"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)
Sunday, August 29, 2010
AJKKK SDR MAT DIN KEMBALI KERAHMATULLAH
Setelah sebulan sdr mat din terlantar dihospital dengan bantuan pernafasan dimana Allah lebih menyayanginya dan mengambilnya kembali menghadapNya dibulan ramadhan yang mulia pada hari sabtu 28/8 jam 12.05pagi setelah mendapat kemalangan jalanraya lalu. Semasa hayatnya allahyarham sungguh gigih mengisi perjuangan bagi menegakan keadilan berpaksikan Islam untuk semua dikawasan dun DusunTua. Setelah diberi mandat oleh rakyat, Allahyarham dilantik salah saorang jawatankuasa kampung batu14. Kali terakhir sempat bersama dengan ahli kariah bergotong royong bersihkan surau dan dewan dikampung sungai gahal bagi menyambut kedatangan ramadan almubarak. Pehak pengerusi dan jawatankuasa kampung ingin merakam takziah kepada ahlikeluarga allahyarham dan tabah menghadapi kesedihan dan dugaan moga dicucuri rahmat keatas beliau. Dimasa hayatnya, sudah tentu allahyarham berurusan dengan ahli kariah amnya dan sebagai jkkk khususnya , tidak lari daripada kesilapan atas sifat manusia maupun pertururan, diminta dapatlah memaafkan beliau dan sama sama kita mendoakan agar Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan para Solihin, Amin!
Tuesday, August 17, 2010
'TAZKIRAH'

Dikesempatan bulan yang mulia ini eloklah kita merenung kembali akan kisah kisah perjuangan Nabi saw. yang banyak memberi pengajaran kepada kita terutamanya pendukung gerakan Islam. Diantaranya sabuah kisah peperangan dan kemenangan yang melibatkan harta ghanimah. Sudah tentu tarbiyah yang diterapkan oleh Nabi kepada sahabat selama sepuloh tahun diMekah itu mempuyai keimanan yang begitu kental sehingga puak musyrikin Mekah amat teruja dengan dakwah yang saban hari memberi natijah cukup menggalakan terhadap Islam. Tekanan yang begitu kuat terhadap Nabi sehingga baginda terpaksa berhijrah keMadinah untuk kepentingan aqidah dan dakwah supaya dapat dipertahankan. Maka tercetuslah peperangan demi peperangan apabila Islam itu kuat dan berdaulat yang berakhir dengan kemenangan dipehak Islam. Segala harta rampasan perang dikumpulkan dan diserahkan kepada Nabi untuk diagihkan kepada yang memerlukan setelah Nabi bertanya kepada sahabat sahabat 'untuk siapakah harta harta ini semua?' lalu para sahabat semua menjawab 'untuk Allah dan RasulNya'. Sambil tersenyum Nabi SAW dapat memahami akan sikap sahabat terhadap baginda dan ada juga yang agak terkilan dengan tindakan Nabi mengagihkan ghanimah tadi terhadap puak muhajirin. Saorang daripadanya bertanyakan akan bahagian harta ghanimah, kenapa diberikan kepada puak muhajirin sedangkan mereka acapkali berperang bersama Rasulullah? lalu Nabi menjawab ' Tidakah kamu mahu disisiku disyurga nanti? sedangkan mereka ada yang berperang bukan kerana Allah tetapi kerana harta dan ada yang baru keIslaman mereka dan mereka akan balik kekampung halaman mereka sedangkan kamu masih berada dan bersama Rasulullah?. maka dengan jawapan dan penerangan yang diberikan oleh Rasulullah. Terasa sedih dan pilu kerana teramat sayang dan cinta terhadap Nabi sehingga mengalirkan airmata sedih dan kesal dengan pertanyaan tadi. Pengiktibaran yang dapat diambil dalam peristiwa ini ialah para pejuang, para daa'i dan pendokong gerakan Islam, harta, pangkat dan jawatan bukanlah matlamat tetapi pengorbanan, keikhlasan supaya dapat diinfaqkan samaada diri, masa dan harta demi memertabatkan Islam dimana jua. Dikesempatan ini, pehak jkkk telah mengadakan program Ihya' Ramadhan disurau insaniah kg batu 14, dengan memberi sedikit sumbangan kepada ahli kariah terutamanya para imam, pengerusi surau yang telah memberi khidmatbakti, ibu tunggal, anak kurang upaya dan anak yatim. Sumbangan disempunakan oleh Sdr Mat Jan Sulung selaku Pengarah JPD, YB Dr Rosli Che Mat yang mengimani solat Isyak, terawih dan tazkirah. Turutserta Ketua Kampung Tuan Hj Kadir , Sdr Deris Bidin setiausaha jkkk dan Sdr Mokhtar Tahir selaku pengerusi surau insaniah serta ahli jawatankuasanya. Tidak ketinggalan diucapankan ribuan terimakasih kepada semua yang menjayakan program ini semoga diberi ganjaran disisi Allah, InsyaAllah .
Monday, August 9, 2010
'IHYA' RAMADHAN KG BT 14 DISURAU INSANIAH'

InsyaAllah, satu program akan diadakan pada hari Isnin 16/8/10 anjuran jkkk dan surau insaniah, kampung batu14. Tujuan bagi program ini adalah untuk mengingatkan kembali sejarah perjuangan Nabi dalam misi awal dakwah dimana pelbagai mehnah serta ujian yang telah baginda tempuhi dan lalui supaya para pendakwah dan para dai'e dapat menghayati dan melaksanakannya dengan hemah serta bijaksana. Dengan mengikuti format yang telah ditunjuki supaya Islam dapat diterimapakai dalam semua bidang kehidupun samada ibadah maupun addaulah. Selama seribu empat lebih, sudah tentu masyarakat dan umat telah diuji pelbagai bagai mehnah dan tribulasi yang membabitkan imam dan taqwa, serta hilangnya kuasa pemerintahan islam (khalifah) ditangan umat Islam sehingga melahirkan pelbagai fikrah serta fahaman membuatkan umat islam lemah, justru segala ikatan Islam telah dirobek dan dirungkai oleh puak kufar dan musyrikin dalam menerajui system peradaban Islam itu sendiri. Oleh itu amat wajar dan penting bagi umat Islam berpadu kembali bagi memertabatkan Islam seperti saranan Nabi 'Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya'. Untuk tujuan itu pehak jkkk dan surau amat perihatin dalam misi tersebut agar dapat mengingatkan kembali segala usaha yang telah nabi tunjukan kepada umatnya supaya waspada dalam misi perjuangan dan dakwah yang jelasnya Islam memerintah bukan diperintah. Program bakal bermula dengan berbuka puasa bersama YB Dr Rosly serta solat maghrib dan penyampaian sumbangan diadakan bagi para pelajar terbaik anakanak kariah, orang kurangupaya dan para pemimpin pemimpin yang telah memberi khidmatbakti untuk kampung sekian lama agar dapat dihargai. Program dijangka bersurai setelah solat terawih dan jamuan bersama dengan YB InsyaAllah.
'KACAU DODOL ANJURAN PEJABAT DAERAH HULU LANGAT'

Satu program anjuran Pejabat Daerah Hulu Langat kacau dodol bersama seluruh JKKK dibawah jajahan daerahnya telah diadakan diperkarangan pejabat daerah pada 7/8/10 hari sabtu lalu dimana turut serta dari Malaysian Guieness Book Record berjaya direkodkan, peserta yang mengambil bahgian samaada kampung kampung tradisional maupun kampung baru Cina dan sebanyak 306 buah kawah dodol berjaya dihasilkan. Majlis bermula jam 8 pagi dimana setiap kampung membawa peralatan sendiri secukupnya dan resepi terbaik untuk tujuan tersebut. Petronas turut memberi sumbangan dua tong gas dan daripada NGO juga. Syabas diberikan kepada jawatankuasa Pemuda Sdr Aizat, Kampung batu 14 Hulu Langat yang diketuai Tuan Hj Kadir, setiausaha Sdr Deris dan Ajkkkg Sdr Baharin, Sdr Auf bendahari surau insaniah kg batu14, bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB TanSri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor Darul Ehsan dan katakata aluan oleh Pengarah Pejabat Daerah Hulu Langat dan para tetamu YB Azmin Ali serta para Penghulu Penghulu mukim. Dengan adanya sambutan yang begitu meriah sekali dari kalangan rakyat sebegini, jelaslah Pakatan Rakyat diterima oleh rakyat yang berbilang kaum dan agama didaerah Parlimen Hulu Langat, dimana YB Dr Rosly bersama sama pemimpin masyarakat dalam usaha menjayakan perpaduan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dinegeri Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)