"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang beriman akan melihat amalan kamu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diceritakannya kepada kamu apa yang telah dikerjakan"(At-Taubah:105)

Friday, June 18, 2010

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI SUMBER ALAM HULU LANGAT BERHAD

Satu majlis penerangan dan penubuhan koperasi tersebut telah diadakan disurau darul hidayah pada 17/6/10 jam 930malam. Majlis dirasmikan oleh YB Dr. Rosli Che Mat ahli parlimem Hulu Langat dengan membaca ummulkitab Alfatihah. Beliau memberi ucapan aluan serta penekanan perlu ujud sabuah organisasi berupakan koperasi bagi ahli2 kariah daerah Dusun Tua untuk menjana ekomomi serta kemahiran ahli2 didaerah ini. Majlis turut mengundang Sdr Mahdzar Shahril bin Mohd Mahdzir daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) bagi memberikan taklimat tentang penubuhan, kelulusan serta undang2 kecil kopersi, pentadbiran dan keahlian. Aktiviti utama koperasi ialah perindustrian seperti perusahaan pengeluaran pasir, pembuatan batubata, pengeluaran air mineral untuk minuman, penanamam kontan (serai,tebu,lengkuas, sayur sayuran, pokok jarak dan gaharu) aktiviti pelancungan melibatkan perkhidmatan pengangkutan, kuihmuih, kedai makan dan yang berkaitan denganya. Bagi fee kemasukan keahlian dikenakan rm10.00 sahaja dengan modal syer rm500.00 boleh dijelaskan secara ansuran. Majlis sebulat suara juga telah melantik Tuan Hj Ghazali Md Sair sebagai pengerusi koperasi tersebut. Seramai sepuluh orang juga telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Pemeriksa kira-kira juga telah dilantik dan semua nama2 tersebut akan diedarkan kepada ahli-ahli sebelum mesyuarat pertama diadakan dan diajukan salinan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk disahkan. Majlis berakhir pada jam 11.50malam dengan jamuan serta doa dan tasbih kafarah , surah Al asr.

No comments:

Post a Comment