"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)

Wednesday, February 23, 2011

Umno jangan tunjuk hero bela Melayu

KUALA LUMPUR, 23 Feb: PAS meminta Umno supaya tidak berlagak menunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu.
“Umno cuba menunjukkan mereka juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya permintaan Datuk Fatimi Saleh, Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan.
Hakikatnya, kata beliau Umno yang perlu meminta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang Melayu.
PAS, katanya mencabar Umno supaya menjawab beberapa persoalan, antaranya angkara siapa sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar.
“Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand?
“Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?” soalnya.
Beliau bertanya lagi, siapa yang mengkhianati tulisan jawi, membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar Melayu ketika memperkenalkan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
Beliau turut mempersoalkan ke mana wang RM52 bilion untuk saham orang Melayu yang lesap sedangkan ianya boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi.
“Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binatang?” soalnya lagi.
Menurutnya, terlalu banyak jenayah Umno kepada orang Melayu, Islam, tanah dan Raja-raja Melayu kalau hendak dilakarkan, cukup sebagai bukti Umno yang berdosa dengan orang Melayu.
Tambahnya, Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS kerana hak Melayu tergadai.
Katanya, selagi Umno mendakwa PAS yang mengkhianati orang Melayu, maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada Melayu di negara ini.
PAS, ujarnya akan mendedahkan kepada orang Melayu mengenai pengkhianatan Umno selama ini.
Beliau menambah, perjuangan Umno untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpinnya sedangkan orang Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain.
“Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa,” ujarnya.
Beliau menegaskan bahawa tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mengkhianat bangsa.
Jelasnya, PAS mengkritik Umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya Melayu dan Islam merempat di bumi sendiri.
“Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan Umno, ulamak diburu seperti penjenayah. Sedangkan PASmemperjuangkan Islam, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat.
Posted by RAKYAT MARHAEN at 2/23/2011 05:06:00 PM

Wednesday, February 16, 2011

Kebangkitan rakyat dunia Arab

Oleh Haris Zalkapli

Rantau Asia Barat telah menarik perhatian disebabkan pelbagai perkembangan di negara-negara di sana, dari Iran hingga ke Turki dan Mesir.Kebangkitan rakyat yang tercetus kini telah menjadikan politik rantau ini semakin menarik, termasuk kepada yang sebelum ini kurang berminat dengan politik antarabangsa.

Selepas Mesir, peluang untuk melihat perubahan berlaku di negara lain, termasuk negara beraja di Teluk Parsi seperti Bahrain.Dalam perkembangan semasa, kebangkitan ini membuka kemungkinan perubahan yang mendasar dan meluas, sekiranya perbahan itu diuruskan sepenuhnya oleh kuasa dalaman.

Dalam wacana perubahan dunia Arab kini, permulaan atau pencetus diletakkan sebagai revolusi di Tunisia, sedangkan kebangkitan dan protes pada skala yang lebih kecil (menuntut kebebasan dan hal yang sama dengan warga Tunisia dan Mesir) berlaku lebih awal dan secara lebih konsisten di Yaman dan Bahrain.

Perkembangan di Yaman, Bahrain dan Mesir ini telah dibawa di blog ini dan akhbar politik Siasah (di bawah pengurusan kumpulan Harakah, sehingga 2010) secara mendalam sejak 2009, lama sebelum peristiwa politik yang dilihat lebih menarik berlaku.
Siasah ketika itu menjadi satu-satunya akhbar di negara ini yang membawa laporan dan analisis tentang Yaman, Bahrain dan Mesir dengan konsisten.

Di bawah ialah pautan-pautan ke artikel tentang Yaman, Mesir dan Bahrain yang ditulis sejak 2009.

1. Konflik Yaman, dimensi serantau, September, 2009

2. Konflik Yaman, politik dalaman dan global, Januari, 2010

3. Yaman, ancaman pemisah selatan, Oktober, 2010

4. Hosni Mubarak, masa depan Mesir, Julai, 2010

5. Bahrain, dimensi serantau, Ogos, 2010

6. Kebangkitan Syiah, Disember, 2010

http://www.politikpop.com

Tuesday, February 15, 2011

Perketat Akta Mesin Cetak & Penerbitan ke atas media online, kerja sia-sia

Cadangan kerajaan untuk memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) ke atas media baru seperti blog, facebook, twitter dan youtube dianggap bertentangan dengan dasar Wawasan 2020. Bagi Ketua Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah cadangan itu disifatkan satu kemalangan dan musibah serius ke atas rakyat. Bahkan katanya tidak ada satu bukti media menjadi punca kemusnahan sesebuah negara. Ikuti hujah-hujah beliau bersama Wartawan Harakah SALMIYAH HARUN baru-baru ini.

Dasar kerajaan untuk melaksanakan Wawasan 2020 sudah tentu terkandung di dalamnya dominasi rangkaian media baru. Dengan memperluaskan AMCP, apakah hasrat itu akan tercapai?

DR ABU HASSAN HASBULLAH: Kita kembali kepada dasar yang telah diterima semua pihak sejak ia dilancarkan. Yang membabitkan pihak sekolah, guru terus kepada universiti dan masyarakat. Kepercayaan itu semua orang tahu iaitu Wawasan 2020. Kita tidak menolak bahkan yakin semua politik setuju dasar itu terbentuk. Atas dasar ini untuk memajukan intelektualisme, kepakaran dan kemahiran dan memperteguhkan demokrasi yang mana mahukan masyarakat berfungsi dengan budiman. Jadi sudah pasti untuk menjayakan Wawasan 2020 ia tidak mungkin terjadi hanya mengharapkan masyarakat menunggu suatu faktor-faktor keramat yang datang kepada mereka sebagai mana dalam filem-filem hantu dan purba. Tetapi untuk memajukan masyarakat, membangunkan ekonomi, politik dan sosial masyarakat memerlukan pengetahuan secara dinamik, praktikal dan prakmatik. Pada kurun ke-21 pengetahuan ini tersebar dan proses pembentukan informasi di dalam media baru melalui ejen perkasa iaitu internet yang mana telah memudahkan dan merealisasikan kepayahan masa silam untuk mendapatkan ilmu.

Melalui jaluran internet ramai yang bimbang, ia lebih banyak mendatangkan negatif daripada positif. Betulkah dakwaan ini?

Miskipun kita tidak nafikan kandungan internet ada unsur-unsur negatif seperti pemikiran ligisme, sekularisme, dan nilai-nilai yang bertentangan dengan prinsip kita. Tetapi yang negatif akan menterjemahkan kemampuan masyarakat untuk mentafsirkannya. Sekali gus sudah pasti masyarakat yang profesional dan mempunyai ilmu yang luas boleh membezakan yang mana baik dan buruk. Masyarakat tahu. Ini kerana internet telah memberi ruang kepada masyarakat untuk berpengtetahuan. Mustahil seramai 26 juta rakyat negara ini mampu untuk melanjutkan pelajaran di universiti kerana setiap individu mempunyai kelebihan dan kelemahan. Namun, melalui internet masyarakat 26 juta ini tidak terhalang untuk mendapatkan pengetahuan walaupun mereka tidak berkelayakan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Mereka akan berkemampuan untuk mendapatkan maklumat dalam internet.

Maknanya kekuatan media baru untuk memberikan pengetahuan tidak boleh dinafikan?

Kita harus menerima internet dan melalui media baru ini sebagai proses tektikal yang pragmatik di dalam merealisasikan kebolehan dan juga kesediaan masyarakat untuk terlibat dalam pengetahuan. Kita tidak mahu satu hari nanti masyarakat negara lain yang lebih mundur dari kita tiba tiba berjaya mengatasi kita dari aspek kepakaran, kematangan demokrasi dan komunikasi. Pada waktu itu kita sudah terlambat membangunkan peradaban kita lebih baik. Tidak semua elemen kemajuan membangunkan masyarakat hanya dibentuk melalui halangan dan sistem yang kebal dan kuku besi. Sebahagian masyarakat boleh terbentuk dengan sikap keterbukaan dinamiknya dan relatif untuk memproses demokrasi. Kita bimbang masyarakat yang dikawal dan ditempurungkan lemah berbanding masyarakat yang berdepan dengan pengalaman dan pengetahuan.

Revolusi yang sedang berlaku di Mesir berpunca daripada pengaruh media baru. Apakah suasana ini dibimbangi berlaku di negara ini sehingga ada usaha untuk memperluaskan AMCP?

Kita percaya internet sama juga dengan televisyen dan akhbar tidak pernah memusnahkan mana-mana negara, tidak pernah ada bukti media menjadi penyebab hancurnya mana-mana negara tetapi kebanyakan negara itu berhadapan masalah akibat pemimpin yang lemah, kekangan politik yang tidak adil, demokrasi yang tidak wujud sebagaimana berlaku di Tunisia. Pencapaian internet di negara itu cuma 12 peratus. Di Mesir cuma sekitar 13 hingga 15 peratus. Bermaksud internet tidak berpengaruh tetapi masyarakat kembali juga memberontak. Cuma ketika menyampaikan maklumat ini ada sebahagian atau 13 peratus di kalangan ahli masyarakat menggunakan capaian internet di negara itu. Mereka menggunakan media baru untuk menyampaikan mesej, yang sudah tidak tahan dalam keadaan ekonomi, politik dan sosial yang sudah tidak membantu mereka untuk hidup dalam masyarakat yang sejahtera.

Media baru berperanan membangkitkan kesedaran rakyat...

Apa yang berlaku di Mesir adalah revolusi emosi masyarakat negara itu akibat daripada kepunahan dalam ekonomi, politik dan sosial. Cuma gerakan mereka itu akhirnya disebarkan ke dunia melalui internet. Perkara ini tidak ada hubungan sama ada internet yang mencetuskan revolusi. Cuma internet yang menyalurkan informasi dan perkembangan di Mesir. Andainya perkembangan di Mesir boleh mempengaruhi situasi negara-negara lain maka sudah pasti negara-negara lain yang juga mengalami keadaan sebagaimana di Mesir yang berhadapan atau mempunyai masalah yang sama. Kita lihat masalah politik di Tunisia hampir sama dengan Mesir, ini kerana apa yang berlaku di Tunisia adalah faktor politik dan merebak ke Mesir. Proses penyebaran di peringkat internat hanya dimaklumkan ke dunia melalui media baru sebagai memaklumkan dan sebagai penyebar informasi. Mereka mendedahkan kematian seorang pemuda mempertahankan haknya berniaga untuk menaiktaraf ekonomi, sekali gus menjelaskan kegagalan pemerintah untuk memperkukuhkan ekonomi, politik dan sosial. Ianya tersebar. Kita tidak boleh menghalang atau tutup seluruh internet di dunia sekali pun. Sudah pasti ada orang yang memiliki kamera atau gambar-gambar melalui telefon yang boleh mengirim berita melalui sms atau mms. Sebab kurun ke-21 adalah kurun teknologi. Katakan kita menolak teknologi ini adalah sia-sia, ia tidak akan berjaya. Ini kerana pada kurun ini telah merealisasikan situasi di mana media baru adalah alat masyarakat berhubung dan berkomunikasi.

Malaysia dikatakan antara pengguna facebook yang paling tinggi mencecah 8 juta orang. Walaupun ia hanya laman sosial tetapi ia dijadikan medium utama menyebarkan maklumat. Bagaimana Prof melihat fenomena ini?

Ya, rakyat kita begitu ghairah menggunakan media baru. Ini terjadi dengan pencapaian pengguna blog serta facebook yang hampir mencecah 8 juta orang dan mungkin dua tiga tahun lagi mencecah berbelas juta. Kita harus bertanya kenapa masyarakat berkomunikasi dan berhubung apatah lagi zaman media baru? Ini kerana masyarakat tidak mampu. Di tambah pula media konvensional yang tidak mempunyai ruang kepada mereka. Media konvensional terlalu berpihak dan media ini tidak rasional di dalam satu-satu isu, tidak mempunyai ruang untuk menangani atau menghormati perbezaan nilai, budaya, fikiran dan sebagainya. Maka sudah pasti masyarakat yang berbagai-bagai lapisan dan budaya ini ingin berkomunikasi, sebab mereka masyarakat yang prakmatik dan dinamik yang mempunyai keinginan mengetahui perkembangan. Masyarakat yang ghairah terhadap pengetahuan dan percaya mereka akan maju seandai mereka mendapat ilmu dan juga berpengetahuan lebih tinggi kerana media tradisi seperti akhbar dan televisyen tidak mempunyai ruang yang terbuka dalam menguruskan perbezaan sikap dan posisi masyarakat. Secara tidak langsung akan menarik masyarakat menggunakan media baru seperti facebook atau blog, twitter dan sebagainya.

Media baru seperti facebook sarat dengan pelbagai perbedaan. Adakah ini baik?

Kita lihat di dalam facebook segala macam ideologi ada di dalamnya. Maknanya masyarakat di dalam media baru mengambil pemikiran bahawa tidak ada faedah kita berbeza-beza. Jika kita berbeza-beza fahaman politik itu berlaku dalam media konvensional hanya taksub kepada satu aliran sahaja. Akhirnya di dalam internet mereka berbagi-bagi pandangan dan pendapat inilah yang kita hendak, justeru melahirkan masyarakat yang rasional dan intelektual berbanding masyarakat yang hanya menerima satu informasi sahaja akhirnya mengundang masyarakat yang tidak rasional iaitu masyarakat yang tidak mampu menguruskan diri mereka yang lebih taktikel. Jadi internet sebenarnya telah memberi ruang kepada setiap lapisan manusia misalnya apa yang ditujukkan oleh Barack Obama yang telah menggunakan internet dan akhirnya berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat. Internet juga akhirnya menyatukan masyarakat dan tidak pernah memecahbelahkan masyarakat.
Salurkan pandangan dan idea anda -- tentang ura-ura kerajaan mahu memperluaskan skop sekatan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) termasuk kepada kandungan interner, seperti facebook -- kepada akaun FB Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)

Usaha terancang sekat demokrasi berfikir di Malaysia

Oleh Safar Jumaat
Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah kementerian yang cukup menakutkan. Di bawahnya ada agensi seperti polis dan penjara. Tentunya, ia cukup berkuasa untuk menangkap dan memenjarakan. Cuma KDN di Malaysia tidak mampu untuk memenjarakan minda rakyat.

Jadi, pengumuman Ketua Setiausahanya, Mahmood Adam bahawa pihaknya meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan, mengejutkan banyak pihak. Ada yang sudah mula terfikir, apakah KDN mahu memenjarakan minda rakyat? Dalam zaman yang disebut langit terbuka, malangnya di Malaysia, mereka cuba menutup langit terbuka dengan buih sabun.

KDN sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian dan fokusnya kepada masalah pendatang asing. Ini masalah isu terbesar negara ini sekarang. Sebenarnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) sudah cukup ketat. Kenapa mahu diketatkan lagi? Kerajaan amnya dan KDN khasnya tidak perlu risau dengan penyebaran maklumat. Maklumat tidak semestinya betul. Jadi, mereka yang menerima maklumat, tentunya boleh memikirkan dengan tapisan ilmu.

Itulah sebabnya, seorang ahli panel bergelar professor tidak lama dahulu menyanggah pertanyaan seorang peserta seminar yang mendakwa dia mempunyai banyak maklumat dan tahu banyak perkara mengenai perkembangan dunia politik di Malaysia.

Kata professor itu, maklumat bukan ilmu. Ilmu boleh menapis maklumat tetapi maklumat tidak boleh menapis ilmu. Jadi, jika kita menerima maklumat, kena siasat dulu. Yang mana boleh disebarkan, yang mana boleh dibisikkan kepada kawan-kawan rapat, yang mana boleh diceritakan kepada kenalan dan yang mana perlu dibuang.

Jadi, minda kelas pertama yang dilaungkan kerajaan untuk rakyat negara ini perlu dibekalkan dengan maklumat tetapi, maklumat itu perlu ditapis oleh ilmu. Ini kena jelas dan ini yang rakyat kena lakukan. Tidak penting sebenarnya AMCP untuk dikaji semula bertujuan mahu mengetatkan skru yang dikatakan masih longgar kerana minda rakyat usah dipenjarakan atau disekat dari menerima maklumat.

Perkara pokok yang KDN perlu fikirkan ialah bagaimana mahu berpesan dan mengingatkan rakyat supaya mencari ilmu supaya ilmu yang mereka ada akan menjadi penapis kepada maklumat yang mereka terima. Ini kepentingan yang harus ditekankan.

KDN sebuah kementerian yang besar. Dari membuang masa untuk memikirkan soal AMCP, adalah lebih baik jika KDN memikirkan bagaimanakah mereka harus menyelesaikan masalah pendatang asing.

Pertama, hal pendatang haram. Kedua, pendatang halal yang sudah menjadi haram. Ketiga, pendatang halal yang sudah menjadi penjenayah. Keempat ura-ura KDN mahu membenarkan lagi pendatang asing masuk ke negara ini, kononnya atas alasan keperluan mendesak beberapa sektor pekerjaan.

KSU KDN sebenarnya satu kedudukan yang cukup kanan di kalangan PTD di negara ini. Dengan beberapa pendakwaan dibuat atas pegawai-pegawai kanan Imigresen, KDN sepatutnya mempunyai pasukan khas untuk memantau Imigresen dan bukan memantau mesin cetak.

Sesiapa pun tidak bersetuju dengan penyebaran fitnah sebenarnya. Jika mereka yang terlibat dalam industri percetakan mahu menyebarkan fitnah, kita ada Akta Hasutan misalannya tetapi, KDN masih tidak puashati nampaknya. Mahu melihat semula definisi penerbitan. Tentulah kenyataan dari KSU ini merisaukan pengamal-pengamal media. Yang paling risau, pengamal media yang tidak sehaluan dengan Umno dan BN.

Sebenarnya, kalau KDN mempunyai pemikiran yang stabil, mereka yang berada di situ membantu peniaga-peniaga yang berminat untuk terjun ke dunia penerbitan. Industri ini sebenarnya berfaedah kepada pembinaan minda dan pembangunan bangsa.

Malangnya, mereka yang berjawatan di situ, lebih mahu melihat pengamal media ini sebagai 'musuh' daripada rakan kongsi. Mereka mahu menyusahkan dan tidak membantu untuk memudahkan. Apakah ini sikap dan amalan pegawai KDN?

Sebagai seorang pernah 'dibicarakan' oleh pegawai-pegawai KDN, dapat dirasakan bahawa mereka yang bertugas di situ tidak mesra pelanggan. Mereka tidak mempunyai fikiran bahawa pengamal media ini adalah pelanggan mereka yang membantu membina sebuah negara bangsa.

Mereka beranggapan, pengamal media sebagai 'budak jahat' yang perlu dipantau dan diberikan kaunseling. Padahal, mereka sendiri, jika diberi peluang menjalankan perniagaan ini, entah berapa kali ofis mereka terpaksa tutup kerana pegawai kerajaan melihat sesuatu perkara dari satu sudut sahaja.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia, jika situasi ini tidak diberi perhatian. Suatu ketika nanti, rakyat akan menjadikan "bisik-bisik" sahaja sebagai bahan penyebar maklumat kerana sudah tidak mampu mahu melawan gergasi KDN.

Mereka yang duduk di KDN kena keluar dari zaman batu kerana dunia dalam abad ini adalah dunia yang serba serbi terbuka dan bebas. Cukuplah dengan Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang sudah wujud. Kenapa mahu ditambah lagi?

Maka, adalah lebih baik jika pegawai-pegawai KDN yang selama ini mahu memberi perhatian kepada AMCP dipinjamkan kepada pegawai yang boleh membantu menyelamatkan Malaysia dari kebanjiran pendatang haram!

Ini lebih serius dan usah ditangguhkan walaupun kebanjiran pendatang asing ini boleh menyebabkan mereka yang lapar, mendapat rasuah yang menjadikan perut mereka semakin buncit. AMCP ini sebenarnya bakal mencacatkan demokrasi berfikir di Malaysia. Sebagai sebuah negara demokrasi, kenapa dalam soal berfikir, ada sekatan untuk menerima maklumat dari saluran kedua, selain dari saluran yang disediakan kerajaan.

Masalah di Malaysia ini ialah ada media cetak yang dilihat pro kerajaan, keterlaluan. Dengan bahasa lebih mudah, mereka lebih Umno dari Umno itu sendiri. Atau, lebih sudu dari kuah. Usahlah diteruskan hasrat mahu meminda AMCP itu, walaupun hasrat menyekat media maya dikatakan lebih dari media cetak. Zaman ini adalah zaman di mana dunia sudah tidak bersempadan.

Lebuhraya maklumat memberikan macam-macam sumber maklumat yang tentunya boleh ditapis mereka dengan ilmu yang mereka ada. Yang penting, usah ada usaha untuk menyekat penyelewengan sang penguasa hingga semua maklumat dianggap mengacam penguasaan mereka terhadap pemikiran rakyat. Rakyat sudah semakin cerdik sekarang.
Salurkan pandangan dan idea anda -- tentang ura-ura kerajaan mahu memperluaskan skop sekatan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) termasuk kepada kandungan interner, seperti facebook -- kepada akaun FB Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)

SIRI 1 : Bangsa Melayu Muslim..politik halal atau haram ?

Oleh: azhrddn

"MUKADDIMAH

Paparan kali ini akan mencoretkan bahan ilmiah berkenaan Politik Quranik yang perlu di fahami oleh melayu muslim........

Masih ramai rakyat Malaysia memilih pemimpin bagaikan memilih barangan isi rumah dipasaran. Andai barang itu kerap muncul di iklan tv dengan seribu macam retorik dan gimik. Itulah yang dibelinya.

Lebih membimbangkan sistem nilai kehidupan mereka hanya berasaskan fulus dan falsafah " hidup untuk makan ".

Siapa yang banyak mengkayakan kampung itulah idola pemimpinnya. Siapa yang banyak memajukan bandar itulah YB pilihannya. sedangkan disebalik semua itu, YB pilihan mereka adalah kaki rasuah, kaki perempuan, kaki botol, penggadai harta rakyat dan macam-macam lagi perangai jelek mereka.

Maka siri pertama artikel ini melontarkan cadangan ilmiah agar kemahiran politik bangsa melayu tidak sebodoh lembu berkacamata hijau yang asyik memakan rumput kering yang kuning.

Pun begitu, melayu yang berilmu dan bermaklumat adalah terkecuali daripada kelompok di atas...........................

Politik dan Kekeliruan masyarakat

Segala puji bagi Allah yang telah memilih kita sebagai hambanya, segala puji bagi Allah yang masih mengizinkan kita tergolong dikalangan mereka yang beriman. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW dan para sahabat dan tabiin.

Umum menyedari bahawa kekalutan cara berpolitik masyarakat Malaysia sangat ketara. Semua pihak punya kelemahan tersendiri. Ahli politik, para pengundi dan umumnya rakyat perlu lebih bertanggungjawab dan penuh sedar dalam mendepani persoalan yang bersangkut paut dengan kenegaraan atau cara bagaimana memilih pemimpin.Justeru buat mereka yang mengakui dirinya islam, mereka perlu memperbaikinya dan kembali kepada Politik Quranik iaitu politik yang berasaskan undang-undang Allah dan Rasulnya.

Masyarakat kerap berbalah dalam hal politik. Tidak kurang juga yang suka memaki -hamun. Adakalanya tidak bertegur sapa sehingga membentuk masyarakat yang hidup berpuak-puak.Keadaan ini mengakibatkan wujud kelompok masyarakat yang menyisihkan politik dalam kehidupan. Lebih parah mereka memisahkan politik daripada ajaran islam. Mereka menyalahkan politik.

Ada pula yang berkata " politik tidak boleh di bawa masuk ke masjid ". " Jangan kotorkan masjid dengan bicara politik ". Kadangkala kita mendengar pula ungkapan " jangan mempolitikkan isu ini !!...jangan asyik sibuk berpolitik...!! ".

Kekeliruan masyarakat bertambah apabila Parti A berkata kepada Parti B " itulah Parti B asyik berpolitik 24 jam hingga rakyat tergadai ". Pada ketika yang lain Parti B pula menyergah Parti A dengan nada yang sama. Bagaikan politik itu haram di mana-mana dan pada apa jua ketika. Sedangkan Allah menuntut Rasul SAW membentuk kuasa politik di Madinah untuk kelangsungan kejayaan Risalah Tauhid di bumi Allah.

Di dalam hal ini penulis berpandangan punca utama masyarakat melaysia berpuak-puak, maki hamun dan seumpamanya adalah kerana masyarakat tidak memahami konsep sebenar politik dari kaca mata islam. Mereka tidak dapat membezakan antara politik yang berteraskan tauhid dan politik yang kosong dari nilai tauhid .

Kefahaman politik mereka hanya bersumberkan surat khabar harian dan telivisyen. Kefahaman politik mereka terbatas dalam soal menang dan kalah dalam pilihanraya atau debat perdana. Kefahaman politik mereka tidak menjangkau pada topik-topik yang lebih luas dan asas. Manakala sebahagian ahli-ahli politik yang ada gagal menterjemah konsep Politik Quranik yang dituntut ke alam reality.

" Ini tiga segi bukan empat segi " laung Ali penuh semangat. ...Tidak..bukan...sebenarnya ini empat segi ...kau ni bodoh tidak boleh diajar ke haa !! ". Bidas Abu yang memuncak amarahnya. Sebenarnya perbalahan ini berpunca daripada kelemahan kefahaman mereka berkenaan objek yang mereka debatkan. Mereka tidak kenal objek itu secara menyeluruh. Sebenarnya sebuah pyramid kalau dilihat dari tepi ia berbentuk segi tiga tetapi kalu dilihat dari bawah kelihatan tapaknya adalah segi empat tepat.

Inilah masalah besar yang melanda umat khususnya orang melayu muslim. Kemahiran mereka dalam melantik pemimpin sangat lemah. Mereka tidak memahaminya. Malas membaca dan mendengar ilmu lalu terus menghukum haram, kotor, merosak dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, siri tazkirah ini cuba memberikan bahan cadangan yang boleh dikongsi bersama."

Friday, February 11, 2011

Malaysia selamat kerana masih ramai pengundi kain pelikat bodo

Beberapa hari sebelum Umat Islam menyambut Maulidur Rasul, para Pejuang Rakyat di Mesir menerima hadiah paling bermakna iaitu Kemenangan Rakyat dalam menolak kuasa pemimpin yang zalim. Alhamdulillah syukur kepada Allah (maaf, UMNO/BN tidak wujud di Mesir, jadi tiada ucapan dan banner terima kasih UMNO/BN di Mesir).

Lebih kurang jam 12 ...tengah malam waktu tempatan (Malaysia), jurucakap Presiden Mesir mengumumkan pengunduran dan perletakan jawatan Hosni Mubarak dan ianya disambut dengan gembira oleh para pejuang Mesir di dataran Tahrir.

Perjuangan selama 18 hari akhirnya terbalas dengan 1 sejarah paling manis bagi mereka yang berkenaan dan pastinya akan terpahat dalam lipatan sejarah dunia.

Begitulah kuasa rakyat yang seringkali dilupakan oleh para pemerintah yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat. Sebelum ini, pemerintah Tunisia pernah melupakan kuasa rakyat dan akhirnya telah digulingkan oleh kuasa yang telah dilupakan iaitu kuasa rakyat. senario yang berlaku di Tunisia menjadi inspirasi kepada rakyat Mesir... mereka berjaya seperti Tunisia, kemudiannya merebak ke Yemen dan seterusnya Algeria juga kemungkinan besar akan mengalami perubahan yang sama.

Para pejuang di Algeria telah bersedia sepenuhnya untuk memulakan agenda perubahan pada hari sabtu ini dan mereka khabarnya tidak akan membatalkan rancangan mereka walau dengan apa cara sekalipun dan walau apa rintangan sekalipun. alah bisa, tegal biasa.

Kebangkitan rakyat semakin hari semakin merimaskan pemerintah-pemerintah zalim kuku besi dan di Malaysia sendiri, bahangnya semakin terasa. saban hari, KERAjaan Pusat seakan terlalu terdesak untuk mengingatkan rakyat akan pentingnya "kesinambungan keamanan" sebagaimana yang telah kita nikmati selama ini.

Nampak ianya sebagai 1 tindakan dari Diktator yang berada dalam ketakutan.

Memang wajar dan sewajibnya KERAjaan Malaysia berasa takut akan kebangkitan rakyat setelah lebih 50 tahun anak beranak dan kroni-kroni yang sama mentekedarah hasil bumi Malaysia sehinggakan beberapa Negeri yang terkenal Kaya dengan hasil bumi di Malaysia berjaya menduduki tangga teratas dalam graf negeri termiskin di Malaysia. Sabah, Sarawak dan Terengganu telah menjadi hamba abdi kepada KERAjaan Pusat selama lebih dari 30 tahun.

Ketiga-tiga Negeri tersebut sebelum ini dan sekarang masih menjadi Negeri pengeluar Minyak dan Gas asli yang hasilnya mencecah billion ringgit Malaysia setahun dan ketiga-tiga Negeri tersebut menikmati 5% dari hasil dari galian tersebut tetapi ketiga-tiga Negeri tersebut berada agak terkebelakang (sebenarnya buak "agak", lebih kepada "sangat-sangat" terkebelakang) dari sudut kemajuan jika dibandingkan dengan lain-lain Negeri di Malaysia yang tidak mempunyai "emas hitam" kebanggaan itu.

Malaysia juga dengan perolehan hasil galian tersebut menjadi "bank duit" kepada cukong-cukong darat yang hampir kesemuanya dilindungi oleh KERAjaan Pusat. Hasil-hasil yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan, membiayai rakyat yang berada dalam lingkungan "kurang mampu" dan lain-lain keperluan asas rakyat telah diselewengkan kepada cukong-cukong atas nama "pembangunan".

Yang dinikmati oleh rakyat terbanyak selama ini hanyalah "kepayahan" dan KERAjaan sekian lama hanya pandai "menasihati" rakyat supaya "berjimat cermat" dalam menguruskan perbelanjaan.

Ya... rakyat WAJIB berjimat cermat kerana agihan kekayaan Negara Malaysia kepada pemegang kad pengenalan yang tertulis "warganegara Malaysia" didiskriminasi oleh pemerintah selama ini.

Rakyat WAJIB berjimat cermat manakala pemerintah pula boleh sahaja bermewah-mewah menikmati kekayaan yang tak mungkin akan dinikmati oleh rakyat kebanyakan. slogan "1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanya diguna pakai ketika majlis-majlis keramaian, pilihanraya kecil dan juga dimulut pemerintah.

Kenyataannya, slogan tersebut hanya semata-mata slogan untuk mengabui mata, fikiran dan memperbodohkan rakyat. selagi mana rakyat kebanyakan berada pada paras "bodoh" yang dikehendaki pemerintah, maka KERAjaan akan terus "berjaya" dengan "slogan".

Pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung tidak pernah tahu akan kewujudan jejantas yang nilai pembinaannya ialah sebanyak lebih kurang RM70,000.00 semeter. mereka juga tidak tahu kapal tempur jenis apakah yang nilainya sebanyak lebih kurang RM1,000,000,000.00 setiap unit dan mustahil juga untuk mereka tahu menara bagaimanakah yang mahu dibina KERAjaan Pusat sehingga nilainya mencecah RM9,000,000,000.00.

Yang pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung tahu ialah, setiap penggal, gerombolan berbaju biru berlambang dacing akan datang kerumah mereka bersama beberapa kertas bernilai RM100.00 beserta beberapa helai kain pelikat, batik, beras, gula, minyak dan lain-lain keperluan asas yang pasti akan habis dalam masa tak sampai sebulan.

Terima Kasih KERAjaan Pusat.

Itu sedikit sebanyak cerita pemerintah Negara Malaysia yang partinya diangkat (oleh ahli parti) sebagai KERAjaan. orang-orang bodoh ini diberi kepercayaan untuk menyebarkan dakyah bahawasanya hanya parti dacinglah yang boleh membawa kebahagiaan kepada rakyat (hidup Dacing..!).

Revolusi

Malaysia masih berada jauh dari kemungkinan berlakunya "kebangkitan rakyat" atau "Revolusi" sepertimana yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Yemen walaupun Malaysia juga mempunyai masalah yang sama dengan ketiga-tiga Negara tersebut iaitu "1st Lady" yang boros dan juga suami (isteri) yang boroi.

Kemungkinan untuk berlaku "kebangkitan rakyat" hanya boleh berlaku sekiranya apa yang berlaku di Timur Tengah hari ini berlaku pada tahun 1998 iaitu pada Zaman Kebangkitan Reformasi. hari ini setelah 10 tahun Zaman kebangkitan Reformasi, empat Negeri di Malaysia diterajui oleh Pakatan Rakyat dan ini sedikit sebanyak telah meredakan kemarahan pada rakyat yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Ini kerana di empat Negeri tersebut, rakyat menikmati berbagai kemudahan yang sepatutnya telah lama dinikmati oleh mereka dan apa yang dinikmati oleh mereka pada hari ini, amat disenangi oleh mereka-mereka yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Untuk bangun memberontak dijalanan, adalah 1 perkara yang mustahil pada hari ini kerana faktor ini kecualilah semua negeri berada di bawah pemerintahan KERAjaan UMNO/BN yang terkenal dengan kerakusannya.

Reformasi 1998 tercetus kerana majoriti Negeri berada di bawah pemerintahan kuku besi dan pro rasuah UMNO/BN, jadi faktor kepada kebangkitan Reformasi pada tahun 1998 adalah kerana penindasan yang berlaku di semua negeri di Malaysia kecuali Kelantan. Rakyat bangun memberontak kerana kehidupan mereka ditindas oleh KERAjaan yang sama.

Lagi pula, Negara Malaysia cukup-cukup terkenal dengan penduduk MeLAYUnya yang sangat "sejuk". hari ini kepala diterajang, 5 minit kemudian sudah lupa kejadian. subuh tadi makan pelempang, matahari belum naik dah lupa pada pelempang... betul cakap Mahdey - MeLAYU mudah lupa.

Malaysia tidak akan berevolusi sampai bila-bila. tidak akan berevolusi sampai bila-bila sebab MeLAYU mudah lupa.

Pemerintah Tunisia dan Mesir tumbang kerana mereka memerintah Negara yang rakyatnya sensitif dan pemuda-pemudinya bijak. kalau pemerintah Tunisia dan Mesir memerintah Malaysia, aku yakin sampai 50 tahun akan datang walaupun dah mati, ke 2-2 pemerintah tadi pasti masih memegang jawatan mereka.

Silapnya pemerintah Tunisia dan Mesir yang digulingkan tempohari tidak berada dalam UMNO/BN. Kalau tidak, pasti mereka masih selesa makan tidur beralaskan duit hasil negara tanpa perlu takut pada kebangkitan rakyat.

Mereka tidak pernah belajar dari UMNO/BN bagaimana mahu menghadapi kebangkitan rakyat. Pemerintah Malaysia sudah berkali-kali menghadapi kebangkitan rakyat tetapi kesemuanya dimenangi oleh pemerintah. rakyat tidak pernah menang.

Mungkin lain-lain bakal pemimpin Negara Luar patut belajar dari Pemerintah Negara Malaysia ilmu mengekalkan kuasa kerana di Malaysia terbukti - Pemerintah yang korupsi akan sentiasa menjadi pemerintah... patah tumbuh, hilang berganti...

Di Malaysia, turun pemerintah yang zalim, diganti dengan yang zalim juga, turun juga yang zalim, diganti pula dengan yang zalim.

Kalau Aiman tak kesah, tak kan rakyat nak marah..?

arusperjuangan: Wajah Sebenar Kemurahan Hati Kerajaan BN: Pelajar ...

arusperjuangan: Wajah Sebenar Kemurahan Hati Kerajaan BN: Pelajar ...: "Mari gelakkan slogan di atas! Semasa melancarkan Ops Piramid, Kerajaan BN mencanang-canangkan kemurahan hati mereka mengaturkan program ..."

Wednesday, February 9, 2011

Workers boost Egypt protests - Middle East - Al Jazeera English

Workers boost Egypt protests - Middle East - Al Jazeera English

KedahLanie.info: Terbukti POLIS bersalah halang ceramah dalam premi...

KedahLanie.info: Terbukti POLIS bersalah halang ceramah dalam premi...: "Mahkamah tentu jumlah saman Dr Hatta terhadap polisKUALA LUMPUR, 9 Feb: Mahkamah Tinggi Kuantan akan menetukan jumlah tuntutan saman yang d..."

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Perutusan Maal Hijrah 1432

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Perutusan Maal Hijrah 1432: "Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yan..."

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Hi-Tea Bersama Masyarakat Cina Bt 14

JawatanKuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (N23): Hi-Tea Bersama Masyarakat Cina Bt 14: "Sempena Tahun Baru Cina pihak JPD dan Parlimen Hulu Langat dengan kerjasama Balai Polis Bt 14 satu majlis Hi-Tea dan dialog telah diadakan d..."

Tuesday, February 8, 2011

RAKYAT MARHAEN: Imej Misteri Dirakam Ketika Demonstrasi Rakyat di ...

RAKYAT MARHAEN: Imej Misteri Dirakam Ketika Demonstrasi Rakyat di ...: "Saya petik:[Kosmo] KAHERAH - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan ..."

KoSong: Why China is No.2 and America is losing its claim ...

KoSong: Why China is No.2 and America is losing its claim ...: "(Just added the above cartoon which seems appropriate) Once upon a time, America was the most dominant economic power on the globe by such a..."

DS 07.02.2011 - RAFIZI BUKU JINGGA.wmv