"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)
Sunday, August 29, 2010
AJKKK SDR MAT DIN KEMBALI KERAHMATULLAH
Setelah sebulan sdr mat din terlantar dihospital dengan bantuan pernafasan dimana Allah lebih menyayanginya dan mengambilnya kembali menghadapNya dibulan ramadhan yang mulia pada hari sabtu 28/8 jam 12.05pagi setelah mendapat kemalangan jalanraya lalu. Semasa hayatnya allahyarham sungguh gigih mengisi perjuangan bagi menegakan keadilan berpaksikan Islam untuk semua dikawasan dun DusunTua. Setelah diberi mandat oleh rakyat, Allahyarham dilantik salah saorang jawatankuasa kampung batu14. Kali terakhir sempat bersama dengan ahli kariah bergotong royong bersihkan surau dan dewan dikampung sungai gahal bagi menyambut kedatangan ramadan almubarak. Pehak pengerusi dan jawatankuasa kampung ingin merakam takziah kepada ahlikeluarga allahyarham dan tabah menghadapi kesedihan dan dugaan moga dicucuri rahmat keatas beliau. Dimasa hayatnya, sudah tentu allahyarham berurusan dengan ahli kariah amnya dan sebagai jkkk khususnya , tidak lari daripada kesilapan atas sifat manusia maupun pertururan, diminta dapatlah memaafkan beliau dan sama sama kita mendoakan agar Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan para Solihin, Amin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment