"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)

Saturday, January 30, 2010

Mesyuarat ajk surau insaniah kg batu14

Mesyuarat dipengerusikan oleh sdr Razak dengan dimulai surah alfatihah, selaku imam surau insaniah.Turutserta ketua kampung Tuan Hj Kadir yang juga penasihat surau dan sdr Deris selaku s/u jkkkgbatu14. Tuan Hj Kadir memberitahu tentang pembaikpulih surau dan telah memohon dana kepada pehak JPD dan LZS bagi tujuan tersebut. Juga diberitahu Mesjid pekan bt14 akan mengadakan sambutan maulidurrasul pada 6/3/10
yangmana bagi setiap kampung turutserta dalam perarakan dari padang pekan batu14 kemasjid bermula jam 7pagi dan disebelah malam akan diadakan Forum Perdana. Pehak Mesjid akan sediakan saguhati bagi kampung-kampung yang cantik/berterapilan dalam penyertaan ini. Dipehak surau insaniah pula, pengurusi telah menetapkan sambutan maulidurrasul pada 18/3/10 dengan diadakan ceramah agama selepas maghrib dimalam tersebut. Difahamkan dari sdr Tahir bendahari surau, seekor lembu akan dikorbankan utk jamuan bagi warga kampung. Setiausha surau sdr Auf memaklumkan kuliah mingguan akan digantikan kuliah bulanan dan dijadualkan pada minggu keempat setiap hujung bulan. Bagi pehak jkkkg dan surau, sdr Auf dilantik untuk bancian asnaf fakir/miskin bagi pehak kampung. Dalam kesempatan ini sdr Deris s/u jkkkg menjemput ajk surau dan ajkkkg kewalimatulurus anak beliau pada 14/3/10 dirumah : lot 6925 kampung batu 14 1/4 . Mesyuarat ditangguhkan pd jam 4.30ptg dengan membaca surah wal'asr.

No comments:

Post a Comment