"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)

Wednesday, March 21, 2012

membersihkan surau di sungai gahal



sumbangan drp NGO persatuan tzu chi






BILEK GERAKAN BANJIR DEWAN DATO' NAZIR






SUMBANGAN YB DR ROSLI CHE MAT, AHLI PARLIMEN HULU LANGAT.






KESAN BANJIR SEKITAR KG SUNGAI SEMUNGKIS






BANTUAN MANGSA BANJIR KG BATU 14 DARIPADA PUSAT ZAKAT SELANGOR





senarai nama nama mangsa banjir dibawah JKK BATU 14 (FASA 1) Rabu 21/03/2012. Diharap dapat berkumpul di MESJID BATU 14. MASA 2.30ptg 1. ABADI BIN JAMALUDIN 2.ABD RAHIM BIN MOHD LAZIM 3. AL AKHIAR BIN SABRI 4.AL MALIK FAISAL BIN TALIB 5.ASMARDI BIN LAZIM 6. BUSTAMI BIN SABAR 7. ENGRANI BT MUSLIM 8. HARDINAL BIN IZHAR 9.JURAIMI BIN MAT JAIS 10.MA'AS BIN ABDULLAH 11.MOHD JAMIL BIN NAWI 12.SALLEH BIN HJ ALI 13.MASRI BIN DEMAN 14.SAMAJI BIN SAMSUL 15. SAMSIAH BT ABAS 16.SUHARTO BIN TALIB 17.MOHAMAD AMTAZ BIN MAT ISA 18.MUHAMMAD HAZAHARY BIN ALMIN 19.IBRAHIM BIN AHMAD 20.MUHAMMAD SHARIF BIN ABU HANIPAH 21.HJ MOHD YAAKOB BIN MOHD YASIN 22.TAJUDUN BIN HJ MOHD YAAKOB 23.HAJAH KALIJAH BT KHALIFAH RAJA 24.HALIMAH BT SALLEH 25.NORBAYA BT YAHYA 26.ABU BAKAR BIN ALI 27.ABU ZARIM BIN HJ SHARIE 28.ISHAK BIN MANAP 29.NORAINI BT ABU BAKAR 30.SUTAN MENDARO BIN NORDIN 31.ISA BIN YAHYA 32.RIDWAN BIN TARMIZI 33.KARIM BIN WAHI 34.HALIZA BT ABU MANSUR 35.ZUHAILA BT ABU MANSUR 36.NOR AZIAH BT ABU MANSUR 37.MOHD FAIZAL BIN ABU MANSUR 38.ADNAN ALI BIN YUNUS 39.LIMA LASTARI BT YUNUS 40.AMRAN BIN HAMIDON 41.IZHAR BIN LATIF 42. ALIAS BIN ZANOM 43.MAWARNI BT HJ WAHID 44.DEWI FARDZEELA BT MUAALIMIM 45.MOHD SHARIF BIN ALI YUNUS 46.RAMZI BIN MOHD ZAYUDI 47.HUZAIMAH BT MOHD ZIN 48.SAMSINER@SAMSINAR BT IBRAHIM 49.NORZIFAH BT MUSTAFA 50.MUHAMMAD HANAFIAH BIN ABDUL SAMAD 51.SITI ZANARIAH BT MUAALIMIM 52. ABD GANI BIN OSMAN 53.GOS BT SAILE 54.SITI AISHAH BT ALI YUNUS 55. ROMINAH@MARIAM BT DALIMIN 56.HALIMAH BT RAZAK 57.ZOLKEFLE BIN ZAKARIA 58.RUDI HARTONO BIN JUMAH 59.MOHD SUHAFRI BIN SUPOMO 60.WAN ANUAR BIN WAN MUDA 61.FEBRINALDI BIN MAHMUD 62.MUHAJIR BIN SHOLEH 63.AMEDAN BIN ALIAS

Wednesday, March 7, 2012

BANTUAN BEG SEKOLAH SEKITAR DUN DUSUNTUA OLEH SDR MAT JAN SULUNG




http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/420020_340890319286149_100000955511437_891508_1624194258_n.jpg

BANJIR KILAT SEKITAR SG SEMUNGKIS HULU LANGAT.




Antara ‘mempertahankan kebenaran’ dan ‘mempertahankan kemenangan’



Macamlah besar sangat konflik yang berlaku di Kedah sehingga memaksa seluruh media di tanahair ditumpukan terhadap ‘perang saudara’ yang kononnya melanda kepimpinan PAS Kedah. Ramai yang bertanya dengan cemas, apa sebenarnya yang sudah berlaku? Soalan yang paling popular pula ialah, dengan konflik ini masih mampukah PAS pertahankan Kedah?

Jawapannya ialah, insyaAllah PAS dan Pakatan Rakyat masih mampu pertahankan Kedah. Pertama kerana kekuatan akar umbi tidak terjejas sebab mereka tidak terbabit apa-apa. Dalam PAS belum wujud rantaian kroni dari atas hingga ke akar umbi seperti yang berlaku dalam Umno.

Kedua, kerana kajian dan analisa yang dibuat menunjukkan bahawa PR masih mampu mempertahankan Kedah sekurang-kurang 20 kerusi sangat selamat.

Ketiga, kerana yang terbabit hanya dua anggota Exco yang enggan dilantik semula kerana tidak bersetuju dalam beberapa perkara dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Mereka ialah Dato’ Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh. Dalam sejarah organisasi dunia konflik antara pemimpin nombor satu dan dua adalah lumrah. Ayatollah Montazeri yang dulunya dianggap pengganti Ayatollah Khomeini pun lenyap karier politiknya gara-gara berkonflik dengan pemimpin nombor satu. Tun Dr. Mahathir mempunyai sejarah konflik besar dengan dua timbalannya, Tan Sri Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Istimewanya dalam jamaah Islam seperti PAS, bila akhirnya kepimpinan Pusat membuat keputusan maka ia akan dipatuhi oleh semua pihak. Jika ada pihak yang enggan terima keputusan dia kena beruzlah bagi mengelak mudharat lebih besar terhadap jamaah. Jika dia terus menyanggah, maka tindakan tataterbib boleh diambil. Itu kaedah dalam jamaah. Yusof Qardhawi pun pernah dipecat dari Ikhwanul Muslimun.


Konflik yang berlaku dalam PAS Kedah bukan melibatkan kumpulan. Tidak ada kem Ustaz Azizan atau kem Phahrolrazi. Jika wujud pun ‘kumpulan’ cuma dalam bentuk pemikiran atau sikap. Sebahagian besarnya bersetuju bahawa jika jawatan Menteri Besar perlu diganti pun, maka ia bukan sekarang, sewaktu semua pihak akan menghadapi pilihanraya umum. Hanya segelintir yang berbeza dari pandangan majoriti itu. Cuma biasalah... kumpulan yang segelintir pun boleh nampakkan diri besar dengan pelbagai strategi. Ibrahim Ali dan Perkasa sangat berjaya dalam menunjukkan kekuatan ‘besar’ dengan menggunakan tenaga kecil. Jadi umumnya, konflik ini akan lenyap begitu sahaja apabila kumpulan yang segelintir itu insof bahawa tindakan yang keterlaluan hanya akan memberi mudarat kepada jamaah Islam.

Dari aspek positif, penggembelengan media BN bagi menggambarkan bahawa Ustaz Azizan mahu dijatuhkan rupanya mengundang sokongan yang kuat dari pelbagai pihak. Ramai kalangan rakyat yang bukan ahli PAS yang bersimpati dengan beliau. Manakala majoriti ahli PAS pula marah kepada pihak segelintir itu yang dianggap sengaja membuat onar, gopoh dan tidak sabar.

Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Menurunkan seseorang pemimpin sekiranya mempunyai alasan syarie yang kuat sekalipun mestilah dibuat dengan kaedah yang syarie juga. Guna saluran ikut hairaki jamaah dan patuhi apa-apa keputusan yang dibuat kepimpinan tertinggi.

Saya tidak mahu merujuk ulasan ini dengan isu yang berlaku di Kedah. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Jika mempunyai persamaan maka ia adalah kebetulan semata-mata.

Andai seseorang pemimpin dianggap memudharatkan parti maka tidak ada alasan pula untuk mengizinkan berlakunya kemudharatan yang lebih besar sedangkan, kemudharatan yang lebih kecil tadi pun belum tentu dapat dielak.

Maksudnya begini, jika bertindak menurunkan seorang pemimpin yang dianggap menyeleweng yang tidak kena pada masa dan situasi itu mengakibatkan; perpecahan dan permusuhan dalam jamaah, kekuatan dalaman dan ikatan ukhwah terburai, imej jamaah di mata masyarakat umum musnah sehingga hilang wibawa, tidak dihormati serta tidak dapat menarik sokongan terhadap perjuangan Islam, memberi peluru kepada musuh untuk menyerang kita, melemahkan semangat ahli-ahli jamaah untuk bekerja serta 1001 perkara negatif lagi terhadap Islam maka sudah tentulah mudharat besar seperti ini wajib dielakkan. Impaknya sangat teruk, walhal pemimpin yang dianggap menyeleweng tadi belum tentu dapat diturunkan.

Apatah lagi serangan terhadap pemimpin yang dianggap menyeleweng tadi bukanlah berkisar pada persoalan dasar perjuangan. Ia cuma persoalan kelemahan, kesilapan dan sikap. Lebih malang kalau berkaitan dengan isu duniawi dan persoalan peribadi pula.

Ada pihak yang sangat ideal pemikirannya. Pemimpin mestilah sempurna. Jika berkuasa tapi tidak mampu laksanakan Islam, maka lebih baik dia diturunkan sekalipun akibatnya parti kalah dalam pilihanraya. Hujahnya ‘yang utama ialah pertahan kebenaran, bukan pertahan kemenangan’. Politik pilihanraya di Malaysia macam jongkang jongket. Jika PR kalah, maka yang menang ialah BN. Tiada kuasa ketiga. Maka membuka ruang untuk membenarkan PR kalah sama macam mengundi dan memenangkan BN sebuah parti rasuah, penyeleweng, kaki songlap dan sering mempersenda hukum Allah.

Jika ada yang berkata, biar BN menang asalkan pemimpin kita yang tidak sempurna tidak berkuasa, maka orang itu pengkhianat jamaah Islam. BN tidak pernah lebih baik dari orang yang paling buruk dalam PAS sekalipun.