"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)

Tuesday, February 15, 2011

SIRI 1 : Bangsa Melayu Muslim..politik halal atau haram ?

Oleh: azhrddn

"MUKADDIMAH

Paparan kali ini akan mencoretkan bahan ilmiah berkenaan Politik Quranik yang perlu di fahami oleh melayu muslim........

Masih ramai rakyat Malaysia memilih pemimpin bagaikan memilih barangan isi rumah dipasaran. Andai barang itu kerap muncul di iklan tv dengan seribu macam retorik dan gimik. Itulah yang dibelinya.

Lebih membimbangkan sistem nilai kehidupan mereka hanya berasaskan fulus dan falsafah " hidup untuk makan ".

Siapa yang banyak mengkayakan kampung itulah idola pemimpinnya. Siapa yang banyak memajukan bandar itulah YB pilihannya. sedangkan disebalik semua itu, YB pilihan mereka adalah kaki rasuah, kaki perempuan, kaki botol, penggadai harta rakyat dan macam-macam lagi perangai jelek mereka.

Maka siri pertama artikel ini melontarkan cadangan ilmiah agar kemahiran politik bangsa melayu tidak sebodoh lembu berkacamata hijau yang asyik memakan rumput kering yang kuning.

Pun begitu, melayu yang berilmu dan bermaklumat adalah terkecuali daripada kelompok di atas...........................

Politik dan Kekeliruan masyarakat

Segala puji bagi Allah yang telah memilih kita sebagai hambanya, segala puji bagi Allah yang masih mengizinkan kita tergolong dikalangan mereka yang beriman. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW dan para sahabat dan tabiin.

Umum menyedari bahawa kekalutan cara berpolitik masyarakat Malaysia sangat ketara. Semua pihak punya kelemahan tersendiri. Ahli politik, para pengundi dan umumnya rakyat perlu lebih bertanggungjawab dan penuh sedar dalam mendepani persoalan yang bersangkut paut dengan kenegaraan atau cara bagaimana memilih pemimpin.Justeru buat mereka yang mengakui dirinya islam, mereka perlu memperbaikinya dan kembali kepada Politik Quranik iaitu politik yang berasaskan undang-undang Allah dan Rasulnya.

Masyarakat kerap berbalah dalam hal politik. Tidak kurang juga yang suka memaki -hamun. Adakalanya tidak bertegur sapa sehingga membentuk masyarakat yang hidup berpuak-puak.Keadaan ini mengakibatkan wujud kelompok masyarakat yang menyisihkan politik dalam kehidupan. Lebih parah mereka memisahkan politik daripada ajaran islam. Mereka menyalahkan politik.

Ada pula yang berkata " politik tidak boleh di bawa masuk ke masjid ". " Jangan kotorkan masjid dengan bicara politik ". Kadangkala kita mendengar pula ungkapan " jangan mempolitikkan isu ini !!...jangan asyik sibuk berpolitik...!! ".

Kekeliruan masyarakat bertambah apabila Parti A berkata kepada Parti B " itulah Parti B asyik berpolitik 24 jam hingga rakyat tergadai ". Pada ketika yang lain Parti B pula menyergah Parti A dengan nada yang sama. Bagaikan politik itu haram di mana-mana dan pada apa jua ketika. Sedangkan Allah menuntut Rasul SAW membentuk kuasa politik di Madinah untuk kelangsungan kejayaan Risalah Tauhid di bumi Allah.

Di dalam hal ini penulis berpandangan punca utama masyarakat melaysia berpuak-puak, maki hamun dan seumpamanya adalah kerana masyarakat tidak memahami konsep sebenar politik dari kaca mata islam. Mereka tidak dapat membezakan antara politik yang berteraskan tauhid dan politik yang kosong dari nilai tauhid .

Kefahaman politik mereka hanya bersumberkan surat khabar harian dan telivisyen. Kefahaman politik mereka terbatas dalam soal menang dan kalah dalam pilihanraya atau debat perdana. Kefahaman politik mereka tidak menjangkau pada topik-topik yang lebih luas dan asas. Manakala sebahagian ahli-ahli politik yang ada gagal menterjemah konsep Politik Quranik yang dituntut ke alam reality.

" Ini tiga segi bukan empat segi " laung Ali penuh semangat. ...Tidak..bukan...sebenarnya ini empat segi ...kau ni bodoh tidak boleh diajar ke haa !! ". Bidas Abu yang memuncak amarahnya. Sebenarnya perbalahan ini berpunca daripada kelemahan kefahaman mereka berkenaan objek yang mereka debatkan. Mereka tidak kenal objek itu secara menyeluruh. Sebenarnya sebuah pyramid kalau dilihat dari tepi ia berbentuk segi tiga tetapi kalu dilihat dari bawah kelihatan tapaknya adalah segi empat tepat.

Inilah masalah besar yang melanda umat khususnya orang melayu muslim. Kemahiran mereka dalam melantik pemimpin sangat lemah. Mereka tidak memahaminya. Malas membaca dan mendengar ilmu lalu terus menghukum haram, kotor, merosak dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, siri tazkirah ini cuba memberikan bahan cadangan yang boleh dikongsi bersama."

No comments:

Post a Comment