakukan salat gerhana, beliau berdiri sangat lama dan rukuk juga sangat lama, lalu mengangkat kepala dan berdiri lama, tapi tidak seperti lamanya berdiri pertama. Kemudian beliau rukuk lama, tapi tidak seperti lamanya rukuk pertama. Selanjutnya beliau sujud. Kemudian berdiri lama, namun tidak seperti lamanya berdiri pertama, rukuk cukup lama, namun tidak selama rukuk pertama, mengangkat kepala, lalu berdiri lama, tapi tidak seperti lamanya berdiri pertama, rukuk cukup lama, tapi tidak seperti lamanya rukuk pertama, lalu sujud dan selesai. Ketika salat usai matahari sudah nampak sempurna kembali. Beliau berkhutbah di hadapan kaum muslimin, memuji Allah dan menyanjung-Nya, dan bersabda: Sesungguhnya matahari dan rembulan itu termasuk tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya terjadi gerhana bukan karena kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, jika kalian melihat keduanya gerhana, maka bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, kerjakanlah salat dan bersedekahlah! Hai umat Muhammad, tidak seorang pun lebih cemburu daripada Allah, bila hambanya, lelaki maupun perempuan, berbuat zina. Hai umat Muhammad, demi Allah, seandainya kalian tahu apa yang kuketahui, tentu kalian banyak menangis dan sedikit tertawa. Ingatlah! Bukankah aku telah menyampaikan. (Shahih Muslim No.1499)

• Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:

Dari Nabi saw. bahwa beliau melaksanakan salat gerhana dua rakaat dengan empat kali rukuk, dan empat kali sujud dalan satu rakaat. (Shahih Muslim No.1503)

2. Surga dan neraka yang diperlihatkan kepada Rasulullah saw. saat melaksanakan salat gerhana

• Hadis riwayat Asma ra.:

Dari Fatimah, bahwa Asma berkata: Pada masa Rasulullah saw. pernah terjadi gerhana matahari. Aku datang menemui Aisyah yang ketika itu sedang salat dan aku bertanya: Ada apa dengan orang-orang, kenapa mereka melakukan salat? Aisyah memberi isyarat dengan kepalanya ke arah langit. Aku bertanya lagi: Tanda kebesaran Allah? Aisyah menjawab: Ya. Rasulullah saw. berdiri lama sekali (dalam salat) hingga kepalaku pusing, lalu aku ambil qirbah (tempat air dari kulit), meletakkannya di sampingku. Aku siram kepala atau wajahku dengan air. Ketika selesai salat matahari telah muncul kembali. Kemudian Rasulullah saw. berkhutbah kepada kaum muslimin. Beliau memuji dan menyanjung Allah. Lalu bersabda: Selanjutnya. Apa yang belum pernah aku lihat, telah dapat kulihat di tempatku ini, termasuk surga dan neraka. Telah diwahyukan kepadaku, bahwa kalian akan menerima ujian dalam kubur yang hampir menyerupai fitnah atau seperti fitnah Masih Dajjal, aku tidak tahu apa ia sebenarnya. Asma melanjutkan: Seseorang di antara kalian didatangkan dan ditanya: Apa yang engkau ketahui tentang orang ini (maksudnya Rasulullah saw.)? Orang yang beriman akan menjawab: Dia adalah Muhammad utusan Allah, yang datang kepada kami dengan membawa bukti dan petunjuk. Lalu kami menyambut dan mematuhinya. (Itu dikatakannya sebanyak tiga kali). kemudian kepadanya dikatakan: Benar! Kami memang tahu bahwa engkau beriman kepadanya. Tidurlah baik-baik! Sedangkan orang munafik atau ragu-ragu akan menjawab: Aku tidak tahu. Aku mendengar orang-orang mengatakan sesuatu lalu kuikuti saja berkata seperti itu. (Shahih Muslim No.1509)

3. Seruan melakukan salat gerhana "asshalaatu jaami`atan" (marilah salat berjamaah)

• Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata:

Tatkala gerhana matahari terjadi di masa Rasulullah saw. (manusia) diseru dengan seruan: "as-shalaatu jaami`atan" (marilah salat berjamaah). Rasulullah saw. melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat. Kemudian berdiri dan melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat (yang terakhir). Kemudian matahari nampak kembali. (Shahih Muslim No.1515)

• Hadis riwayat Abu Masud Al-Anshari ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya matahari dan rembulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Dengan kedua ayat tersebut Allah membuat rasa takut kepada hamba-hamba-Nya. Keduanya tidaklah terjadi gerhana karena kematian seorang manusia. Karena itu bila kalian melihatnya, salat dan berdoalah kepada Allah sampai hilang yang menakutkan kalian. (Shahih Muslim No.1516)

• Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata:

Tatkala terjadi gerhana matahari di masa Nabi saw., beliau bangkit terkejut, takut terjadi kiamat sampai beliau menuju mesjid. Beliau melakukan salat dengan rukuk dan sujud yang lama sekali. Tidak pernah aku melihatnya melakukan salat seperti itu. Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kebesaran yang dikirimkan Allah, gerhana ini terjadi bukan karena kematian atau kelahiran seseorang, tetapi Allah yang mengirimkannya untuk menakut-nakuti hamba-hamba-Nya. Oleh sebab itu, bila kalian melihatnya, maka bersegeralah ingat kepada-Nya, berdoa dan mohon ampunan-Nya. (Shahih Muslim No.1518)

• Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:

Bahwa ia dikabarkan dari Rasulullah saw., bahwa beliau bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak terjadi gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang, tetapi keduanya termasuk tanda kebesaran Allah. Maka jika kalian melihat gerhana, kerjakanlah salat. (Shahih Muslim No.1521)

• Hadis riwayat Mughirah bin Syu`bah ra., ia berkata:

Pada masa Rasulullah saw. pernah terjadi gerhana matahari pada hari kematian Ibrahim. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana disebabkan kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, apabila kalian melihatnya, maka berdoalah kepada Allah dan tunaikan salat hingga matahari nampak kembali. (Shahih Muslim No.1522)

Thursday, December 8, 2011

Selangor bina 10,000 rumah mampu milik


Kerajaan Selangor membuktikan keprihatinannya membela nasib rakyat apabila menjadi pelopor Skim Rumah Mampu Milik sebagai inisiatif membantu golongan berpendapatan rendah.
Menurut Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad, skim itu dilaksanakan untuk meringankan kesusahan hidup rakyat.
“Skim Perumahan Mampu Milik Selangor konsep baru, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mensasarkan untuk membina sejumlah 10,000 rumah mampu milik.
“Buat masa ini sejumlah 3,317 unit rumah kos rendah sedang dibina. Sejumlah 10,338 unit rumah kos rendah dalam proses pemulihan iaitu projek terbengkalai atau projek sakit,” katanya pada kenyataan baru-baru ini.
Katanya, proses pembinaan perumahan itu masih diteruskan selain pemulihan projek terbengkalai.
“Rumah-rumah kos rendah masih dibina di Selangor. Buat masa ini sejumlah 3,317 unit rumah kos rendah sedang dalam pembinaan.
“Sejumlah 10,338 unit rumah kos rendah dalam proses pemulihan iaitu projek terbengkalai atau projek sakit. Sementara 8,579 unit rumah kos rendah telah diluluskan untuk dibina. Jumlah rumah kos rendah yang akan siap dibina adalah 22,234 unit,” ujarnya.
Tambahnya, rumah mampu milik kerajaan Selangor jauh lebih murah berbanding Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan Selangor menurunkan sewa yang pernah dinaikkan oleh BN pada Jun 2007. Pengurangan sewa ini bagi mereka berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan atau yang mempunyai tanggungan yang ramai.
“Mereka yang hendak menyewa rumah PPR tidak perlu membayar deposit secara sekali gus. Bagi yang berpendapatan rendah, deposit boleh dibayar secara ansuran.
“Sekarang kita dalam peringkat akhir rundingan dengan sebuah bank bagi menyediakan pinjaman perumahan di bawah skim pinjaman khas untuk mereka yang tiada slip gaji iaitu yang bekerja sendiri,” katanya.

Umno Sebenarnya Tak Percaya Kepada Prinsip 1Malaysia


SHAH ALAM 8 DIS : Perhimpunan Umno yang baru selesai minggu lepas adalah bukti jelas bahawa pemimpin parti itu sebenarnya tidak ikhlas dengan prinsip 1Malaysia yang diperjuangkan presidennya. Malah, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Khalid Samad, president Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri "cakap tak serupa bikin" apabila dia melaungkan dasar masyarakat majmuk tetapi dalam masa yang sama merasmikan majlis NGO pro-ketuanan Melayu.

Khalid berkata kesimpulan yang cuba disampaikan Umno adalah mereka satu-satunya parti yang memperjuangkan hak dan kedaulatan Melayu sedangkan transformasi yang dilaung-laungkan oleh Najib meliputi rakyat majmuk yang berbilang bangsa.
Dalam sidang media yang diadakan di sini pagi tadi, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, mendakwa selepas perhimpunan Umno Najib telah merasmikan perhimpunan agung Pekida, sebuah badan yang memperjuangkan semangat ke-Melayuan yang ekstrem.
Di dalam ucapannya di dalam perhimpunan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Najib dilihat sengaja membakar semangat nasionalisme Melayu, Khalid berkata.
"Umno tidak lagi boleh memimpin negara Malaysia kerana ia telah menjadi ultra-Malay. Pekida ini satu persatuan yang selama ini Umno sendiri pun tidak berani dekati secara rasmi kerana imejnya yang 'ultra right-wing'.
"Tetapi oleh kerana stance Najib sudah berubah kepada ultra-Malay, maka dia sanggup merasmikannya dan ucapannya mengapi-apikan semangat nasionalisme Melayu dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas."
Menurut Khalid, tindakan-tindakan seperti itu sama sekali tidak dapat diterima oleh golongan bangsa Melayu yang waras akalnya apatah lagi oleh yang bukan Melayu.
"Dengan tindakan sebegini, konsep transformasi sudah gagal begitu juga dengan konsep wasatiyah atau kesederhanaan sudah dipinggirkan mereka," ujar Khalid.
Sehubungan itu, beliau berkata corak dan budaya politik tanah air seharusnya berubah menjadi lebih adil, bersih dan bertujuan membela keseluruhan anggota masyarakat tanpa mengira kumpulan atau bangsa tertentu.
"Masalah politik negara adalah dominasi Umno yang mebolehkannya mendominasi parti lain, bangsa lain, mahupun bangsa Melayu itu sendiri sehingga akhirnya Melayu terpaksa redha dengan penyelewengan dan sebagainya," kata Khalid lagi.
Khalid turut menyifatkan sokongan Wanita Umno terhadap Ketua mereka, Datuk Seri Sharizat Jalil sebagai sesuatu yang menyedihkan kerana pemimpin yang korup terus diberi sokongan semata-semata kerana khuatir kononnya dominasi Melayu dalam politik hilang.
"Sedangkan penyelewengan ini bukan didedahkan oleh Pas atau PKR, sebaliknya disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara tentang RM250 juta duit rakyat yang disalahgunakan,"jelasnya lagi.

Sikap Umno-BN bantut Kg Seri Aman



PETALING JAYA Sikap acuh tak acuh pentadbiran Umno-Barisan Nasional terdahulu berkenaan pembangunan lot tanah Kampung Seri Aman, Kuala Selangor membawa masalah kepada pentadbiran Pakatan Rakyat.
Menurut satu kenyataan media dari pejabat Menteri Besar, antara tahu 2001 hingga 2007, kerajaan negeri terdahulu telah menukar pendirian sebanyak empat kali dalam membuat keputusan berhubung pembangunan tanah lot itu.
Berdasarkan maklumat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), pada 16 Januari 2001 kerajaan negeri membenarkan cadangan pembangunan secara penswastaan kepada Westmine Development Sdn Bhd (Westmine) dan sebagai timbang balas, pemaju mestilah membina bangunan JKR, surau serta dewan.
Pada 29 Mei 2001, Pentadbir Tanah Kuala Selangor menerima permohonan rasmi dari Westmine yang telah menjalankan bancian yang mana terdapat 169 peneroka yang terlibat. Pemaju bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) bersetuju untuk menyelesaikan masalah setinggan
Kata kenyataan itu, mereka ditawarkan dengan sebuah rumah kos rendah berharga RM35,000 dan elaun perpindahan RM2,000 manakala setinggan fasa 1 diberi pilihan samada pindah ke rumah sementara atau menerima elaun sewa sebanyak RM500 sebulan.
Namun, pada 5 Disember 2005, Upen menulis surat kepada Pentadbir Tanah Selangor memberitahu bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 26 Oktober 2005 menarik balik kelulusan pembangunan penswastaan kepada Westmine, tambah kenyataan itu.
Tetapi pada 18 Oktober 2006, MMKN mengubah keputusan dengan membenarkan Westmine meneruskan kerja dan pentadbir tanah menyelesaikan masalah 27 setinggan yang terlibat dengan pembangunan Fasa 1. Pemaju diberi tempoh selama tiga bulan untuk menyelesaikan masalah setingggan.
Pada 2007, kerajaan negeri sekali lagi mengubah keputusan dengan membatalkan projek pembangunan penswastaan kepada Westmine sebaliknya meluluskan pemberimilikan tanah kepada 169 pemohon di kawasan tersebut.
Bagaimanapun kata kenyataan itu, notis 5A untuk pemilikan tanah tidak dikeluarkan kepada mereka.
Pada 15 Julai 2008, Westmine menyaman kerajaan negeri kerana membatalkan projek penswastaan. Kes saman ini memberi kesan kepada kerajaan negeri kerana kerja pembangunan tidak dapat dijalankan.
Kerajaan negeri hanya dapat meneruskan pembangunan tanah tersebut apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan saman tersebut pada 27 Oktober lalu.
Kata kenyataan itu, setelah meneliti semua aspek, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menyediakan satu penyelesaian yang menyeluruh dengan mengambil kira pembangunan yang teratur.

Tawaran rumah teres dua tingkat
Baru-baru ini, kerajaan negeri menawarkan sebuah unit rumah teres dua tingkat dengan keluasan 20’ x 60’ dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang dijual pada harga subsidi iaitu RM70,000 berbanding harga pasaran sekitar RM120,000 kepada 111 penduduk Kampung Seri Aman.
Sekiranya penduduk tidak berminat dengan tawaran pembelian ini atau tidak layak mendapat pinjaman bank/pembiayaan, kerajaan negeri akan memberi jaminan (underwrite) kepada penduduk untuk membeli semula unit tersebut pada harga RM110,000 sekaligus memberi keuntungan RM40,000 apabila unit tersebut dijual.
“Jika penduduk lebih berminat untuk memiliki tanah sedia ada tanpa kerja tanah dianggarkan sejumlah RM2 juta bagi memastikan kemudahan infrastruktur dapat disediakan untuk penduduk.
“Ini adalah satu keputusan wajar memandangkan kampung ini seringkali menghadapi masalah banjir akibat kedudukan rumah yang tidak tersusun, kemudahan jalan dan sistem perparitan yang tidak sempurna,” jelas kenyataan itu.
Kerajaan negeri perlu memastikan pemberimilikan tanah memenuhikeperluan dan perancangan pembangunan yang ditetapkan oleh
Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan mengambil kira keselamatan, kesihatan, bencana alam dan untuk kepentingan ramai.
Pilihan ini akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad kepada semua penduduk kampung yang berhak pada pertemuan yang akan ditetapkan kelak.
Justeru, dakwaan penduduk bahawa kerajaan negeri dan Menteri Besar selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok tidak melakukan sebarang tindakan adalah tidak benar sama sekali. Sepanjang kes ini dibawa ke mahkamah, kerajaan negeri tidak boleh mengadakan sebarang pembangunan.
Bagaimanapun kata kenyataan itu, kerajaan negeri faham masalah penduduk yang menunggu terlalu lama untuk mendapat pembelaaan sewajarnya.
Tambah pula, ada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengapi-apikan penduduk. Lebih malang, individu yang membuat kecoh ketika majlis dialog pada 4 Disember lalu tidak tersenarai sebagai pemilik tanah.
Menurut kenyataan itu, penyediaaan perumahan yang selesa kepada penduduk menjadi agenda penting dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
“Walaupun masalah-masalah ini ditinggalkan kerajaan negeri terdahulu, kerajaan negeri yang ada sekarang akan menyelesaikan masalah ini demi kepentingan rakyat,” terang kenyataan itu.

Tuesday, December 6, 2011

PAS: Batalkan 'penswastaan pentadbiran awam'



PAS hari ini mendesak kerajaan membatalkan hasrat mengubahsuai skim jawatan utama perkhidmatan awan peringkat JUSA dan Turus untuk membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata jika tindakan itu dilaksanakan, maka kerajaan bakal berdepan dengan kemarahan pegawai perkhidmatan awam yang lain.

"Kerajaan akan berhadapan dengan (kemarahan) pegawai sektor awam. Mereka tidak akan berdiam diri, sebab soal masa depan mereka.

"Jika kerajaan tidak membatalkan hasrat itu, kerajaan akan berhadapan dengan kebangkitan (mereka) khususnya dari kumpulan Pegawai Tadbir dan Diplomatik," katanya.

Bercakap dalam sidang media itu juga, Mahfuz berkata kabinet juga perlu membatal cadangan tersebut, sebagai menghormati dan menghargai pegawai pentadbiran awam yang lain.

"Kerajaan kena jaga ransangan dan motivasi pegawai pentadbiran awam.

"Buka kepada sektor swasta, motivasi mereka akan jatuh," katanya yang ahli parlimen Pokok Sena.

Mahfuz mengulas laporan yang menyebut semua ketua setiausaha kementerian akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula jawatan mereka secara kontrak.

Selain itu juga, turut dilaporkan mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.

Kekeruhan Sungai di S'gor: K'jaan negeri lantik pakar asing



Kerajaan Negeri Selangor telah melantik perunding antarabangsa bagi menyiasat punca kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor sejak pagi semalam.

Dalam satu kenyataan akhbar, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata, beliau telah mengarahkan pengawal selia air negeri serta juruaudit operasi dari perunding antarabangsa Halcrow untuk memeriksa empat loji rawatan.

Loji yang terlibat adalah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

“Satu laporan juga akan disediakan untuk dibentangkan pada mesyuarat majlis kerajaan negeri, Rabu ini.

“Lembaga Urusan Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan penuh tentang kejadian ini serta mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berulang,” kata Abdul Khalid.

Pada masa yang sama, katanya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) perlu membuat persediaan yang secukupnya sekiranya berlakunya gangguan bekalan air dan menasihatkan pengguna supaya berjimat cermat menggunakan air.

“Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuai sehingga menyebabkan pencemaran ini berlaku,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan kira-kira tiga juta penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air jika kejadian kekeruhan air dari Sungai Selangor ke empat loji utama di Ijok Kuala Selangor berterusan.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som dipetik berkata kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor kini menjejaskan pengeluaran air di empat loji berkenaan, yang membekalkan 60 peratus bekalan kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kesemua loji berkenaan mengalami kekurangan pengeluaran air disebabkan kandungan kekeruhan luar biasa yang dikesan di muka sauk kesemua loji berkenaan mulai pagi semalam.

"Jumlah pengeluaran air terawat di keempat-empat loji itu telah dikurangkan dari 2,460 juta liter sehari ke 1,000 juta liter sehari setelah mencatat kekeruhan luar biasa pada kadar lebih 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) pagi tsemalam berbanding 300 NTU pada keadaan biasa," katanya.

Monday, December 5, 2011

NGO, parti Islam bidas Umno kerana gagal kawal MCA





Pelbagai pihak tampil membidas apa yang dianggap mereka sebagai keceluparan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang didakwa memperlekehkan hukum Hudud dan menuntut beliau meminta maaf dari seluruh umat Islam.

Turut menjadi sasaran bidasan mereka yang berang itu adalah rakan parti komponen BN - Umno kerana didakwa tidak mengawal tingkah laku biadap rakannya itu.

“PERKASA minta Umno ajar sikit mulut celupar presiden MCA yang tidak tahu ujung pangkal menyatakan Hudud akan jatuhkan ekonomi Malaysia jika dilaksanakan di negara ini.

“Bagi PERKASA, Dr Chua masih kabur tentang Hudud. Sepatutnya dia minta nasihat Umno jika mahu buat kenyataan begini. Untuk rekod PERKASA menyokong Hudud. Itu hukum Allah,” kata setiausaha kumpulan pendesak Melayu itu, Syed Hassan Syed Ali melalui kenyataan medianya.

Menurut beliau, pemimpin Umno perlu menasihatkan presiden MCA itu supaya menarik semula kenyataannya yang salah terhadap hukumHudud.

“PERKASA tidak meminta Dr Chua memohon maaf kerana sedar beliau tidak faham tetapi perlu untuk menarik balik kenyataan yang dikeluarkan itu,” katanya sambil menambah jika tidak PERKASA akan mengajar MCA dengan secukupnya pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Berniat jahat

Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yberpendapat kenyataan Chua yang dianggap biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam.

Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim dalam satu kenyataan media berkata kenyataan Chua berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini.

“ABIM merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau.

“Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), ABIM menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini,” kata Mohamad Raimi.

Umno bersekongkol

Sementara itu, Harakahdaily pula melaporkan ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah.

"PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi.

"Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu Umno terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim dipetik akhbar rasmi PAS itu.

Katanya, sikap membisu Umno untuk menegur kebiadapan Chua membuktikan kepada umum siapa sebenarnya yang menjadi kuda tungangan.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga persuruhjaya PAS Pahang, parti itu telah berusaha membentangkan enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan tetapi ia bukan sahaja tidak disokong tetapi diperlekehkan dengan dakwaan kononnya ia bertentangan dengan hudud sebenar.

"PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, Umno seharusnya membentang hudud yang sebenar dan PAS akan pasti meyokongnya.

"Jangan hanya tahu kritik, bila diminta sampai kini gagal kemukakan yang sebenar menurut perspektif Umno," katanya.

'Ranking rasuah M'sia semakin teruk semasa Najib'



Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dalam kajian terbaru Transparency International (TI) mendapati gejala rasuah semakin buruk semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dua perdana menteri sebelumnya.

Ranking itu bukan sahaja yang terburuk dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan oleh TI Malaysia tetapi menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, adalah kedudukan terendah yang diperolehi Malaysia dalam 17 tahun sejak ia diperkenalkan pada 1995.

Keputusan ranking 2011 yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan terdapat kemerosotan dalam kedudukan Malaysia yang jatuh dari tangga 56 tahun lalu ke tangga 60 tahun ini daripada 183 negara yang dikaji.

Malaysia kali ini hanya mencatatkan 4.3 mata - kejatuhan berturut-turut kali ketiga sejak 2009. (Di bawah sistem pemarkahan, 10 adalah 'bersih' manakala 0 ialah 'amalan rasuah tegar'.)

Terjerumus

Lim dalam kenyataan akhbarnya, hari ini berkata, dalam tempoh sembilan tahun dari 1995 semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, markah yang dicatatkan oleh negara berlegar antara 4.8 pada tahun 2000 dan 5.3 pada tahun 1996. Ranking negara jatuh 14 kedudukan dari tangga 23 pada tahun 1995 ke tangga 37 pada tahun 2003.

Manakala sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, kedudukan negara terjerumus 10 lagi kedudukan daripada 37 pada tahun 2003 kepada 47 pada tahun 2008. Lim berkata markah markah CPI negara terperangkap di antara 5.0 dan 5.1.

Walau bagaimanapun, sepanjang dua tahun setengah pentadbiran Najib, ranking CPI Malaysia mencatatkan kedudukan paling buruk dalam pelbagai aspek.

Felda bakal hancur :JKPP kecewa keceluparan Isa Samad


Kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam satu majlis di Kuala Pilah yang menghina Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), Shamsuddin Othman, dilihat sebagai menghasut peneroka membenci beliau dan tidak menghormati dirinya selaku ketua peneroka dan seluruh pimpinan JKPP.



Othman berkata sebagai Pengerusi Felda yang mempunyai pengalaman yang luas pernah menjawat Menteri Wilayah dan Menteri Besar Negeri Sembilan, tidak seharusnya mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.
“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti nak melempang, munafik, nak takir (ketuk) kepala saya. Saya rasa ini perkataan hanya dikeluarkan oleh budak-budak sahaja.

“Pada saya ucapan yang dikeluarkan (Isa) adalah menggambarkan pemimpin yang tidak matang yang nak memimpin masyarakat peneroka,” tegasnya.

Selama ini katanya, pemimpin peneroka sentiasa dihormati oleh kerajaan mahupun pemimpin kerajaan atau Felda itu sendiri.

Namun jelasnya, apa yang dilakukan oleh Isa adalah sebaliknya dan ini adalah sejarah dan kejadian pertama pengerusi Felda mengutuk pemimpin tertinggi peneroka.

Setakat ini kata Shamsudin, Pengerusi Felda itu tidak menghubunginya untuk meminta maaf.

Beliau telah berbincang dengan JKPP bagi melantik peguam dan memberi notis 14 hari kepada Isa untuk menarik balik kenyataan yang dibuat beserta permohonan maaf secara terbuka.

“Oleh kerana ucapan itu dilakukan secara terbuka, kita minta dia juga mohon maaf secara terbuka dan kenyataan itu hendaklah disiarkan di dalam akhbar.

“Jika tidak, kita mungkin akan mengambil tindakan undangundang,” katanya.

Shamsudin berkata, selama ini masyarakat peneroka berada di dalam keadaan aman damai tetapi sekarang berlaku kekalutan dalam masyarakatnya.

Beliau turut menjelaskan, isu pajakan tanah berjumlah RM500 kepada Felda Global Ventures.

“Dalam petikan ucapannya dia (Isa) menyentuh saya menyebut tentang RM500 juta tetapi mengapa ia tidak menjelaskan perkara sebenar kepada khalayak ramai. Ucapan dia (Isa) dibuat di Kuala Pilah dalam sesi jelajah penerangan kepada pemimpin peneroka,” jelasnya.

Oleh kerana, Isa berucap secara terbuka, Shamsudin merasakan ia adalah satu tamparan hebat kepada dirinya. Oleh itu, beliau bimbang terhadap pajakan tanah perladangan seluas 360,000 hektar kepada Felda Global Ventures berjumlah RM500 juta.

Menurutnya, ini kerana dalam satu mesyuarat lembaga pengarah Felda yang lalu berhubung perkara itu, jelas menunjukkan selepas daripada ini Felda hanya menerima pendapatan sebanyak RM508 juta sahaja.

“Inilah yang saya ceritakan kepada masyarakat yang bertanya kepada saya, sedangkan Felda selama ini menerima pendapatan daripada pelaburan dalam anak syarikat berjumlah 49 peratus dan pendapatan Felda Plantation dianggarkan berjumlah RM2 bilion,” katanya.

Daripada pendapatan inilah kata Shamsudin, RM500 juta bagi perbelanjaan pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka.

Tetapi selepas daripada perjanjian pajakan antara Felda dan Felda Global Ventures katanya, menjadikan Felda dibayar RM251 juta setahun empat kali bayaran.

Perkongsian hasil ladang itu ujar beliau, 15 peratus keuntungan akan diserah kepada Felda dianggarkan RM253 juta.

“Saya bertanya di dalam mesyuarat lembaga pengarah itu, sekarang ini dan selamanya, Felda berbelanja lebih kurang RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka dan ini dilihat daripada hasil Felda itu sendiri.

“Hari ini Felda menghadapi kekurangan pendapatan sebanyak RM1.4 bilion dan kalau hanya dibayar hanya RM508 juta kepada Felda bagaimana ia nak menyumbang bakti berterusan kepada peneroka?

“Ini yang menjadi persoalan kepada kami di JKPP dan sekiranya Felda tidak dapat membantu masyarakat peneroka, saya rasa penuh yakin mereka akan mengorak langkah meninggalkan Felda.

“Jika perkara ini berlaku perpaduan dalam masyarakat peneroka akan hancur,” ujarnya.

Shamsuddin berkata, apabila ditanya kepada Pengerusi Felda bagaimana Felda akan mendapat RM1.4 bilion secara bersahaja beliau menjawab kerajaan yang akan support.

Persoalannya kata beliau, adakah benar kerajaan akan memberi bantuan kepada Felda sebanyak RM1.4 bilion?

Selama ini katanya, sejak 1996 Felda tidak lagi menerima walaupun satu sen daripada kerajaan kerana ia berbelanja atas hasil ladang dan pelaburan.

Sekarang ini, tegas beliau, JKPP mahu memastikan biarlah ada satu jaminan daripada kerajaan untuk membantu Felda.

JKPP katanya, merasa penuh yakin dan percaya jika perkara ini benar-benar dilakukan, Felda tidak akan dapat meneruskan bantuan dan kebajikan kepada masyarakat peneroka.

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang diedarkan kepada media JKPP dan GPW tidak teragak-agak menyaman Felda bagi menghalangnya daripada memajakkan tanah kepada Felda Global Venture.

Menurut kenyataan itu, ia bertujuan bagi memastikan perjanjian pajakan itu tidak merugikan peneroka yang sekarang ini menggunakan tanah bersama generasi baru serta tidak dimasukkan di dalam surat pajakan itu.

Selain itu JKPP memandang serius percubaan memajak tanah perladangan seluas 360,000 hektar itu dengan syarat tidak munasabah dan dengan jumlah harga pajakan RM500 juta yang dianggap rendah.

Siapa sebenarnya pengkhianat?


KEBANGKITAN rakyat yang bertindak membanjiri jalan raya di Kuala Lumpur pada 20 September 1998 melaungkan “Reformasi” terpahat sebagai nostalgia untuk ramai aktivis sosial.
Keghairahan ini mengombak semula ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, menyaksikan keterlibatan masyarakat majmuk yang melangkaui batas kaum, agama dan budaya.





Namun, untuk satu jangka yang amat panjang selepas zaman Reformasi, khususnya ketika era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, perhimpunan ataupun demonstrasi jalanan diadakan secara kecil-kecilan - dalam lingkung 3,000 orang. Pada waktu itu perhimpunan dianjurkan oleh Protes - satu gabungan untuk membantah kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya - biasanya diadakan di KLCC, ataupun di tepi jalan raya.
Adegan yang terharu memaku dalam hati saya sehingga hari ini, mengenang perhimpunan-perhimpunan yang tidak sebesar mana itu. Mungkin ingatan sesetengah orang digilap apabila saya mengungkit bagaimana seorang petugas Unit Amal bertubuh tegap, bernama Amran Zulkifli dibelasah sehingga darah melimpah dari kepalanya yang botak. Tapi untuk diri saya, saya tidak akan lupa sepanjang hidup saya - melihat dengan mata sendiri bagaimana peserta demonstrasi tidak membalas balik ketika dibelasah anggota FRU sedemikian rupa.

Kerana janjinya perhimpunan aman. Mereka sanggup dicederakan secara fizikal, semata-mata untuk mempertahankan nama perhimpunan aman. Malah anakanak yang dibawa sesetengah peserta perhimpunan melihat dalam ketakutan bagaimana bapa mereka dilanyak di khalayak ramai – tanpa boleh melakukan apa-apa.

Justeru, saya mual apabila media kawalan pemerintah memintal ceritanya bahawa polis terpaksa menggunakan kekerasan kerana diserang dan diprovok. Media yang menikam dengan fitnah berbisa ini harus disumpah agar syarikatnya menjadi padang jarak padang terkukur untuk tujuh keturunan.

Pengorbanan mereka memberi makna. Sejak zaman Reformasi masyarakat Cina ditakut-takutkan bahawa demonstrasi jalanan bakal berakhir sebagaimana tragedi di Indonesia - wanita Cina akan dirogol dan dibunuh, komuniti Cina akan dikambing-hitamkan.

Namun sepanjang satu dekad ini, terdapat sekumpulan aktivis dan intelektual Cina juga yang berhempas- pulas menyanggah pembohongan tersebut. Media alternatif bersungguh-sungguh memaparkan situasi yang sebenar ketika demonstrasi mengambil tempat di jalan raya. Anak muda berkongsi pengalaman bagaimana saudara mara Melayu menghulurkan garam dan air kepada peserta Cina yang buat pertama kali turun ke jalan raya.

Kesemua ini bukan propaganda untuk memukau masyarakat Cina yang masih kesangsian. Kesemua ini adalah fakta yang teruji dan terbukti apabila sebahagian besar anak Cina turun ke jalan raya pada 9 Julai 2011. Kebenaran akhirnya ditegakkan, di atas robohan tembok keraguan sesama kaum.

Catatan ini terlalu kecil sebagai rakaman penghargaan kepada ribuan manusia yang mungkin namanya tidak termuat dalam buku sejarah. Gambar wajah mereka tidak diberi ruang untuk menghiasi dada akhbar. Jikalau gambar ditangkap dari atas sekalipun, mereka tidak pasti kepala manakah milik mereka - dalam lautan manusia itu.

Perhimpunan aman yang dipertahankan rakyat dengan air mata, titisan peluh dan darah, malah nyawa ini - kini diperlekehkan Perdana Menteri, Najib Razak dengan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman. Protes jalanan diharamkan atas nama perhimpunan aman – bukankah Najib sedang memperkudakan pengorbanan rakyatnya, menuai hasil perjuangan rakyat untuk dijadikan keuntungan politik dirinya, malah memijak-mijak titisan peluh dan darah rakyatnya?

Ini bukan kali pertama perjuangan rakyat dikhianati. Cuba bayangkan, sepanjang lima dekad selepas kemerdekaan, berapa orang yang dibelasah di tepi jalan raya, dikurung dalam penjara, ditohmah dan difitnah - sematamata kerana perjuangannya untuk menghambat kebebasan, keadilan dan kebenaran?

Berapa orang yang kebebasan individunya dirampas, kerana menuntut kebebasan negara? Berapa orang yang anak mereka ditinggalkan dalam ketakutan, berapa isteri yang ditinggalkan bersendirian, diselubungi ugutan dan gangguan mata-mata gelap yang tidak bermaruah - apabila mereka ditahan di bawah ISA?

Cuba bayangkan, berapa orang yang terpaksa meninggalkan tanah air ini kerana mempertahankan kebenaran? Berapa orang yang disaman politikus, kroni yang boleh mempengaruhi keputusan hakim, hanya kerana mendedahkan sesuatu yang benar?

Hasil yang kita kecapi hari ini bukan kurniaan Najib Razak. Ruang kebebasan bersuara yang kita ada pada hari ini diperjuangkan aktivis media yang tidak tunduk berdepan dengan penguasa. Untuk 12 tahun Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan berdepan dengan gangguan polis, dan institusi yang direka untuk mencerobohi kebebasan ruang internet. Kartunis politik Zunar, dikejar dari balai ke balai - hanya kerana sebatang pen dakwatnya yang berpendirian!

Bukankah ia satu penghinaan, apabila kebebasan bersuara yang diperjuangkan ini diperalatkan untuk melontarkan fitnah? Bukankah ia satu pengkhianatan apabila hak perhimpunan yang diperjuangkan ini, diperkudakan Perkasa untuk membuat perhimpunan antiperhimpunan? Dan bukankah penghinaan dan pengkhinatan, apabila seseorang PM menindas hak rakyat berhimpun atas nama memberi kebebasan berhimpun kepada rakyat?

KWSP tidak patut perjudikan wang rakyat


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru-baru ini telah mengumumkan bersama dengan United Engineering Malaysia (UEM) Berhad bahawa kedua-duanya telah bersetuju untuk memansuhkan hutang kerajaan persekutuan yang berjumlah lebih daripada RM2.9 billion melalui suatu perjanjian perlaksanaan baru yang masih belum didedahkan sehingga kini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru-baru ini telah mengumumkan bersama dengan United Engineering Malaysia (UEM) Berhad bahawa kedua-duanya telah bersetuju untuk memansuhkan hutang kerajaan persekutuan yang berjumlah lebih daripada RM2.9 billion melalui suatu perjanjian perlaksanaan baru yang masih belum didedahkan sehingga kini.
Kenyataan dan tindakan pengurusan KWSP yang telah bersetuju untuk memansuhkan sejumlah besar hutang kerajaan tersebut amat merisaukan dan membimbangi kebanyakan pihak khususnya para pekerja-pekerja dan kesatuan-kesatuan sekerja.

Kami kurang memahami kenapa pula kerajaan persekutuan pada hari ini masih tidak mampu membayar balik pinjaman berbilion-bilion Ringgit itu sehinggalah terpaksa meminta jasa baik KWSP untuk memansuhkan bebanan hutangnya. Ke mana perginya dana kerajaan yang begitu banyak? Kenapa pula dana penyimpan para pekerja harus diperjudikan oleh pihak pengurusan KWSP dengan sewenang-wenangnya?

Simpanan Di Hari Tua

Kita semua sememangnya telah mengetahui bahawa caruman yang dibuat oleh dan untuk para pekerja melalui setiap majikan di negara kita adalah bertujuan untuk mengumpul dana yang mencukupi bagi menampung kehidupan semua apabila tibanya hari tua dan persaraan kita di suatu hari nanti.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan KWSP haruslah lebih peka dan sensitif apabila mereka memutuskan untuk menggunakan wang simpanan hari tua rakyat ini untuk diberikan sebagai pinjaman kepada pihak-pihak khususnya syarikat-syarikat korporat swasta, perbadanan-perbadanan kerajaan serta syarika-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Selain daripada itu, pihak pengurusan KWSP juga harus berhati-hati dan tidak memandang sambil lewa sebelum pinjaman tersebut dapat diberikan kepada pihak-pihak yang tertentu.

Simpanan yang berada di dalam KWSP adalah merupakan simpanan setiap di antara kita untuk di hari tua yang akan datang.

Kemampuan Kerajaan Bayar Balik?

Sehingga sekarang, kita semua masih belum dapat memahami dengan jelas kenapa kerajaan persekutuan tidak mempunyai kemampuan untuk membayar balik hutang pinjaman mereka kepada KWSP?

Adalah sangat jelas bahawa sumber pendapatan kerajaan adalah begitu banyak sekali, daripada cukai pendapatan, kutipan duti dan eksais, cukai jualan, cukai eksport, cukai import, cukai perkhidmatan dan macam-macam lagi. Penyumbang yang paling besar dana kerajaan sekarang adalah Petronas, hasil daripada industri gas dan minyaknya memperoleh untung jutaan Ringgit dari serata dunia pada setiap tahun selain daripada sumber minyak tempatannya.

Ke manakah perginya kesemua hasil-hasil keuntungan lumayan yang diperolehi kerajaan persekutuan selama ini sehingga terpaksa merayu untuk tidak membayar balik kepada KWSP?

Perjanjian Perlaksanaan Baru dengan Kerajaan

Apakah sebenarnya isi kandungan di dalam perjanjian perlaksanaan baru yang telah dibuat di antara kerajaan persekutuan dan KWSP sebagai syarat untuk memansuhkan pembayaran balik pinjaman tersebut kepada KWSP? Kenapa pula kandungan perjanjian tersebut tidak didedahkan kepada tatapan umum?

Pihak pengurusan KWSP harus mengumumkan kepada umum kandungan perjanjian tersebut kerana ianya secara langsung melibatkan kepentingan rakyat di negara kita ini yang sebahagian besar adalah merupakan pencarum kepada dana tersebut pada setiap bulan.

Oleh yang demikian, kita semua selaku pencarum kepada dana tersebut mempunyai hak kami sama seperti seseorang pemegang saham untuk mengetahui dan memahami apakah yang telah dan sedang dilakukan oleh pengurus dana iaitu pengurusan KWSP ke atas wang simpanan kita dan bagaimana pula ianya sering digunapakai, dilabur, dipinjam dan sebagainya.

Akaun KWSP Haruslah Umum

Oleh kerana KWSP adalah pengurus dana dan simpanan rakyat, kami berpendapat bahawa KWSP haruslah mengemukakan penyata pelaburan dan perakaunan mereka kepada umum pada setiap tahum sama seperti apa yang dilakukan oleh syarikat-syarikat umum berhad dan syarikat-syarikat korporat yang disenaraikan di Bursa Saham.

Ini adalah kerana ianya melibatkan wang rakyat dan oleh yang demikian, ianya melibatkan soal kepentingan umum pada keseluruhannya, sama seperti syarikat-syarikat yang mengambil wang para pemegang saham untuk melabur dan diniagakan bagi memperoleh hasil keuntungan.

Tanggungjawab Pegawai Kerajaan

Siapakah yang mengawal selia setiap perbelanjaan kerajaan selama ini? Sudah tentunya para pegawai-pegawai kerajaan itu sendiri yang menguruskannya. Jadi para pegawai-pegawai kerajaan haruslah mengetahui bagaimanakah perbelanjaan di dalam kerajaan ini dilaksanakan pada setiap masa.

Dan apabila perbelanjaan kerajaan terlalu boros dan disalahgunakan, ianya akan terus mengakibatkan dana kerajaan menjadi berkurangan, justeru daripada itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian dan defisit di dalam akaunnya.

Oleh kerana itu, kami berpendapat bahawa para pegawai-pegawai kerajaan ini haruslah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kedudukan kewangan kerajaan kerana mereka sendirilah yang sedang menguruskan dan menentukan perbelanjaannya.

Untung ruginya dan berapa banyak baki yang tertinggal di dalam dana kerajaan itu kesemuanya bergantung kepada kebijaksanaan dan keikhlasan para pegawai kerajaan yang menguruskannya.

Sekiranya kerajaan mengalami defisit dan kekurangan dana akibat terlalu beboros ataupun penyelewengan dan salahguna kuasa, para pegawai-pegawai dan juga pesara-pesara kerajaan patut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan mereka sendiri dan mengambil inisiatif untuk menawar balik sebahagian daripada gaji mereka untuk membantu kerajaan meringan bebanan hutang dan bukannya mengambil daripada dana simpanan rakyat dalam KWSP.