"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)

Thursday, June 17, 2010

Lawatan Sambil Belajar



Pehak jkkkg telah mengadakan lawatan sambil belajar kepada pelajar anak2 ahli kariah seramai tigabelas orang sempena cuti sekolah penggal pertama pada 14/6/10. Kepada semua ibubapa pelajar, Tuan Hj Kadir selaku ketua kampung mengucapkan terimakasih diatas sokongan yang diberikan. Program lawatan ini telah dirancang awal setelah idea dicetuskan olih Sdr Fadil. Beliau merasakan pelajar2 ini perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang membina para pelajar itu sendiri. Lawatan bermula pada jam 8pagi setelah pehak penganjur yang diketuai olih setiausha jkkkg Sdr Deris Bidin bersama2 para pelajar menikmati sarapan pagi dipekan batu14. Rombongan sampai di Pusat Kesenian Islam jam 930pagi dan diminta untuk mendaftarkan diri. Disini para pelajar dapat melihat dengan sendiri bagaimana pengaruh Islam tersebar dengan luas merentasi dunia termasuk dinusantara kita. Berkat dakwah para2 ulamak disegenap bidang pengetahuan ilmu sains, astronomi, penulisan, khat, pertukangan, pelayaran, pertahanan, politik, pemerintahan temasuk akidah Islam itu sendiri. Inilah kesyumulan Islam yang diterjemahkan olih Nabi Muhammad SAW dan dikagumi olih para2 pengkaji. Berdasarkan pengetahuan dan maklumat inilah umat Islam tersebar luas mempegaruhi bangsa dan budaya sehingga kini. Seterusnya para pelajar dibawa ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur terletak diDamansara. Disini juga para pelajar didedahkan kepada sains yangmana manusia itu sendiri dikelilingi kehidupuan sains samada manusia, haiwan, bumi, cekerwala, tumbuh tumbuhan yang berkait rapat dalam kehidupan manusia itu sendiri. Para pelajar telah diberi jamuan makan tengahari sebelom bertolak pulang. Program berakhir pada jam 3petang, Setiausha Sdr Deris mengambil kesempatan berdialog dan nasihat kepada para pelajar supaya tekun dalam menimba ilmu serta berakhlak dengan ilmu dan sebagai penyuluh kepada kita yang dinamakan hamba Allah.

No comments:

Post a Comment