"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)

Tuesday, August 17, 2010

'TAZKIRAH'


Dikesempatan bulan yang mulia ini eloklah kita merenung kembali akan kisah kisah perjuangan Nabi saw. yang banyak memberi pengajaran kepada kita terutamanya pendukung gerakan Islam. Diantaranya sabuah kisah peperangan dan kemenangan yang melibatkan harta ghanimah. Sudah tentu tarbiyah yang diterapkan oleh Nabi kepada sahabat selama sepuloh tahun diMekah itu mempuyai keimanan yang begitu kental sehingga puak musyrikin Mekah amat teruja dengan dakwah yang saban hari memberi natijah cukup menggalakan terhadap Islam. Tekanan yang begitu kuat terhadap Nabi sehingga baginda terpaksa berhijrah keMadinah untuk kepentingan aqidah dan dakwah supaya dapat dipertahankan. Maka tercetuslah peperangan demi peperangan apabila Islam itu kuat dan berdaulat yang berakhir dengan kemenangan dipehak Islam. Segala harta rampasan perang dikumpulkan dan diserahkan kepada Nabi untuk diagihkan kepada yang memerlukan setelah Nabi bertanya kepada sahabat sahabat 'untuk siapakah harta harta ini semua?' lalu para sahabat semua menjawab 'untuk Allah dan RasulNya'. Sambil tersenyum Nabi SAW dapat memahami akan sikap sahabat terhadap baginda dan ada juga yang agak terkilan dengan tindakan Nabi mengagihkan ghanimah tadi terhadap puak muhajirin. Saorang daripadanya bertanyakan akan bahagian harta ghanimah, kenapa diberikan kepada puak muhajirin sedangkan mereka acapkali berperang bersama Rasulullah? lalu Nabi menjawab ' Tidakah kamu mahu disisiku disyurga nanti? sedangkan mereka ada yang berperang bukan kerana Allah tetapi kerana harta dan ada yang baru keIslaman mereka dan mereka akan balik kekampung halaman mereka sedangkan kamu masih berada dan bersama Rasulullah?. maka dengan jawapan dan penerangan yang diberikan oleh Rasulullah. Terasa sedih dan pilu kerana teramat sayang dan cinta terhadap Nabi sehingga mengalirkan airmata sedih dan kesal dengan pertanyaan tadi. Pengiktibaran yang dapat diambil dalam peristiwa ini ialah para pejuang, para daa'i dan pendokong gerakan Islam, harta, pangkat dan jawatan bukanlah matlamat tetapi pengorbanan, keikhlasan supaya dapat diinfaqkan samaada diri, masa dan harta demi memertabatkan Islam dimana jua. Dikesempatan ini, pehak jkkk telah mengadakan program Ihya' Ramadhan disurau insaniah kg batu 14, dengan memberi sedikit sumbangan kepada ahli kariah terutamanya para imam, pengerusi surau yang telah memberi khidmatbakti, ibu tunggal, anak kurang upaya dan anak yatim. Sumbangan disempunakan oleh Sdr Mat Jan Sulung selaku Pengarah JPD, YB Dr Rosli Che Mat yang mengimani solat Isyak, terawih dan tazkirah. Turutserta Ketua Kampung Tuan Hj Kadir , Sdr Deris Bidin setiausaha jkkk dan Sdr Mokhtar Tahir selaku pengerusi surau insaniah serta ahli jawatankuasanya. Tidak ketinggalan diucapankan ribuan terimakasih kepada semua yang menjayakan program ini semoga diberi ganjaran disisi Allah, InsyaAllah .

No comments:

Post a Comment