
InsyaAllah, satu program akan diadakan pada hari Isnin 16/8/10 anjuran jkkk dan surau insaniah, kampung batu14. Tujuan bagi program ini adalah untuk mengingatkan kembali sejarah perjuangan Nabi dalam misi awal dakwah dimana pelbagai mehnah serta ujian yang telah baginda tempuhi dan lalui supaya para pendakwah dan para dai'e dapat menghayati dan melaksanakannya dengan hemah serta bijaksana. Dengan mengikuti format yang telah ditunjuki supaya Islam dapat diterimapakai dalam semua bidang kehidupun samada ibadah maupun addaulah. Selama seribu empat lebih, sudah tentu masyarakat dan umat telah diuji pelbagai bagai mehnah dan tribulasi yang membabitkan imam dan taqwa, serta hilangnya kuasa pemerintahan islam (khalifah) ditangan umat Islam sehingga melahirkan pelbagai fikrah serta fahaman membuatkan umat islam lemah, justru segala ikatan Islam telah dirobek dan dirungkai oleh puak kufar dan musyrikin dalam menerajui system peradaban Islam itu sendiri. Oleh itu amat wajar dan penting bagi umat Islam berpadu kembali bagi memertabatkan Islam seperti saranan Nabi 'Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya'. Untuk tujuan itu pehak jkkk dan surau amat perihatin dalam misi tersebut agar dapat mengingatkan kembali segala usaha yang telah nabi tunjukan kepada umatnya supaya waspada dalam misi perjuangan dan dakwah yang jelasnya Islam memerintah bukan diperintah. Program bakal bermula dengan berbuka puasa bersama YB Dr Rosly serta solat maghrib dan penyampaian sumbangan diadakan bagi para pelajar terbaik anakanak kariah, orang kurangupaya dan para pemimpin pemimpin yang telah memberi khidmatbakti untuk kampung sekian lama agar dapat dihargai. Program dijangka bersurai setelah solat terawih dan jamuan bersama dengan YB InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment